Wednesday, April 24, 2013

Tak Payah Join Usrah

*Dum* bunyi guruh yang mengejutkan seisi rumah.

Dan kemudian sunyi. Semuanya tidur. Mak ayah tidur kepenatan. Adik yang baru balik sekolah juga begitu. Sunyi. Melainkan bunyi titisan air hujan dan angin yang bertiup serta sayup-sayup bunyi guruh memeriahkan kehidupan manusia di bumi. Itulah rahmat Allah. Tidak selamanya bumi ini panas di bawah terik matahari. Tiba masanya yang sesuai, pasti Dia Yang Maha Penyayang akan hadirkan hujan yang mendinginkan.

Baru tadi saya menerima mesej dari seorang ukhti yang memaklumkan bahawa ukhti A dimasukkan ke hospital. Dan ukhti A itu adalah naqibah saya yang baru sekali saya jumpa dalam usrah kerana 2 minggu sebelum ini dia ada hal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami berusrah dengan naqibah ganti. Saya pun mesej bertanya khabar. Puan Doktor (naqibah) ini disuruh doktor lain untuk masuk wad kerana tahap kesihatannya tidak memuaskan. Katanya dia tak apa-apa. Tiada yang kritikal. Cuma demamnya yang teruk dan tak kebah. Sebagaimana saya dan pastinya usrahmates yang lain juga sebenarnya excited nak usrah minggu ni tapi tak sangka Allah punya rancangan yang lebih baik. Sama-sama doakan naqibah saya ini segera sembuh ea, insyaAllah.

Ukhti A itu merupakan naqibah baru saya di Malaysia ini. Teringat dia, teringat perjalanan susahpayah untuk teruskan usrah dan tarbiyah di bumi realiti ini.

* tariknafasdalamdalam jap *

Saya capai Cik B. BeriHitam. Tekan ikon F. MukaBuku. Turun atas naik bawah. Suka dengan post seorang adik di Brisbane dulu yang memaklumkan pada kawan-kawannya yang lain tentang program tajmik mereka malam ni. Mereka kini di tahun akhir di salah satu IPG di Malaysia ni. “Like” . Teringat mereka. Teringat air mata yang pernah tumpah. Sesungguhnya memang tak boleh tahan dah masa tu. Bukan sedih atau kecewa dengan mereka, tapi tak boleh terima dan sedih sangat dengan kata-kata orang lain terhadap mereka. I just cant accept those words. Entah kenapa tak menjawab. Mungkin sebab tarbiyah. Saya dah hilang teknik menjawab dan cari pasal balik tu. Tapi bila tak boleh tahan, kena juga ‘jawab’. Dengan airmata dan solat. Sorang-sorang.

Kemudian keluar dari F, saya klik T pada B. BurungBiru. Terbaca kicau seorang adik yang bakal sertai program tajmik dengan akhwat yang lain malam nanti, ‘semangat yang hilang’.

* termenung, tariknafaslagidalam *

Sesungguhnya menjadi budak usrah ini tidak segalanya manis. Tidak selalunya baik dan bersemangat.

Sebelum corat-coret di sini, saya tanya-tanya pakcik gugel sikit-sikit. Saja nak tahu apa kata budak usrah di alam maya.

Saya tak akan pernah nafikan menjadi budak usrah adalah salah satu pengalaman bermakna di kehidupan yang sementara ini. Andai selepas kehidupan yang sementara ini, saya ditanya apakah antara yang paling manis ketika berada di kehidupan yang dulu? Saya akan jawab, ‘Saya join usrah, saya ikut tarbiyah’. Banyak sangat yang manis dan saya rasa kalau saya tak ikut tarbiyah, tak join usrah, saya tak akan lalui pengalaman-pengalaman manis tu. Alhamdulillah.Kadang-kadang tu tak tahu nak gambarkan macam mana ketenangan dan kesenangan hati tu. Kadang-kadang tu rasa nak tulis, nak kongsi. Tapi maklumlah saya ni bukan jenis blogger tegar, tak ada masa la, tak reti nak tulis la. Macam-macam, alasan.

