Thursday, September 12, 2013

Tidak semua bahagia

Pagi ni lepas isi kedatangan pelajar kelas  yang saya jaga di pejabat, beberapa orang guru dan kerani nampak serius berbicara. Rupanya kisah seorang pelajar yang bunuh diri. Bukan pelajar sekolah ini tapi pelajar sekolah lain, di daerah ini. Sebelum masuk kelas, sempat mencuri dengar.

Pelajar perempuan tersebut tingkatan 6. Ada ayah tiri yang tak jalankan tugasnya sebagai bapa. Sehari sebelum kejadian dia minum racun, dia berjalan kaki balik sekolah yang jauhhh. Jauhhh untuk berjalan kaki. Sebabnya motorsikal rosak. Cerita si pencerita, ibunya pernah memanjat pokok manggis, panjat bukan kutip buah di bawah tapi panjat untuk kutip buah manggis di atas. Desakan kemiskinan hidup mungkin. Itu je sanggup dengar, kemudian berlalu ke kelas yang hanya ada separuh je pelajarnya, yang lain merayau entah ke mana :(

Kadang-kadang kita merasakan hidup kita susah, teruk, tiada harapan, tiada yang memahami, tiada yang mahu menolong. Tapi sebenarnya ada yang lebih terdesak dan tertekan keadaannya berbanding kita.

Saya taktahu samada saya di sini untuk mengajar atau belajar. Tapi rasanya belajar mungkin. Belajar dari pelajar-pelajar ni. Tingkatan 2 sudah telan pil kuda. Rokok tak perlu dibicarakan. Takpuas hati dengan cikgu, rosakkan kereta. Bertepuk tampar antara lelaki perempuan adalah biasa. Walaupun dah umur 16 tahun.

Itulah anak-anak muda kini. Yang bakal mengemudi halatuju masyarakat.

Maka apakah peranan kita?

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..