Tuesday, August 6, 2013

Mengajar dan Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Sungguh lama rasanya tidak menulis apa-apa di sini. Bukan kerana tiada cerita tapi kerana kesuntukan masa. Atau saya yang tidak bijak mencuri masa mungkin :D

Sekadar ingin berkongsi pengalaman menjadi seorang guru ganti dua bulan yang lepas. Dan juga pengalaman Ramadhan setelah 3 tahun sebelum ini menyambutnya di perantauan.Semua ini dilalui dengan fikrah seorang daie yang memahami dakwah dan tarbiyah. Namun ianya tidak sama dengan situasi ketika berada di bumi kangaroo, tempat saya kenal dakwah dan tarbiyah.Lebih mencabar untuk terus menjunjung fikrah itu di bumi Malaysia ini.

Mengajar itu Ibadah

Itulah nama folder untuk saya simpan bahan-bahan mengajar saya. Ada sesetengah topik saya guna slides presentation. Rezeki Allah, dapat peluang mengajar di situ. Di sebuah sekolah agama rakyat.Sekolah yang biasa-biasa. Tersangat biasa. Ada sekolah rendah dan menengah.Setiap darjah/tingkatan hanya satu kelas.Jumlah keseluruhan pelajar dari darjah satu hingga tingkatan 5 adalah 200 lebih sahaja.Saya ajar sains dan matematik, dari darjah satu hingga tingkatan 5, kecuali darjah 2, 4 dan 5 sahaja.Urusan pejabat agak… errr…. (no words should be put), tiada kerani. Semuanya cikgu kena buat sendiri. Makanya bukan setakat P&P yang perlu difikirkan. Dan mencabar jugakla sebab seorang cikgu bukannya kena fikirkan satu je.Contoh untuk situasi saya, saya ajar sains untuk UPSR, PMR dan SPM.Yang SPM, sains dan juga matematik.Setiap perjumpaan ibubapa dan guru untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM ini saya terlibat. Maka tidak dapat dinafikanlah memang workload cikgu-cikgu tu banyak, gaji pula tidak seberapa. Dan mungkin itu menjadi faktor kepada kekurangan produktiviti mereka. Mungkin kerana itu mereka tidak bersungguh-sungguh. Pelajar-pelajar apatah lagi. Kesian, sungguh. Namun melihat semua ini saya belajar banyak hal. Banyak sangat. Perangai orang. Cara bekerja. Pengalaman pertama yang berharga.

Banyak sangat pengalaman manis. Yang pertamanya, dipanggil ‘cikgu’.Minggu pertama rasa kelakar sangat dengan istilah Cikgu Ayu tu.Tapi lama-lama dah ok :). Kemudian sambutan Hari Guru.Hari kedua saya mengajar adalah hari untuk sambutan Hari Guru sekolah tersebut.Kelakar jugak sebab saya tak sempat mengajar lagi.Terus ada sambutan Hari Guru. Kena main sukaneka dengan pelajar, kena buat persembahan guru, yang paling kelakar, dapat hadiah. Dapat jugakla hadiah walaupun tak mengajar lagi :D.Pernah jugakla menjadi hakim untuk pertandingan kuiz sains dan matematik. Sepatutnya cikgu lain tapi entah macam mana mudir (pengetua) mintak tolong saya tak semena-mena pagi itu. Dapat pengalaman :). Tapi yang paling menarik adalah pelajar-pelajar. Dari darjah satu hingga tingkatan lima, masing-masing ada kisah tersendiri. Dan yang paling rapat dengan pelajar tingkatan 5.Lagipun seminggu setiap hari masuk kelas diorang kecuali hari khamis sahaja.

Pelajar lelaki memang nakal. Itu biasala kan. Saya ingat lagi hari pertama saya masuk kelas tingkatan 5 ni, ada seorang pelajar lelaki duduk belakang sekali, seingat saya dia langsung tak angkat muka tengok saya. Dia sibuk membaca sesuatu, saiz macam majalah JOM! tu, tak tahu majalah apa (sudah tentunya bukan JOM). Tapi minggu terakhir saya ajar, ada satu hari tu, saya masuk kelas agak awal (atau sebenarnya pelajar yang lain yang lambat sebab pergi masjid depan sekolah untuk solat dhuha), pelajar lelaki tersebut ada dalam kelas, dengan 3 orang yang lain. Borak-borak dengan mereka.Tanya kenapa tak datang sekolah minggu lepas, katanya sakit kaki. Kenapa? Kena denda dengan ustaz.Pastu saya gelak.Borak-borak, bagi nasihat sikit-sikit.Saya cakap gitu-gitu je suruh berubah. Dia tanya "macam mana nak berubah cikgu?" Dalam hati terkejut sangat, tapi jawabla dengan coolnya. Tak sempat panjang sebab yang lain dah masuk kelas. Dan pelajar yang tanya ‘macam mana nak berubah’ tu adalah pelajar yang langsung tak tengok saya mengajar hari pertama dulu, jarang datang sekolah dan selalu kena denda dengan ustaz. Tapi minggu terakhir tu, dia buat latihan sama, bila taktahu dia bersuara dan bertanya.:)

