Tuesday, September 3, 2013

Langit di Belakang juga Cantik

*******************
Semalam
Baru lepas drive balik dari sebuah sekolah. Interview ringkas untuk jadi cikgu ganti di sekolah tersebut. Yang menarik kena baca Al-Quran. Surah Abasa. Menarik kan? Nasib baik tak kena tadabur sekali. hoho. Lagi menarik, soalan terakhir, 'berapa tahun ikut usrah di Australia? Mustawa?' Wah! gulp! jawab dengan tenang walau terkedu di dalam. Keluar bilik tersebut, ada seorang lagi datang temuduga juga, dan dia berpurdah! Ok, senyum ^_^ tak perlu kata apa-apa :D

Drive balik dengan suasana lepas hujan. Suka. Cuma tak ada pelangi. Taktahu kenapa di Malaysia jarang dapat tengok pelangi.

Sambil memandu, sambil tengok cermin sisi belakang.Mula-mulanya tengok kereta belakang la kan. Macam biasa. Tapi entah kenapa, banyak kali pulak rasa nak tengok belakang. Bukan sebab ada Fair Lady di belakang. Tapi sebab langit di belakang nampak cantik sangat. Di depan tidak secantik itu. (Memang masih suka tengok langit sambil memandu, terutama bila sendirian :D). Tak puas tengok. Tapi tak boleh la pandang lama-lama kan. Sekali sekali cukupla. Tapi sungguh, cantik! Subhanallah.

***********************

Pertama kali saya sedar langit di belakang saya cantik.

Sambil-sambil tu saya muhasabah.

Kadang-kadang kita terlupa untuk melihat kecantikan apa yang telah Allah susun dan aturkan untuk kita.
Kita taknampak atau buat-buat tak nampak akan betapa cantiknya perancangan Allah untuk kita. Kita suka untuk terus ingat yang takbest yang takseronok yang takcantik daripada pengalaman kita. Sedangkan itu juga cantik. Cantik sangat.

Kalau bukan kerana hal susah itu kita tak mampu nak lalui kesusahan yang lebih susah hari ini. Kalau bukan kerana yang sedih dahulu, mustahil kita dapat lalui situasi yang lebih menyedihkan hari ini. Bersyukurla. Dan senyumlah.

Dan percayalah apa yang kita lalui hari ini, apa jua situasinya. apa jua, baik atau kurang baik, yakinlah itu yang terbaik untuk kita hari ini untuk hari kedepan. InsyaAllah :D

Tips penting, jangan pernah bandingkan perjalanan kita dengan orang lain.



*************

Tak sampai rumah lagi dapat call dari sekolah tarbiyah di atas untuk datang keesokan harinya (hari ini), maksudnya saya dapat kerja tu. Alhamdulillah! tak sampai 10 minit, dapat pula call dari cikgu di PPD. Ditawarkan jadi guru ganti SMK. Subhanallah, nak mana satu? Satu sekolah rendah yang menekankan tarbiyah, satu sekolah menengah harian biasa, pelajar memang confirm NAKAL.

Keliru nak pilih. Kalau di masjid, dah solat kejap tapi ada 10 minit untuk beri keputusan kepada cikgu di PPD. Lepas tanya ayah sedikit sebanyak, saya buat keputusan. Dan terus ke PPD. Moga Allah redha akan keputusan ini.

Dan hari ini, selesai hari pertama lapor diri dan terus mula mengajar di SMK tersebut. Salah satu kelas tersebut, sungguh tak tipu nakal. Dari 26 orang hanya 4 orang menulis. 4 bukan 14. Yang lain entah ke mana-mana. Dan bising. Masa tu saya faham kenapa pembantu makmal tadi pesan suruh bawa rotan masuk kelas. Tapi saya tolak. Entahla saya tak rasa itu caranya.Moga Allah bantu untuk berada di sekolah itu, dalam kelas itu. Moga ini akan jadi pengalaman berharga sebagai persiapan untuk saya menjadi saya tahun hadapan. InsyaAllah.

****************

Seorang daie itu patut berani untuk terjun ke lembah mencabar. Lihatlah sejauh mana anak muda nya telah jauh pergi. Dan beranilah untuk menjadi berbeza. Dan saya bercadang untuk menjadi guru yang berbeza di situ. Masih terfikir-fikir di mana sesuai untuk dhuha. Itu yang agak penting tadi. Selain PBS dan seangkatan dengannya.. hoho




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..