Tuesday, June 18, 2013

Dakwah Kita Bukan Dalam Usrah

Lama rasanya tidak menulis dan update blog ini.

Mulakan dengan video orang famous ini dulu, ok :D



Menarik kan video Matlutfi di atas. Rasanya ramai dah tengok. Ramai peminat. Hasil karyanya sangat bermutu. Tak hairan kalau ramai yang tertarik dengan Islam melalui karyanya. Didoakan segala amal usahanya mendapat keredhaan Allah, insyaAllah.

Mesej daripada video tersebut boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Ini antara yang saya dapat:

  • Untuk daie, jangan mudah menghukum orang lain hanya kerana tidak mengikuti usrah, tidak sebaik budak usrah, masih ada jahiliyah nyata, jangan lupa ‘sikap menghukum’ itu juga jahiliyah, jahiliyah tersembunyi
  • Untuk naqib/naqibah, jangan perli memerli anak usrah dalam liqo’. Itu bukan dakwatuna. Kena baca dakwatuna balik.
  • Untuk yang sedang berusaha menjadi lebih baik, teruskan usaha. Jangan hiraukan kata-kata negatif mereka yang menghalang. Teruskan berfikiran positif dan teruskan usaha berlari ke arahNya. Ayuh!
  • Untuk kita semua, agama Islam sentiasa memberi harapan. Harapan yang baru, harapan untuk sesuatu yang lebih baik dan itulah yang menghidupkan jiwa kita balik, insyaAllah


Berkesinambungan daripada mesej-mesej video Sebelah Sayap di atas, izinkan saya untuk berkisah tentang perjalanan dakwah. Perjalanan saya secara peribadi. Bukan orang yang hebat, apatah lagi qowiy. Hanya perjalanan seorang insan biasa yang ingin membuktikan yang dia faham dua tugasnya; sebagai hamba dan khalifah Allah. Lama sangat tidak menulis bukan kerana tiada apa-apa tapi kerana ada beberapa yang baru yang memerlukan diri ini memahami dengan sefaham-fahamnya. Dalam tempoh tersebut macam-macam saya lalui. Tarbiyah di OZ dan sedikit teori dakwah di sana kini menguji saya di medan sebenar ini, walau hanya sekadar sekitar negeri kelahiran saya sahaja.

Kata murabbi saya dalam usrah tempoh hari, “dakwah kita bukan dalam usrah”. Kalau sekadar menghadiri perjumpaan usrah, duduk bergumbira dalam liqo’, makan-makan, catat yang mana nak catat, bentang yang mana perlu bentang, dengar yang mana diperdengarkan, maka kita belum jalankan tugas sebagai khalifah Allah itu dengan sempurna. Melaksanakan konsep usrah sebagaimana yang Imam Hassan Al Banna mulakan, itu dakwah. Tapi kalau sekadar menghadiri liqo’ usrah iaitu perjumpaan usrah, maka itu belum cukup untuk dipanggil dakwah.

Musim Mengundi
Sedikit pengalaman semasa musim mengundi yang lalu. Sejujurnya sedikit sebanyak rasa bersyukur kerana sudah pulang ke Malaysia dan dapat melihat dengan sendiri pilihanraya di negara kita. Melihat dengan fikrah dakwah dan tarbiyah. Fikrah yang jauh berbeza dengan ‘fikrah’ saya sebelum ini. Saya melihat perbuatan dan mendengar percakapan golongan-golongan terbabit. Sekecil-kecil komuniti kampung, kefahaman setiap individunya sangat penting. Saya melihat usaha-usaha yang dijalankan untuk menarik anak muda mahupun orang dewasa untuk memberi kefahaman. Pasang skrin di surau, tengok ceramah UAI. Seminggu dua sebelum hari mengundi, hampir setiap malam ada insan-insan yang sudi sponsor ayam untuk dibakar dan dimakan ramai-ramai sambil tengok ceramah UAI di layar putih. Ada jentera pilihanraya yang sibuk bekerja, yang datang makan saja pun ada. Yang datang makan sambil tengok ceramah pun ada. Ada la sekali dua tolong makcik-makcik muslimat sediakan ayam untuk dibakar tu. Selain ingin menolong, sebenarnya lebih kepada nak masuk dalam masyarakat dan mendengar butir perbualan :D Menarik! Sangat jelas pada saya, setiap orang memainkan peranan untuk pembentukan negara Islam itu. Dan tidak lain tidak bukan, berkait rapat dengan tarbiyah. Hati saya selalu terdetik bahawa tarbiyah memainkan peranan yang penting.

