Thursday, October 16, 2014

Tips untuk individu sibuk

Nak panjangkan sedikit tajuk tersebut,

Tips untuk individu sibuk supaya urusannya dipermudahkan dan juga supaya dalam kesibukan itu kita mampu untuk buat kebaikan dan sentiasa dalam kebaikan.

Baca kisah ringkas di bawah, jawapannya di situ...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
APAKAH ANDA ORANG SIBUK ???
====================
Ada seorang ulama berguru kepada seorang ulama

Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain.gurunya berpesan :
"Jangan tinggalkan membaca Al Qur’an ,Semakin banyak baca Al Qur’an urusanmu semakin mudah"
Dan muridnya pun melakukan. Dia membaca Al Qur’an 3 juz per hari.
Dia menambahkan hingga 10 juz per hari.
Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu ⌚ pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu⌚?
Bisa melakukan banyak hal dalam waktu
sedikit.

Itulah berkah Al Qur’an .
Al Qur’an membuat kita mudah mengefektifkan pengurusan waktu.
Bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.
Padahal teorinya orang yang membaca Al Qur’an menghabiskan banyak waktu.
mengurangi kegiatan lain, tapi Allah yang membuat waktunya itu jadi berkah.
Hingga menjadi begitu efektif.
Hidup pun efektif.
Dan Allah akan mencurahkan banyak berkah dan kebaikan pada kita karena Al Qur’an .
Salah satu berkahnya adalah membuka pintu kebaikan, membuka kesempatan untuk amal soleh berikutnya.
Dan salah satu balasan bagi amal baik yang kita lakukan adalah kesempatan untuk amal baik berikutnya. Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu. Dan sbaliknya waktu yg selalu sibuk shingga hanya habis urusan dunia, maka jadi itu adalah tandanya ada yang salah dalam hidup kita,
 
Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg di fikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya.
3. Keperluan yang tidak pernah merasa dipenuhi.
4. Khayalan yang tidak berujung wujudnya.
[Hadits Riwayat Muslim]

Note :
"Keberkahan waktu iaitu biasa melakukan banyak amal kebaikan dalam waktu sedikit"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dah dapat kan jawapannya. Baca Quran. Baca banyak-banyak. Lagi sibuk dan serabut, lagi kena baca banyak.

Mesti yang tak pernah cuba amalkan 1 juzuk sehari susah nak terima tips ini. Kenapa nak kena baca Quran? Dahla sibuk banyak kerja, serabut pulak tu, semua nak kena cepat siap dan macam-macam situasi yang terus menerus menghimpit kita seharian.

Tapi yakinlah. Membaca Quran sangat membantu kita.

Saya sangat yakin!

Saya tak adala baca 3 juz apatah lagi 10 juz sehari.
Saya baca 1 juz sahaja. Saya join ODOJ, one day one juz. Alhamdulillah memberi saya motivasi untuk habiskan 1 juz setiap hari.

Saya mula awal tahun lalu. Awal-awal tu seteres jugak sebab sangat sibuk dengan kerja. Workload saya agak 'melampau' masa tu, untuk seseorang yang baru mula kerja. Serius, stress. Sampaikan tersengguk-sengguk tiap-tiap malam nak habiskan 1 juz tu. Dahla penat, banyak benda nak fikir, tambah nak kena baca 1 juz lagi. Tapi Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk teruskan dan tidak mengalah. Berjaya juga tamat 1 pusingan (30 juzuk). Kemudian saya teruskan dengan kumpulan lain pula, hinggalah sekarang.
Kadang-kadanga biala saya termenung, flasback, ingat balik apa yang saya lalai sepanjang tahun ni, saya sendiri hairan, macam mana saya boleh lalui tanpa tekanan emosi melampau. Down saya pun,  down kejap je. Tak ambik masa lama. Kemudian teruskan perjalanan dan masih boleh bersangka baik untuk segalanya di sekeliling.

Kemudian saya terfikir tentang ODOJ. Hurm, mungkin sebab ODOJ kot.
Dan kerana itu saya makin yakin. Saya mula untuk lebih pentingkan ODOJ dalam urusan harian. Dan Alhamdulillah rasa lebih mudah untuk hadapi perkara-perkara yang saya rasa cukup boleh untuk membuatkan saya down banyak sebenarnya. Tapi tak rasa teruk sangat dan masih boleh bersangka baik.
Dan hari ini terbaca kisah di atas, sharing daripada naqibah di whatsapp group kami.
Tersentap, tersentuh dan makin yakin. Cepat-cepat habiskan juz saya tadi. Alhamdulillah sudah kholas untuk juzuk harini :-)

Mungkin boleh cuba untuk banyakkan dan tambah lagi kan?

Mana tau lebih murah rezeki, lebih tenang, dapat menjadi muslimah lebih baik :-)
Ayuh! Jom sahabat yang lain sekali :-)
Its never too late :-)

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..