Thursday, October 16, 2014

Macam mana nak join usrah?

Alhamdulillah.
Post saya yang bertajuk Join Usrah Today yang ditulis 2012 dulu masih dibaca umum. Itula antara kelebihan blog kan.
Dan alhamdulillah juga sebab ada sahaja email masuk bertanyakan mahu usrah.
Saya akan reply dan akan cuba tolong. InshaAllah.
Ke ada yang tak direply? Ampun dan maaf dipinta. Terlepas pandang tanpa sengaja.

Saya pasti ramai yang di luar sana, bila nak kebaikan, akan mula membaca benda-benda baik, termasuklah pasal usrah bukan? Ramai blogger di luar sana yang suka tulis tentang kebaikan dan sweetnya usrah. Maka individu-individu yang sedang mencari tadi akan mula terfikir, 'nak join usrahla'. Kan?
Tapi persoalannya, macam mana nak join usrah?

Sahabat boleh like page JUS, Jom Usrah
FB page JUS ni memang khas untuk mereka yang berminat dengan usrah dan baru nak mula join. Like dan kemudian pm, private message mereka. Bagitahu maklumat peribadi seperti nama, umur, tempat bekerja/belajar, alamat, pekerjaan/bidang pengajian, no telefon, status dan sebagainya (yang dirasakam sesuai). Insha Allah mereka akan uruskan :-)
Melalui page tersebut juga, sahabat boleh dapat macam-macam ilmu dan maklumat. Program-program yang baik dan menarik juga diiklankan. Jika berkelapangan bolehla join. Bina hubungan dengan kenalan baru yang sama-sama mencari kebaikan di situ :-)

Nak kongsi sedikit la kot tentang pengendalian usrah bagi yang takpernah dan taktahu.
Sebenarnya untuk ada atau wujudnya satu-satu kumpulan usrah, perlunya seorang murabbi, iaitu naqib atau naqibah. Macam ketua la. Tak semestinya seorang ustaz/ustazah. Tapi nak jadi murabbi ni bukan mudah. Dan kerana itu bilangannya tak banyak. Itu yang jadi lambat dan susah sikit untuk kita-kita yang baru nak join usrah ni, nak dapat kumpulan usrah.

Kalau adik-adik di ipt dalam mahupun luar negara yang join usrah ni, kebanyakkannya sebab mereka dicari oleh murabbi. Adanya murabbi yang mencari mutarabbi (adik usrah untuk ditarbiyah).
Tapi bagi sahabat yang mencari kebaikan dan tahu tentang usrah daripada media sosial, agak sukar sikit perjalanannya sebab..... sebab nak cari dapatkan murabbi tula. Agak tidak mudah untuk jumpa dengan murabbi yang berada berdekatan dengan kita. Tapi jangan risau, JUS di atas telah diwujudkan untuk membantu dan membaiki situasi inilah :-)

Kesimpulannya,
Allah dah bagi  hidayah untuk kita mahukan kebaikan dan berminat untuk join usrah. Maka jangan pusing belakang lagi. Tunjukkan respon positif kita dengan hidayah itu. Usaha cari usrah. Mungkin prosesnya ambil masa, tapi itu tidak bermakna kita harus berhenti. Banyakkan membaca bahan-bahan bermanfaat di internet. Tengok ceramah-ceramah agama di yuoutube. Beli buku. Sangat banyak buku-buku bermanfaat untuk pembinaan rohani. Selalu ke masjid dan hadiri kuliah-kuliah atau kelas-kelas yang diadakan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Jaga ibadat. Banyakkan berdoa. Banyakkan baca Quran. Insha Allah, moga Allah sentiasa pilih kita untuk berada di jalan yang benar. Jalan yang membawa kita ke syurgaNya. Amin.



.... yang masih berusaha untuk kekal dalam usrah....

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..