Friday, April 26, 2013

Tudung Labuh

Terbaca cerita perkongsian di bawah daripada facebook Halaqah Keluarga. Sangat bermanfaat dengan mesejnya pelbagai, bukan sekadar soal melabuhkan tudung. Dengan itu, sukacitanya saya panjangkan lagi mesej baik tersebut di sini.. :)

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Suatu ketika, saya pernah di tanya oleh anak muda. "Bagaimana nak melabuhkan tudung isteri kita? Boleh tak kita guna kuasa taat suami terhadap isteri? Iyalah, jika kita sebagai suami beri arahan, isteri wajib taatkan?"

Saya menduga anak muda itu, "Sapa suruh labuh tudung (tutup aurat sempurna), sang suami ke atau Allah swt?"

Dia menjawab,"Tentu­lah Allah.. "

Saya menyambung lagi, "Habis, jika itu adalah suruhan Allah swt, siapa kita (suami) nak beri arahan?"

Dia membalas, "Habis, kalau isteri tak nak pakai? tak nak ikut hukum Allah? Bukan ke suami kena bertanggungjawa­b? Nanti suami berdosa pulak?"

Saya membuatnya keliru, "Habis, kalau suami itu meninggal? atau bagi wanita yang belum bersuami?.. kiranya bolehlah tak tutup aurat?"

Dia termenung.. "Ish.. mana boleh.. Aurat tu wajib di tutup.."

Akhirnya, saya mula memberikan jawapan. "Itulah kaedahnya. Walaupun kita sebagai suami ada 'senjata' ketaatan untuk digunakan kepada isteri, tetap 'senjata' itu tidak boleh digunapakai tanpa tarbiyah. Yang kita hajat dari isteri kita adalah hati yang merasa 'arahan' tutup aurat itu datangnya dari Allah swt bukan dari kita.. Kadang2, wanita ni dia ikut sebab 'sayang' kat suami dia tapi bukan pasal dia faham atau sayang kat Allah swt.." "Maka, proses yang terbaik dalam didikan isteri atau sesiapa sahaja, kena balik pada titik noktah awal (noktah bidayah) yakni menghubungkan manusia dengan Allah swt bukan kita, bukan jamaah, bukan tokoh dan bukan segala-galanya.­."

Dia membalas, "Habis tu, kenapa anak-anak wajib di pukul jika tidak solat?"

Saya menerangkan lagi, "Pukul itu bukan matlamat dia bukan? Matlamat pukul untuk dia solat dan tunduk pada Allah bukan? Pukul itu adalah proses atau alat untuk mengingatkan manusia kepada azab Allah nanti.. Sebab itu, jika ingin memukul anak atau isteri, WAJIB di buat ketika kita tidak dalam keadaan marah.. Kita kena terangkan kesalahan apa, dan kenapa tindakan itu kita lakukan.. sebab kita memukul kerana Allah swt bukan kerana nafsu kita"

Saya menyambung lagi, "Oleh itu, jika hajat kepada kesempurnaan aurat isteri kita atau bertudung labuh dan sebagainya.. bukan dengan menyuruh dia mengikut ustazah tertentu.. atau kakak2 tertentu..atau murabiyah tertentu.. yang kita nak bawa adalah konsep taat pada Allah, dan bincang sama-sama, bagaimana fesyen yang Allah suka.. ". "Kaedah fesyen ini penting bagi wanita..kita kena raikan..",

"Tidak semestinya wanita Malaysia MESTI menutup aurat ikut cara wanita Iran atau wanita Sudan atau Saudi" "Wanita muslimah Malaysia amat wajar menutup aurat ikut budaya fesyen di Malaysia, yang penting mengikut garis panduan yang Islam tetapkan.."

Saya menguji lagi,.. "agak2 baju kurung tu kira menutup aurat ke tidak?"

Dia menjawab.. "mmm.. kira ok.. sebab tak nampak bentuk tubuh"..

"Baju kebaya?" Soal saya lagi..

"Mana boleh. Sebab kecik di pinggang" jawabnya pantas.

"Tapi, kalau di besarkan hingga tidak nampak tubuh?" Soal saya pula.

"mmm.. itu bolehlah sebab tak nampak tubuh.. tapi tak jadi baju kebaya la pulak.. hehehe". Jawabnya pula.

"Penting ke nama fesyen baju? Kurung ke? Kebaya ke?" Tanya saya lagi..

"mmm.. tak kisahlah, asal tutup aurat.." Jawabnya.