Pernah jugak satu kali tu, saya mengajar kat depan, dua orang pelajar lelaki ni tak tengok depan. Duk tunduk bawah tengok sesuatu. Yang lain kata diorang main telefon. Saya gi dekat diorang kat belakang, tanya buat apa, ‘baca Quran cikgu’ sambil pegang Quran.Memang tipu la.Masa tu perasaan… tak marah tapi geram.Dengan muka diorang sengih-sengih tu.Saya suruh dia cari ayat 51:56, pastu baca terjemahannya. Pastu tadabur. Harapnya dia akan ingat la ayat tu. Pelajar tu baik je sebenarnya, tapi biasala budak laki, memang macam tu. Auta banyak.

Pelajar perempuan biasanya ok sahaja dalam kelas. Pelajar lelaki. Cakap banyak. Auta banyak. Kalau yang jenis senyap tu memang penyenyap la sebenarnya.Tapi satu benda yang saya kurang setuju di pihak guru-guru (sesetengahnya) adalah sikap ‘menghukum’. Memangla pelajar lelaki nakal-nakal, dan mereka lambat untuk ‘tangkap’ apa yang diajar, tapi bila kita ‘menghukum’ mereka dan mengatakan mereka tak pandai, tak boleh nak ajar dah, dan terus-terusan anggap mereka bermasalah, langsung tak bagi peluang pada mereka. Sikap ini sebenarnya membuatkan mereka hilang keyakinan diri.Macam mana mereka nak percaya yang mereka boleh seandainya satu alam buana di sekeliling tidak percaya pada mereka. Sedih. Tapi saya tak mampu nak buat apa sangat (di pihak pentadbiran) yang mampu hanyalah sekadar mendekati mereka. Tapi keterbatasan saya perempuan dan mereka lelaki itu tidak memungkinkan semuanya mudah.

Sama juga dalam dakwah dan tarbiyah.Sikap murabbi yang tak percaya mutarabbi nya mampu lakukan sesuatu kerja dakwah itu, menyebabkan mutarabbinya juga hilang keyakinan. Macam mana mutarabbi itu mahu maju ke depan jika murabbinya sendiri yang menyekat kemampuannya? Jangan rigid dalam situasi kita mengklasifikasikan kemampuan mutarabbi kita.

Dengan pelajar perempuan pula, semuanya nampak baik-baik dan sopan.Ini sekolah agama.Tudung mereka tudung labuh.Tapi sesetengahnya di luar tidak. ‘normal’. Pernah tunjuk gambar saya dengan kawan-kawan di Australia (jangan marah akhawat.. hehe), diorang yang nak tengok, kemudian bila tunjuk, kita kan dah biasa bertudung agak besar tu, diorang pun tanya, “kawan cikgu semua warak-warak ea?”. Hehe..antara tudung kita dengan tudung labuh dia, rasanya tudung labuh dia lagi warak. Itulah yang terjadi bila tudung labuh itu hanyalah seragam sekolah, tanpa ada penghayatan.Pergi sekolah saya pakai pin Rose2Rose Aqsa Sharif tu. Memang sengaja. Supaya ada yang bertanya.Pernah la ada yang bertanya dan bolehlah cerita sikit-sikit, Jujurnya mereka taktahu apa-apa pasal isu Palestin, Syiria etc.Tapi tak berpeluang sangat nak bercerita panjang sebab masa untuk lepak-lepak dengan diorang terhad. Sepanjang bulan Ramadhan ni pulak, setiap pagi sebelum masuk kelas, semua pelajar berkumpul dan bertadarus dulu. Saya guna quran tafsir saya yang penuh penanda warna-warni di tepi tu. Pelajar perempuan yang duduk sebelah selalu berminat, “cikgu, nak pinjam Quran cikgu kejap’. Diorang nak tengok warna warni tu je, kemudian akan tanya untuk apa tanda itu. Maka saya akan bagitahu kenapa saya tanda :). Sayang la kalau tak tahu untuk tadabur kerana mereka di sekolah agama. Kalau pelajar sekolah menengah, bulan yang bukan bulan Ramadhan pun, mereka memang akan mengaji jugak setiap hari bersama-sama guru mata pelajaran pertama. Boleh dikatakan setiap pelajar ada Quran masing-masing.

