Thursday, May 2, 2013

Book Review: Melukis Pelangi

Pada suatu pagi di sebuah Rumah Islam (penghuninya akhawat), sambil menunggu cik kakak itu bersiap sebelum kami sama-sama ke tempat daurah, saya usha almari buku di ruang tamu. * ting * Ada buku yang menarik perhatian saya. Buku Oki Setiana Dewi. Ada dua tapi tak apalah, pinjam satu dulu. Buku itu adalah buku pertama tulisan Oki iaitu, Melukis Pelangi. Tak sampai separuh sesi daurah, dapat panggilan tawaran untuk temankan sorang kakak doktor ke tempat lain, untuk khidmat masyarakat. Kerana khidmat masyarakat itu akhirnya ter berkenalan la dengan para muslimat setempat yang sungguh aktif dengan kempen PRU ini. Kata seorang makcik akhawat yang turut berada di situ, 'kita akhawat kena tiru semangat kerja mereka nih' :D

Kembali kepada Melukis Pelangi. ini merupakan sebuah buku biografi Oki Setiana Dewi. Menceritakan siapakah beliau dari kecil sehinggalah beliau terpilih menjadi pelakon dalam movie Ketika Cinta Bertasbih yang sangat masyhur itu. Kalau sesiapa pernah dengar ucapan Oki ketika di program Bicara Selebriti atau berada di tempat kejadian tahun lepas pasti tahu secara ringkas kisah hidup beliau. Dan itulah yang dkembangkan dalam bukunya ini.

Figur ini bukan figur rekaan penulis novel yang meletakkan watak heroinnya penuh kehebatan. Hampir 0 kecacatan. Tidak. Figur ini figur manusia biasa dari keluarga biasa dari daerah biasa tapi mempunyai semangat luar biasa.

Secara ringkasnya, Oki merupakan anak sulung dari tiga adik beradik yang kesemuanya perempuan. Membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana di Batam. Sejak kecil suka bercantik-cantik dan masuk pertandingan kecantikan. Mulanya dia banyak kalah dan selalu kalah. Tapi setiap kali kalah, dia belajar dan perbaiki. Sehinggalah dia menang dan menang dan selalu menang. Sehinggalah kena 'banned' daripada memasuki pertandingan kerana asal dia ada je dalam pertandingan, dia akan menang. Kerana itu peserta lain marah dan protes. Hehe.. kelakar la jugak. Satu lagi yang menarik tentangnya adalah kerana dia suka menulis diari. Dia akan tulis apa yang dia nak capai dan bagaimana mahu mencapainya. Selepas kena 'banned' daripada memasuki pertandingan, dia mula diangkat menjadi juri. Juri yang muda sudah semestinya.

Antara mimpi terbesar yang menjadi matlamat hidupnya ketika itu adalah untuk menjadi pelakon. Dan kerana ingin mengejar cita-cita itu, dia memberanikan diri berhijrah ke Jakarta pada usia belasan tahun. Sungguh berani. Namun bukan mudah untuk dia yang pada masa itu baru belasan tahun. Dia tak dapat masuk ke sekolah yang diimpikannya tapi masuk ke sekolah yang… yang… subtopiknya berbunyi begini, "Ini sekolah atau pesantren?" hehe… di sekolah ini pelajarnya bertudung dan baik-baik serta sopan. Janggal untuk Oki yang berbeza pakaian. Oki mengalami 'kejutan budaya' di sekolah itu. Walaupun masih bersekolah, Oki meneruskan misinya untuk menjadi pelakon. Balik sekolah, di stesen bas, dia tukar baju dan bergerak dari satu tempat casting ke tempat yang lain. Banyak yang dicubanya. Namun tidak mudah untuk remaja itu. Dia hampir-hampir berputus asa kerana dia yang dulunya hero di Batam kini zero di Jakarta. Namun dia terus bersemangat dan tak pernah ceritakan jerit perih dia keseorangan di Jakarta pada keluarga. Yang diceritakan semuanya baik-baik sahaja.

Kisah Oki dan jilbab.
Sedikit petikan dari buku tersebut:

"Shalat lima waktu, mengaji, berpuasa, dan ibadah lainnya aku kerjakan. Berjilbab sama sekali tidak pernah terlintas di otakku. Aku tahu berjilbab adalah wajib. Tapi, aku memilih untuk berpura-pura tidak tahu. Aku sibuk mengejar duniawi. Kalau aku berjilbab, aku takkan bisa lagi menjadi mayoret, takkan bisa lagi menjadi model, dan pasti kesulitan kalau ingin mengikuti olahraga basket dan berenang. Jilbab akan menghalangi semua kegiatanku.

Pada usia 15 tahun, ketika karier model sedang memuncak, Allah menegurku lewat mimpi. Aku tidak mengerti tempat apa yang kudatangi itu. Aku hanya melihat hamparan wanita berpakaian dna berjilbab putih di sana. Aku berdiri di depan pintu dan mematung. Aku mealu dengan keadaanku yang tidak sama dengan mereka. Aku merasa berbeda dan tak pantas bila berkumpul bersama mereka. Walau begitu, sungguh, aku ingin sekali masuk ke tempat itu. Lama aku terdiam, kemudian laki-laki tua yang tak kuketahui dari mana datangnya mendekatiku sambil memberikan selembar jilbab putih kepadaku, "Jadilah seperti mereka….," dan aku pun terbangun…"

…::: Allah selalu ketuk hati kita dengan pelbagai cara kan? :::….

