Sunday, February 2, 2014

Permulaan baru

Assalamualaikum wbt.

Terlampau lama rasanya tidak menulis apa-apa di sini. Tapi tidak la sampai lebih setahun kan? Maksudnya pemilik blog masih bernyawa :)

Masih bernyawa dengan rentak nafas yang baru.

Hari ini hari pengurangan usia sebelum kembali padaNya.

Sungguh, tahun ini permulaan yang baru untuk saya.

Habis belajar setahun yang lepas. Sudah kutinggalkan bumi tarbiyah dzatiyah itu setahun yang lalu. Dan setahun yang lalu berlalu sebagaimana Dia takdirkan. 5 bulan pertama, 'menanam anggur'. Dan kemudiannya, dapatla mencari pengalaman sebagai guru ganti di dua buah sekolah sehinggalah hujung tahun 2013. Di situ mula melihat anak muda zaman sekarang. Bukan saya yang mengajar mereka, tapi mereka yang mengajar saya. Mengajar dan menyedarkan 'ketenatan' umat sekarang. Minat dalam bidang penyelidikan sains semakin berkurang walaupun ijazah saya sepatutnya membawa saya ke laluan itu. Tapi tidak disangka, minat terhadap pendidikan mula bercambah. Pada hari pertama dipanggil 'Cikgu Ayu', agak geli dan gelihati. Ditambah lagi dengan siulan-siulan lagu 'Cikgu Ayu', lagi geleman. Namun, lama-lama saya rasakan saya 'hidup' di bidang ini. Sungguh, saya rasa saya 'berfungsi' mengikut sepatutnya dengan bekerja sebagai guru.

Namun tetap juga berusaha untuk mencari pekerjaan di bidang-bidang yang sepatutnya mengikut kelayakan ijazah. Kononnya akan senang la dapat kerja. Tapi tak pernah ada rezeki. Mungkin memang bukan ditakdirkan untuk berada dalam laluan itu lagi.

Rezeki masih di bidang pendidikan untuk tahun 2014. Namun bukan setakat guru biasa, tapi entah macam mana berdepan dengan situasi perlu memegang amanah yang lagi besar. Padahal nak menjadi guru biasa ni pun terkedek-kedek lagi. Rasanya agak pelik lagi tak patut seorang perempuan berusia 25tahun pegang jawatan ini. Dahla kesemua guru di bawah tanggungjawab lebih berusia dari saya. Namun pengarah pusat pendidikan dan pengerusi sekolah yang memilih. Saya perlu memangku jawatan guru besar ini di sebuah sekolah islam rangkaian musleh. Setelah diterangkan oleh pihak-pihak atas tu barulah faham sikit kenapa, mengapa dan bagaimana. Terpaksa la juga walau dalam keadaan zero taktahu nak buat apa, nak mula apa. Berlaku dengan sangat pantas. Dan rupa-rupanya dah sebulan berlalu. Bila jumpa akhwat dalam usrah, uskab mahupun daurah dalam sebulan ni, pasti mereka akan bertanya khabar. Rasanya ada orang yang tak boleh percaya pun. Boleh rasa. Dan ada je yang bertanya tentang gaji. Perkataan yang pernah dapat 'underpaid'. Senyum je la. Kalau fikir soal gaji dan tanggungjawab digalas serta pengalaman yang zero, rasa nak lari jauh-jauh. Tapi bila fikir ini sekolah hasil dakwah n tarbiyah dan mahu menghasilkan rijal-rijal dakwahtarbiyah, maka saya gagahkan juga. Itu je satu sebab yang jadi kekuatan. Dan saya baru sedar juga, Allah makbulkan doa untuk terus berada di jalan dakwah n tarbiyah. Sebab lepas habis belajar, risau jika bekerja dan hanyut dari jalan dakwah dan tarbiyah. Tapi sekarang, risiko untuk hanyut dan lemas itu kurang. Kalau sibuk pun sibuk untuk dakwah dan tarbiyah. Kalau tinggalkan TnD ni, memang confirm lucut jawatan. hehe...

Ayat pertama yang dikongsi dalam mesyuarat dengan muallim/ah sekolah:

" Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kerjakan."
Al-An'am: 60

Mungkin mereka tak rasa sangat, tapi saya kongsi apa yang saya rasa. Dalam satu ayat, terkandung seluruh kehidupan. Itulah kehidupan kita seharian. Kita tidur malam ada tujuan. Kita bangun esoknya juga ada tujuan. Dan selepas tamat peluang tidur bangun itu, kita kembali padaNya dan akan berdepan dengan analisa perbuatan yang dilakukan setiap kali diberi peluang untuk bangun sebelum ini.

Tidak kira di bidang apa pun kita berada, berapa pun gaji kita, analisa perbuatan yang Allah bakal bagi itu sangat menakutkan. Dan lagi menakutkan jika kerja seharian kita langsung tidak menjurus kepada Dia.

Dan saya yakin di bidang apa pun kita, pasti ada cabaran masing-masing. Moga kita sama-sama terus mampu. Selagi tak pengsan dan rebahtakbolehbangun, maksudnya kita mampu la tu. InsyaAllah. Sama-sama belajar dan perbaiki diri.



ps: Menjadi muallim murabbi itu sungguh... sunggguh... sunggguh sukarrr
pss: Akan mendatang (mungkin) lebih banyak post berbentuk pendidikan dan dakwahtarbiyah dalam kehidupan.



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..