Dengan guru-guru pula, ramainya sudah agak berumur.Dah peringkat mak saya.Dah lama mengajar. Sebab tu dah agak susah sikitla nak ubah atau nak ‘masuk’. Pergi sekolah memang pakai sarung tangan (stongan) la kan sebab kita memang pakai pun kan. Apatah lagi untuk mengajar.Nak angkat tangan menulis di papan hitam tu. Pernah ada seorang cikgu tegur, “Ayu selalu pakai sarung tangan ea?” hehe..pastu sambil gurau-gurau, dia tegur kakak seorang lagi, ustazah dan memang bekas pelajar sekolah agama, yang tak pakai sarung tangan,. Gurau-gurau je sambil gelak-gelak.Kemudian minggu-minggu terakhir ni, saya perasan, kakak uztazah tu pun dah mula pakai sarung tangan.

Pengalaman bersama mereka sudah berakhir. InsyaAllah akan mengutip pengalaman di sekolah lain pula selepas raya ini, jika Allah permudahkan urusan itu

 [bergambar dengan mereka pada dua hari terakhir sekolah]

Ramadhan pertama selepas 3 tahun di perantauan.

Sedikitla ingin berkongsi kisah Ramadhan kali ini.Berbeza itu memang berbeza.Yang gembira adalah kerana bersama keluarga.Pergi bazar tengok makanan banyak pun seronok jugak. Kemeriahan tarawih lagi la seronok. Cuma saya tak berpeluang la untuk ke masjid yang ada imam dari Gaza. Tapi boleh dikatakan kebanyakan masjid atau madarasah akan ambil imam tarawikh dari kalangan hafiz Quran. Bacaan mereka jelas.Dari segi fizikalnya semua seronok dan menenangkan serta menggembirakan.Tapi secara peribadi untuk rohani sendiri, penghayatan sendiri, agak kurang.Muhasabah dan saya tahu kekurangannya di mana.InsyaAllah untuk diperbaiki.Bukan keadaan sekeliling yang patut dipersalahkan kecuali diri sendiri.Mana mungkin Allah terima alasan urusan di sekolah banyak, bila balik komitmen dengan keluarga (tak sangat pun, cuma ada la masa-masanya), tiadanya biaah keakhwatan tu, tiadanya akhwat yang mengingatkan?Mana mungkin alasan ini valid. Tak kan? Saya tahu.

Di masjid, jarang sangat nak tengok saf wanita penuh dan rapat.Masing-masing mahu berada di ‘port’ masing-masing dengan sejadah masing-masing.Kalau sejadah tu lebar, selebar itulah ruangnya untuk diri sendiri. Tapi tak semua masjid la macam ni, ada yang jemaahnya faham akan kepentingan merapatkan saf dan betul-betul menjadikan itu dalam bentuk amal.

Tapi yang paling seronok, masa solat tarawikh dapat feel macam mana saudara Islam yang lain yang berada di negara bergolak. Bunyi bom (mercun) silih berganti. Pernah terlintas, dah macam kat Gaza agaknya nih, Terima kasih budak-budak yang bermain mercun!

Kadang-kadang terdetik perasaan halus, rindu.Rindukan Ramadhan di sebuah negara bukan Islam kerana di situ saya nampak ibadah puasa ini ibadah umat Islam.Di negara Islam ini saya seakan melihat ibadah puasa ini ibadah bangsa melayu.Itupun mudah sangat nak ternampak kecurangannya.

Selamat Hari Raya!

Masa raya ni, akan berjumpa dengan ramai saudara mara dan sahabat handai serta mungkin akan beraya ke rumah cikgu-cikgu jugak dengan kawan-kawan. Harapnya diri ini mampu untuk bergaul tetapi tampil berbeza.Kerana daie itu ada tamayyuznya.Moga tidak menjadi fitnah.

Dulu masa awal-awal kenal dakwah dan tarbiyah, ada peluang untuk praktikkan dan amalkan apa yang dipelajari bersama dengan yang sama-sama faham jugak, walaupun tak kenal. Tapi sekarang di bumi reality ini, kena terus amalkan apa yang dah belajar dan tahu dengan dikelilingi orang-orang dikenali (sangat dikenali) tapi tak faham. Bukan mudah. Tapi mampu! InsyaAllah

Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua yang mengenali, terutama sekali adik-adik yang sangat-sangat disayangi dan dirindui di Brisbane. Tahun ni tak dapat beraya bersama. Tetaplah kenang daku dalam rabithah kalian.



ps: kata seorang kakak, kita ni macam secret agent, dalam diam-diam ubah keadaan.insyaAllah. dan bukankah itu juga dakwah? dakwah bukan sekadar bawa usrah.

1 comments:

Komen anda..