Satu tamparan yang hebat berlaku kepada Oki bila ibunya ditimpa penyakit yang sangat menyedihkan bagi mana-mana anak sekalipun. Ibunya menghidap Pemphigus Vulgaris. Penyakit autoimmune yang menyebabkan kulit melepuh. Penyakit kulit yang serius. Kalau ikut yang Oki cerita, bila diangkat baju ibunya, kulit itu terangkat sekali. Luka-luka itu menyeksakan. Kerana ini, Oki mengambil keputusan untuk berjilbab dengan serius dan selalu berdoa agar Allah sembuhkan ibunya.

Tindakannya berjilbab merupakan suatu yang sangat besar dalam hidupnya. Oki serius dengan tekadnya berjilbab. Dalam keadaan kesempitan wang untuk kos rawatannya, Oki menolak banyak tawaran berlakon hanya kerana producer menyuruh dia menanggalkan jilbabnya. Bayangkan ujiannya untuk meneruskan niat sucinya. Hinggakan ada yang mengatakan yang dia tak akan mencapai apa-apa dengan berjilbab! Saya kira itu sangat 'over'. Serious!

Tak lama selepas itu, ibunya makin pulih dan Oki juga berjaya memasuki university idamannya. Dia memilih untuk tinggalkan mimpinya untuk mnejadi artis. Tidak lagi ikut casting ke situ ke sini. Di university, Oki aktif dan melibatkan diri dengan kegiatan dakwah university. Untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik. Pada suatu hari ketika menghadiri halaqahnya, kawan-kawannya menyuruh dia ikut ujibakat mencari pelakon untuk movie Ketika Cinta Bertasbih. Mereka tahu kisah silam Oki dan mungkin kerana itu mereka yakin Oki layak. Mulanya Oki menolak. Namun kawan-kawan terus mengajaknya. Akhirnya dia setuju. Untuk ujibakat tersebut sebenarnya dia pilih untuk memegang watak Ayatul Husna yang dirasakan lebih sesuai dengan dirinya. Banyak tapisan rupanya sebelum dia akhirnya dipilih memegang watak Anna Alfhatunnisa. Dan mimpinya kini tercapai, walaupun dia berjilbab! Siapa bilang gadis berjilbab tak mampu mencapai apa-apa. Nah terbukti bukan? Oki juga memenangi beberapa anugerah dengan lakonannya itu.

Sedikit sharing, patutlah aura KCB sebegitu kuat dan mem'wow'kan, para artis yang berlakon melalui saringan demi saringan sebelum terpilih. Setelah terpilih, dalam tempoh lakonan itu, mereka sangat islamik, tersangat islamik. Memang 'legend'. Menantikan produksi dari Malaysia yang berani sebegitu. Afdholin Shauki please :D (ada seorang ustazah panggil Afdlin, Afdholin :D)

Dan satu lagi mimpi Oki yang tertunai jika iaitu berlakon dengan seorang pelakon tu. Dan pelakon impiannya itu merupakan bapanya dalam cerita KCB! J How sweet Allah's plan.

Bagaimana dengan pelangi kita?

Saya yakin dan percaya setiap dari kita mampu dan boleh menovelkan atau membukukan kisah hidup masing-masing. Cuma soal ada nilai komersial dan promosi hebat ke tak je :D

Percayalah Allah selalu ketuk hati kita untuk kembali kepada Dia. Allah selalu nak bagi hidayah itu. Cuma mungkin taufiqnya belum kita dapat. Taufiq tu macam keupayaan/kemampuan kita untuk bergerak mengejar hidayah itu. Atau mungkin kita yang 'sombong' dan selalu berpaling setiap kali Allah ketuk hinggalah kita semakin menjauh dari Dia.

Ambil masa dan perhatikanlah susur galur sejarah kehidupan kita. Macam-macam yang kita lalui. Roda kita berputar atas, berputar bawah, static sekali sekali, berada di bawah lama/sekejap, kembali ke atas, ke bawah semula dengan drastiknya, dan tanpa disangka berputar ke atas semula, mengikut perancangan Dia.

Bila-bila masa Allah ketuk hati kita, bagila respon. Dan bertindaklah, bergeraklah ke arah hidayah itu. Contoh, kita rasa nak jadi lebih baik dan kita rasa nak berusrah kerana itu satu jalan yang baik untuk mentarbiyah diri dengan serius, maka usahakanlah untuk mencari usrah. Kemudian, bila kita dah dapat, genggam kuat-kuat. Hargai. Kalau ada ujian, gagahkan diri untuk lalui. Dan kemudian di depan hari, kita rebah, bangun balik. Jika buat maksiat, bertaubat, mohon keampunan dariNya. Akhir sekali, kejarlah dan letakkan target untuk capai redha Allah walau dengan apa cara sekalipun. Moga kita tak akan merasa walau sedikit azab seksa api neraka. Mana tau, kita mampu capai itu. Rahsia Allah.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..