Tentang Tarbiyah Dzatiyah

Definisi Tarbiyah Dzatiyah

Tarbiyah Dzatiyah ini bermaksud 'pendidikan kendiri'. Maksudnya kita mampu untuk mentarbiyah diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan dorongan dari ibu, ayah, ustaz, ustazah, naqib, naqibah, kaunselor mahupun teman seperjuangan.Definisi yang lebih mantap dan jelas menerangkan Tarbiyah Dzatiyah adalah suatu  cara-cara atau/dan jalan-jalan tarbiyah (pembinaan) yang diberikan oleh orang Islam kepada dirinya untuk membentuk peribadi Islami yang sempurna di seluruh aspek ilmiah, iman , akhlak, sosial dan sebagainya. Dan juga menaikkan tingkatan kesempurnaan sebagai seorang manusia.
   
Kepentingan Tarbiyah Dzatiyah

Insan yang memiliki Tarbiyah Dzatiyah ini mampu membentuk peribadi yang cinta kepada Allah dan cinta itu semata-mata cinta padaNya. Dengan memiliki Tarbiyah Dzatiyah, kita tidak akan cepat lemah semangat, mengeluh dan berputus asa.

Tarbiyah Dzatiyah ini penting kerana kita perlu menjaga diri sendiri dahulu sebelum boleh dan layak untuk menjaga orang lain. Menjaga di sini maksudnya menegur dan menasihati serta ambil tahu tentang orang lain. Lagipun apabila dihisab kita akan dihisab sendiri-sendiri bukan?

Aspek-aspek Tarbiyah Dzatiyah

1) Rohaniah (Ruhiyah)

  • perlu merancang untuk membentuk ruhiyah dengan cara merutinkan qiam, puasa sunat, sedekah dan sebagainya.
  • tidak cukup dengan amalan wajib kerana amalan wajib itu hanya melayakkan kita untuk menjadi muslim sahaja
  • perlu sentiasa ikhlas hanya semata-mata Allah.
  • perlu peka dan cermat serta perhatikan perubahan rohani. 
2) Pemikiran (Fikriah)
  • jangan biarkan fikiran terhad pada halaqah-halaqah tertentu sahaja
  • perlu cari pelbagai sumber ilmu untuk berfikir
  • perlu juga mencari ruang dan peluang menghadiri kajian ilmiah (pengurusan, kaunseling dll)
  • perlu rajin membaca buku mahupun bahan bacaan lain yang bermanfaat setiap hari untuk mengembangkan pemikiran.
3) Material/Kebendaan
  • Islam menuntut juga kepada kebendaan. Jadi perlu juga berusaha mendapatkannya.
  • Tapi jangan sampai kekayaan merosakkan kita
  • Jadikan harta sebagai tool untuk memajukan agama Allah
  • kata-kata Imam Hasan Al-Banna: setiap dari kita perlu ada bisnes sendiri walaupun kecil-kecilan supaya tidak bergantung pada orang lain. 

Hasil Tarbiyah Dzatiyah

Pastinya akan mendapatkan keredhaan dan syurga Allah, jika diizinkanNya. Kita juga akan mendapat kebahagiaan dan ketenteraman dengan terpelihara dari keburukan dan hal-hal yang tidak sepatutnya. InsyaAllah, kita juga akan mendapat keberkatan dalam masa yang diluangkan dan harta yang diperolehi dan dibelanjakan ke jalanNya. Yang penting kita akan sabar dan tenang dalam mengharungi cabaran serta dugaanNya. Hidup ini ujianNya. Samada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Dengan harapan jiwa akan sentiasa tenang dan aman walau apa jua badai yang melanda.

Pendapat peribadi:

Al-Baqarah (44) >> "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?

Tarbiyah dzatiyah sangat penting untuk meningkatkan iman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah. Tarbiyah dzatiyah sangat penting dalam meningkatkan motivasi untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat kerana Allah. Tarbiyah dzatiyah juga sangat penting untuk meningkatkan mutu seni kehidupan dalam menjalani urusan seharian menepati kehendak syarak Allah.

Tentang Blog Ini   ^_^

Demi Tarbiyah Dzatiyah lah blog ini dihasilkan. Bukanlah semata-mata bertujuan untuk mendapatkan followers dan komen yang banyak untuk setiap post. Hanya untuk diri sendiri pada mulanya dan kemudian kerana merasakan ilmu ini perlu dikongsi, maka blog ini untuk semua, yang sudi membaca.

InsyaAllah pengisian blog ini akan semakin matang bersama kematangan pemiliknya dalam tarbiyah.



ps: bagi post yang bukan ditulis sendiri, link ke blog/website asal sentiasa disertakan. Jika ada apa-apa yang tidak puas hati dengan artikal tersebut, rujuk blog/website asal... :)

pps: bagi post yang tiada link ke blog/website lain, maknanya post itu saya tulis sendiri. jadi, kalau nak komen atau 'hentam' dengan idea saya, amat dialu-alukan.... ^____^