Wednesday, March 12, 2014

Cubit-cubit Sayang

Assalamualaikum wbt.

Pernah suatu hari, dalam perjalanan ke usrah, dengar radio ikim. Tajuknya 'Cubit-cubit Sayang'. Tajuk macam kiut miut tapi isunya boleh jadi seserius yang mungkin.

Cubit-cubit sayang yang merujuk kepada ujian-ujian dalam kehidupan yang Allah bagi pada kita. Ujian dariNya itu merupakan cubit-cubit sayang. Ujian itu menyakitkan tapi itulah tanda Dia sayang. Kalau Allah bagi ujian tu, bersyukurlah, Dia masih sayang dan pandang kita sebagai hamba yang Dia sayang.

Sambil dengar, sambil koreksi diri. Tahun ini 2014 merupakan tahun kelima dah rupanya saya ikut usrah, terlibat dengan dakwah dan tarbiyah. Kerja pun (setakat saat ni) memang ada kaitan dengan dakwah dan tarbiyah jemaah ini, namun ada sahaja ujian-ujian halus yang datang yang menyebabkan terdetik di hati, kenapa aku pilih jalan ini? Kadang-kadang tu rasa kecewa, takfaham dengan qiyadah menyebabkan terdengar bisikan jahat, 'macam sama je orang yang faham dakwah dengan tidak'. Pergi usrah pun saya taktahu la sejauh mana pengisian usrah itu menambah fikrah saya. Dahla masa untuk membaca buku-buku juga kurang. Benda-benda macam ni kadang-kadang menganggu diri kita untuk teruskan perjalanan.

Mukhayyam yang baru berlalu pun rasa macam tak rasa apa-apa. Tapi penat tu confirm la rasa. yela, berjalan tengah panas kawasan tepi pantai.. hoho...

Cuma saya dapat jawapan ni sahaja:

"Yang aku nampak seperti tidak sempurna itulah kot yang sempurna mengikut aturan Dia"

nametag dengan biskut
(bila lapar, nampak macam sedap nametag masing-masing)

tenang melihat ciptaan Allah ini

takperlu tunggu orang lain merasa selesa atau tidak 'kasut' kita,
tapi cubalah tengok 'kasut' orang lain dan fahami kenapa mereka begitu
(susah kan? susah sangat!)


Dan hari ini terbaca post shared from an ukhtifillah:

buat yang ingin meninggalkan jalan ini...

ketahuilah, jalan ini tidak pernah menjadi beban, malah jalan inilah yang mengangkat beban-beban jahiliah yang menggunung menyesakkan jiwa kita..

ingatilah, jalan ini tidak pernah berhutang, malah kitalah yang berhutang, kerana jalan ini telah menunjuki tujuan penciptaan...

bayangkanlah, sebuah kereta, dicipta dengan segala kecanggihan, dicipta untuk kelajuan pemanduan, dicipta untuk keselesaan perjalanan, namun kau isikan ia penuh dengan air lalu kau bela ikan. kau namakan ia kereta, namun ia menjalankan fungsi akuarium memelihara ikan --bukankah itu nyata suatu kebodohan?

kenangilah saat kita menjadi hamba cinta manusia, kita korbankan harta, perasaan, jiwa dan masa, namun yang tinggal pada kita hanya kebencian dan pengkhianatan..

kenangilah saat kita menjadi hamba dunia, kita biarkan hari-hari berlalu dan tiap masa yang berdetik untuk mendapatkan kepuasan hidup duniawi, lalu kita bekerja siang dan malam mengerah tenaga dan usia, hanya untuk memiliki rumah yang kita terpaksa biarkan kosong sepanjang hari, serta membeli kereta dan gajet yang akhirnya menuntut kita bekerja dan bekerja lagi dan lagi demi melunaskan hutangnya.. kita berusaha mendapatkan wang hanya untuk menghabiskannya tanpa arah dan tujuan... seposen dua yang didermakan, lalu kita harap itukah yang mendinding neraka.. lihatlah kisah ahli surga, sekadar itukah hidup mereka?

kamu benci.. siapa yang kamu benci?
kamu kecewa.. siapa yang sebenarnya mengecewakan?
kamu marah.. siapa yang sebenarnya kamu marahkan?
kamu rasa ditinggalkan.. siapa sebenarnya yang meninggalkan...?

seringkali orang terdahulu berpesan, seandainya terasa berat melangkah, bukan hala jalan yang kau ubah, tetapi yang harus diubah adalah beban jahiliah yang kita punggah dan heret merata!



OK! ayat-ayat di atas sudah cukup kot buat masa ini, untuk jadi bekal penerus jalan... :')







AyuSaidi
9.50 am
SRIAM

2 comments:

  1. sangat teruja membaca blog ni lepas lama biarkan ia berhabuk nice entry.. :)
    blog awk ni kenalkan sy dengan hasil tarbiyah dzatiyah..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen anda..