"Jadi, mudah cerita, aqal manusia ini bebas untuk berfikir dan berkarya bukan?" "Untuk fesyen wanita pun sebenarnya tidak jadi masalah untuk wanita berkarya dalam berfesyen, dengan syarat tidak ada unsur yang mendedahkan aurat dan bukan berniat tabaruj berlebihan. Boleh di raikan hajat utk kelihatan kemas, bersih dan menarik yang bukan berlebihan". "Cuba lihat isteri Presiden Turki berpakaian?" "Nampak sopan dan anggun bukan?".. soal saya.

"Nah! balik pada soalan awal tadi... cara terbaik dalam proses pendidikan adalah mendidik hati untuk berhubung dengan Allah dan rasa bertanggungjawa­b dengan Allah.., kemudian, pakaikan juga isteri kita dengan pakaian taqwa supaya pakaian fizikal tidak akan membuat hati rosak kerana riak dan ingin menunjuk kepada orang lain.. tarbiyah juga supaya dia tidak merasa 'hebat' atau 'lebih solehah' dari orang lain bila pakai jubah, tudung labuh dan sebagainya.." "Ini penting, sebab ramai juga muslimah di luar sana, yang tanpa di sedari 'melabelkan' orang yang tidak berpakaian mengikut cara mereka berpakaian dengan 'label' yang menjarakkan orang tersebut, dan lebih parah merasakan orang itu susah dapat hidayah dari Allah swt.,". "Ini fatal dalam berdakwah.. salah cara ni.." Tambah saya lagi.

"Kita berpakaian sebab nak served Allah swt dan bukan nak tunjuk kita alim atau lebih baik dari orang lain.. " ujar saya.

"Jika awal kahwin, isteri masih belum sempurna menutup aurat, tugas kita sebagai suami untuk tarbiyah isteri dengan cara yang paling baik.. bukan dengan senjata 'taat' semata-mata.. " Balas saya lagi..

"Akhirnya, bersyukurlah pada Allah swt jika ada perubahan dalam diri isteri kita.. dan panjatkan semoga Allah kekalkan kefahaman dan keimanan kita dalam berumahtangga..­ " nasihat saya lagi.

"Kalau nak praktik cara2 yang kita diskus ni... pi la kahwin cepat2.. " gurau saya di akhir perbualan kami..

Anak muda tersebut tersenyum malu.. :)

***************­***************­***************­******

Di hari Jumaat ini, saya teringat kepada peristiwa seorang murabbi dan seorang murabbiyah yang telah pergi meninggalkan kami.

Cerita Murabbi 1
Setelah berkahwin, ketika sang ustaz sedang duduk ruang rumahnya, sang isteri (ketika itu belum konsistent dalam menutup aurat) telah keluar rumah untuk menjemur kain di ampaian tanpa menutup kepalanya.. Sang ustaz yang sensitip dengan hal-hal yang kecil tetapi penting ini mula bertanya kepada isterinya..
"Awat nampak lain sikit hari ini?" sambil buat-buat bertanya.
"Lain apanya.. " Jawab sang isteri sambil berfikir..
"Ooo... lupa2.. " sang isteri berlari masuk ke dalam rumah dan mencapai tudung kepalanya.

Tarbiyah itu seni. Seni mengembalikan manusia untuk sujud dan patuh pada Allah swt..

Sang Murabbi ini, boleh sahaja menggunakan bahasa biasa.. "Awak ni, tak reti-reti saya cakap.. nak keluar rumah tu, WAJIB pakai tudung!.. tak takut ke azab Allah kat akhirat nanti?"... kaedah ugutan.

Tetapi, sang murabbi memilih bahasa indah yang mengingatkan isterinya yang mungkin terlupa kerana masih belum biasa lagi dengan proses yang di laluinya.

Cerita Murabbiyah 2
Sang Murabbiyah ini cukup teliti dalam memilih pakaian. Di kala, rakan-rakan seusrah atau sejamaah memilih berpakaian so called 'tudung labuh', dia juga mengambil pakaian yang sama.

Cuma, yang membezakan adalah ketika di pejabat. Jika ke tempat kerja, dia akan memastikan pakaian yang terbaik, warna yang terbaik, bunga yang terbaik dan di sesuaikan dengan fesyen yang direka sendiri pada bajunya. Tudung di jahit sendiri, pakaian di reka sendiri untuk menutup aurat dengan sempurna di samping mengambil kira budaya setempat..

Selalu dia mengingatkan,..­ "Kita berpakaian macam ni, bukan nak tunjuk kat orang tetapi nak buat untuk Allah.. jika orang lain faham apa yang kita faham pasti mereka lebih baik dari kita.. jadi, jangan sesekali pandang rendah pada orang lain. "

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Ps: moga Allah berkati amal penulis sebenar :)

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..