Bila kita tengok kepada keputusan pilihanraya, memang secara peribadi, saya kecewa pada awalnya. Tapi bila direnung balik, memang itulah yang terbaik sebenarnya. Rakyat dan masyarakat belum bersedia. Macam mana Allah nak bagi? Dan itulah tanggungjawab kita yang sudah faham. Yang berada di pihak yang memperjuangkan pemerintahan Islam, betapa banyak kekurangannya. Berapa ramai yang kerja untuk dapat duit sahaja? Berapa ramai yang culas? Berapa ramai yang acuh tak acuh? Berapa ramai yang menjadi fitnah kepada perjuangan itu sendiri? Untuk disenaraikan secara terperinci, rasanya tidak perlu. Libatkan diri, maka akan nampakla ‘kerja yang banyak’ itu.

Dek kerana itu, sangatlah penting untuk kita berada dalam masyarakat dan bergaul, namun bergaullah dengan cara yang berbeza. Bukankah daie itu ada tamayyuznya? Selalulah cari peluang untuk terangkan pasal kepentingan untuk kita menyokong pemerintahan Islam kepada masyarakat sekeliling. Masuk dalam golongan yang terdekat dengan kita.

Dakwah dan keluarga
Antara dua pernyataan berikut yang manakah yang benar?
“Antara dakwah atau keluarga” atau “Dakwah dan keluarga”

Perlu ke kita asingkan dakwah dan keluarga?
Jawapan skema dari saya, tidak. Dakwah dan keluarga seharusnya seiring sejalan. Jadikan keluarga sebagai pembantu kepada kerja dakwah kita. Dan keluarga juga termasuk dalam skop dakwah juga. Dakwah kepada ahli keluarga.

Bukan mudah. Ya benar sekali. Setakat ini saya tak pernah dengar ada yang cakap dakwah kepada keluarga mudah, menyeimbangkan keluarga dan kerja dakwah luar itu mudah. Belum, tiada siapa yang pernah mengatakannya mudah.

Maka, bermulalah dari sekarang tak kisah berada di peringkat mana atau di mana pun kita, usahakan supaya, pertama sekali ibu ayah kita faham kita terlibat dengan dakwah dan tarbiyah dan mereka tidak menghalang. Untuk dengar mereka mengatakan mereka setuju dan menyokong mungkin ambil masa lagi lama. Jadi, asal tidak menghalang itu sudah cukup. Percakapan kita, tindakan kita, perangai kita, amalan kita, seharusnyalah berbeza. Tunjukkan kepada mereka dengan ‘action’. Action speaks louder than words, right?

Santunilah sebaiknya. Ada ketikanya pada awal-awal proses mengambil hati dan memahamkan itu, perlulah selalu hadirkan diri untuk segala urusan keluarga. Ada majlis ke, ada kenduri ke, ada hari keluarga ke, ada yang datang bermalam di rumah ke, kena bijakla susun jadual. Saya pernah je tak dapat hadirkan diri ke usrah sebab ibu saudara satu family bermalam di rumah. Carilah alternatif. Dan untuk pertama kalinya saya ikuti secara panggilan telefon. Bukan untuk diamalkan.

Kalau nak tajmik adik-adik baru, nak wujudkan ikatan hati tu, kita sanggup buat macam-macam kan, samalah dengan keluarga. Kalau dengan akhawat kita tak kedekut pun nak belanja ke apa, inikan pula keluarga sendiri, kan? Saya selalu fikir macam tu je.

