Saturday, June 6, 2015

Belajar dari Salmon

#copypaste#

Amat besar pengajaran dengan menghayati kehidupan seekor salmon. Saya suka membeli ikan salmon di US dahulu. Nampak cantik isinya. Namun ada sejarah di sebalik ikan ini yang lahir di air tawar dan kembali ke laut untuk hidup. 

Si salmon bertelur di air tawar. Kemudian selepas ia menetas, si kecil akan membesar di lautan penuh garam. Lautan yang penuh ilmu, pengalaman dan cabaran. Ia akan terus berenang dan membesar.

Apabila sampai satu tika, tibalah masa untuk meneruskan kelestarian anak-anak salmon. Si induk salmon akan bertelur bukan di lautan, tetapi di air segar atau tawar. Perjalanan amat mencabar. Ia perlu melawan arus. Ketika itu, cabaran hujan yang sedikit, alam air tawar yang berbeza dengan air masin serta beruang yang menunggu menambahkan perih untuk meneruskan perjuangan. Namun ia tetap diredah kerana ada manfaat yang besar. Jika si induk tidak mendapat keadaan yang sesuai, ia akan dimamah oleh usia dan mati. Matinya memberi manfaat kepada organisma sekeliling sebagai bahan makanan. Yang pasti, ada generasi seterusnya yang lahir dan meneruskan ekologi ikan salmon.

Kehidupan manusia laksana si salmon yang terjun ke lautan penuh ilmu dan pengalaman. Ia adalah persediaan menghadapi saat getir dan ujian seperti si induk kembali ke air segar. Kalau ia kuat, ia mungkin mampu kembali ke air masin. Ketika di air tawar itu, si induk bersendirian - tidak sebanyak di lautan. Ujian itu perlu ditangani dengan baik. Sebagai seorang insan, ujian itu memerlukan kekuatan dan pertolongan. Sabar dan solat adalah formula bagi menangani ujian dalam kehidupan. Itulah asas untuk terus berenang meredah samudera kehidupan.

Besar sungguh pengajaran seekor salmon. Subhanallah!

(Ditulis semula dari artikel oleh Al Binte Muqaddim di ProductiveMuslim)

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..