Monday, September 9, 2013

Tiada lagi mewahnya tarbiyah

Beberapa hari lepas terbaca status Kak Muharikah. Tak ingat secara terperinci pasal apa. Tapi yang terkesan beberapa ayatnya. Kurang lebih macam ni : 'bila balik Malaysia (untuk yang bfg dari oversea) atau situasi yang sama la kot untuk yang habis belajar di Malaysia ni, masing-masing sibuk. Peluang untuk bermewah-mewah dengan program tarbiyah semakin kurang. Maka apa-apa di sekeliling itulah tarbiyah untuk kita'

Sungguh! Terkesan. 'Kemewahan' program tarbiyah semakin berkurang. Itulah yang saya lalui. Kehidupan dan tarbiyah tahun ini berbeza dengan tahun lepas. Sibuknya tahun lepas semuanya sibuk kerana dakwah. Sibuk sungguh sampai sebelum tidur fikir pasal adik/program dakwah, bangun tidur esoknya pun perkara pertama fikir pasal program dakwah (kecuali kalau ada submission assignment). Kalau sebelum tidur 'gaduh' dalam syura, tidur mengigau pasal gaduh tu, bangun esoknya pun masih sambung fikir pasal syura tu dan program yang bakal dilaksanakan.

Sekarang, semuanya berbeza. Yang dah bfg dan yang dah habis belajar tinggal di rumah atau sudah memasuki alam pekerjaan akan rasa sedikit sebanyak semua ini. Kecuali tinggal di RI.

Tak kisah apa pun kisah perjalanan hidup kita, selepas beberapa tahun ikut tarbiyah, insyaallah jika masih mampu mengekalkan diri di jalan ni, kita akan dapat merasakan kekurangan 'kemewahan' tarbiyah itu.

Jika dulu program banyak sampai rasa taknak dah pergi sebab tak henti-henti programnya. Kini kita mencari-cari dan menunggu. Jika dulu hidup dikelilingi akhawat sampai kalau ada berselisih sikit tu, rasa nak bawak diri ke hujung kampung atau ke tepi pantai. Kini, rasa macam sendirian. Entah mana perginya orang bergelar akhawat.

Dan inilah mungkin fasa baru dalam perjalanan tarbiyah ini. Teruslah bersemangat dengan 'ketidakmewahan' program tarbiyah. Carilah tarbiyah dari alam semulajadi. Pokok, langit, awan, kereta, bas, bangunan dan termasuklah manusia. Semuanyalah. Ambil peluang untuk menjadi mutarabbi kepada semuanya.

Dalam tempoh itu, jangan bersangka-sangka negatif. Tak perlu fikir apa akhawat lain fikir. Kalau dia/mereka akhawat yang kenal kita, tiada yang akan bersangka-sangka. Mulakan dengan diri kita.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..