Mudah dan gembira sebenarnya bila ibu bapa menyokong dan tidak menghalang.

Dakwah pelajar
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berada di rumah dan banyak masa dengan keluarga, selain ke usrah dan daurah sekali seminggu (atau 2,3 minggu sekali), kini Allah bagi peluang untuk bukak langkah lebih luas. Allah bagi peluang untuk terus ‘berpraktikal’ dan belajar. Allah susun cantik je perjalanan hidup kita ini. Langkah demi langkah. Saya percaya apa yang berlaku hari ini adalah persediaan untuk kemudian hari. Berprasangka baiklah padaNya. Kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.

Kalau beberapa bulan dulu banyak masa dengan keluarga, settlekan soal tarbiyah diri, settlekan perasaan-perasaan negatif bersama ahli keluarga (kadang-kadang keluarga sendiri sangat menguji kesabaran), kini Allah bagi peluang untuk terlibat dengan pelajar-pelajar sekolah. Siang hari menjadi cikgu ganti di sebuah sekolah agama dan malamnya mengajar mengaji Al-Quran/memberi tazkirah kepada pelajar asrama di sekolah kebangsaan yang lain. Hujung minggu, masa untuk usrah dan daurah (kalau ada). Taktahu untuk tempoh berapa lama. Allah lebih mengetahui. Tapi selagi ada peluang, akan guna sebaik mungkin. Sedang berfikir macam mana mahu membantu adik-adik ini lebih memahami Islam. Untuk tulis dan rancang senang, tapi untuk dipraktikalkan tidak semudah itu, apatah lagi untuk dipraktikalkan mengikut tahap kemampuan mereka.

Nak 'masuk' dan berkenalan dengan budak-budak universiti berhampiran tak tahu la macam mana. Dah ada contact. sekadar bermesej. Budak U kan busy. Ada sahaja program mereka. Adakah perlu sambung master di universiti terbabit? whoa! I need some times to join them, InsyaAllah one day. Soon. :)

Allah sentiasa ada!
Sekadar ingin berkongsi sedikit soal rezeki. Sehingga ke saat ini, dalam masa 6-7 bulan ini, saya tidak ada ‘income’. Hanya bergantung kepada duit simpanan yang tak banyak pun, dan kadang-kadang, jarang sangatla duit dari keluarga. Kalau diberi ambik, kalau tak, tak mintak. Ulang alik ke usrah, daurah, kredit telefon (penting juga untuk dakwah dan kelangsungan tarbiyah) dan juga hal-hal kecil lain semuanya memerlukan duit. Pernah satu ketika tu, rasa sedih la jugak, belum dapat kerja, duit simpanan makin berkurang, masa tu dalam kereta, rasa macam nak nangis sebab minggu tu kena travel dua kali seminggu untuk ke usrah dan kemudian ke daurah. Dan dalam minggu tu juga, Allah bagi rezeki melalui ____. Masa tu memang saya dah mesej naqibah, mintak pengecualian untuk tidak hadirkan diri ke daurah (daurah adik bukan daurah sendiri) atas alasan kewangan, satu benda yang tak suka sebenarnya. Tapi bila Allah bagi rezeki tu, dan entah kenapa masa tu jugaklah adalah akhawat tu bersungguh-sungguh nak saya datang. Saya datang jugakla. Tak dapat dengar pengisian pun datang tu sebab kena tolong masak di dapur, tapi Allah nak suruh belajar tentang gerak kerja akhawat di sini. Kemudian terfikir, jangan pernah bagi alasan untuk dakwah dan tarbiyah. Allah akan uruskan soal rezeki. Jangan risau. Allah tak mintak pun rezeki tu. Tapi Allah mintak kita jalankan tanggungjawab kita. (sila cari ayat AlQuran yang berkaitan :D, jika anda tahu tentang dua tujuan hidup).

Itu rezeki dalam konteks duit. Tapi maksud rezeki tu kan luas. Walaupun dengan keterbatasan untuk mengajak orang ke arah kebaikan, dan menolong orang lain memahami agama Islam secara lebih baik, Allah izinkan saya berkenalan dengan beberapa orang yang menghantar email kepada saya dan bertanya tentang usrah. Hanya kerana satu post awal tahun dulu. Join Usrah Today. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Walaupun tak mampu nak santuni sendiri, tak besua wajah pun, hanya sekadar email dan whatsapp (terima kasih whatsapp yang membantu kerja dakwah :D), Allah izinkan juga saya untuk membantu mereka mencari usrah, mencari seseorang yang boleh santuni mereka di kawasan terdekat dengan mereka. Boleh usaha tanyakan, selebihnya perlukan kerjasama akhawat kawasan terbabit untuk tindakan selanjutnya. Mereka ini sangat 'pure' dan ikhlas untuk berubah ke arah lebih baik. sungguh! saya boleh rasakan. Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah dan Allah temukan kalian dengan insan-insan yang baik yang boleh membimbing kalian mengenali manisnya tarbiyah. InsyaAllah.

ayat last buat airmata saya bergenang, hati bergetar, untuk kembali 'hidup' mungkin :D


Akhir kata, saya ingin tekankan sekali lagi kepada daie yang memahami tanggungjawab dakwah, dakwah kita bukan dalam liqo’ usrah kita itu sahaja. Kena masuk masyarakat. Dekat mana ada peluang, masuk dan kenali pelbagai peringkat masyarakat. Cara setiap golongan ini terima dan faham Islam berlainan. Penting untuk kita faham supaya kita tidak bersifat ‘penghukum’. Bila diberi sesuatu peluang (contoh peluang kerja), jangan tengok gaji atau bayaran dulu. Tapi tengok aspek dakwah dan tarbiyah nya macam mana. Okayh! :D

8 comments:

  1. akak!!!
    i miss you :')
    dan subhanallah bestnye, i thought of becoming cikgu after belajar..
    6-7 bulan, how time flies~
    take care kak ayu. love you, fillah <3

    ReplyDelete
  2. Bellaaa!!
    Miss u too! Of course
    Best! Especially brada d skolah yg plajarnya bukan pljar bijak, n sistem skolahnya.. Hurmmm
    Lots of thinks to learn..

    "Bila ada masalah depan mata, apa nak buat? Dan utk lari dari masalah tak perlu blaja agama, tak perlu tahu kiat-kiat dkwah. Berteori ke situ ke sini, bila msuk msyarakat, ad masalah, apa nak buat? " :D

    Tgh fikir apa boleh buat utk tlg adik-adik ni.. Moga ketemu idea yg diredhaiNya

    U too bella, take care! <3

    ReplyDelete
  3. ade ke usrah dlm whatsapp? nak join... bole?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah, kl ad usrah dlm whatsapp tu bukan usrah tu.. Taktrcapai rukun usrah kl hnya mllaui whatsapp. Itu bkn konsep usrah sbnr tu... :)

      Kl hnya skadar pringatan2 biasa bolehla mllaui whatsapp.. :)

      Delete
  4. da lm sy mencari teman yg boleh memberi nasihat dn pandangan dalam islam.. kadang2 kte bnyk persoalan tapi tiada jawapn... bila baru berhijrah tp tiada yang membantu.. kadang2 risau kalau hati x cukup kuat nk pegang ajaran islam... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syasya, apa kata syasya email sy, trueblu_22@yahoo.com.. Nnti sy bg no fon utk contct, bleh smbg lbh lg :)

      Delete
  5. assalammualaikum anti,saya teringin perbaiki diri saya spya jd baik..saya bnyk takthu...tolong saya antiii!!! :'( saya harap anti dpt tolong saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syazwani, nnti email sy. email mcm kt atas.. Nnti sy bg no telefon.. Nnti sllu2 la msj atau email, bleh sharing2.. Nk kata dpt tolong btol2 tu, sy bkanla org yg ssuai kot.. Huhu.. Skadar brkongsi bleh insyaAllah.. :)

      Delete

Komen anda..