Tapi untuk kali ini saya nak sentuh isu-isu sensitif (mungkin) untuk menerangkan tajuk entri, “Tak Payah Join Usrah”
-tetiba rasa macam panjang sangat sekapursireh saya, maaf-

>>>>Tak Payah Join Usrah<<<<

Pada suatu hari tu, saya yang bukan pembaca tegar blog Inche Gabbana, terasa nak baca post dia yang satu tu. Entah kenapa yang tu. Selalunya tengok je, tak klik pun. Oppss! *sshhh* Post yang pasal email seseorang yang menceritakan pengalaman tak bestnya dengan budak usrah dan usrah. Hurm, lepas baca tu, saya emo kejap. Entah kenapa, saya emo dengan tindakan budak-budak usrah macam tu. Seriously. Saya emo dengan orang-orang yang memberi pengalaman itu kepada si penghantar email. Bila baca komen, rupanya ada lagi yang mengalami situasi yang sama. Ini mereka-mereka yang tidak saya kenali. Pernah je ada seseorang yang saya kenal suatu ketika dahulu (tahun lepas), juga pernah mengalami hal yang sama. Nama dia Saudari Gigih (bukan nama sebenar, ofkos).

Macam-macam pengalaman takbest mereka yang ada persepsi negatif pada usrah ini. Ada yang lihat kawan-kawan yang join usrah tapi berperangai macam sama je dengan yang bukan usrah atau mungkin lebih teruk. Ada yang diperli dikutuk diumpat oleh budak usrah hanya kerana dirinya yang belum baik. Ini semua membuatkan mereka yang lain berpandangan negatif dan berpendapat ‘Tak Payah Join Usrah’. Tak salahkan yang berpendapat sebegitu, tak salahkan juga yang berperangai sebegitu. Salahkan syaitan yang menyebabkan satu itu berpendapat sebegitu, satu lagi berperangai sebegitu. Sungguh, syaitan itula yang salah. Yang menyebabkan si budak usrah itu berperangai sebegitu dan lambat benor nak berubah sedangkan kawan-kawan sedang memerhati. Sungguh, syaitan itu yang salah yang menyebabkan si pemerhati tak kuat semangat untuk terus bersangka baik dan menuju kebaikan. Yang buruk tu nampak besar je kan.

Saya tahu apa rasanya berada di pihak pemerhati tu. Meh, nak story sikit. Pada awal-awal penglibatan saya dengan usrah, saya ‘adik’ lagi masa tu. Tolong faham, saya ‘adik’ yang sedang mencari sinar hidayah. Yang sedang memerhati dan menilai banyak hal di sekelilingnya, untuk memastikan tindakannya mengikuti usrah ini tindakan yang betul kerana dia takpernah kenal apa itu usrah sebelum tu. Dan, kebabom! Bukan bom. Berlaku satu hal yang sangat mengecewakannya. Dilakukan oleh budak usrah yang mengajaknya kepada usrah. Tak sampai 6 bulan usrah dah hilang kemanisan usrah. Dah la tak nampak nak bergantung pada ‘dahan’ yang mana lagi di ‘pokok’ itu. Memang tunggu masa nak jatuh dan berlari pergi. Tapi entah kenapa masih mampu bertahan dan teruskan dengan ‘terencatnya’ kerana manisnya tarbiyah Allah. Allah masih sayang. Kalau tak mesti Allah dah tinggal dan biar saya jatuh dari pokok tu.

Begitulah, payah join usrah.

>>>>Payah Join Usrah<<<<

Payah memang payah join usrah. Banyak yang menyakitkan. Tapi sebenarnya, banyak lagi yang menyenangkan. Allah menyenangkan kita melalui kesakitan itu. Nak cerita secara detail pengalaman, erm, tak nak la. Segan dan rasanya biasa-biasa sahaja untuk orang lain (tapi sukar sangat untuk saya).

Untuk yang nak join usrah, saya sebagai budak usrah, tak ingin menjanjikan bahawa join usrah ini senang dan gembira total. Erk, tak adalah nak bagi jaminan 101% tu. Ops!

Tapi kalau tak join usrah, tak berada di jalan tarbiyah, semuanya senang ke? Semuanya tenang ke? Semuanya tenang ke? Kali ketiga ulang, semuanya tenang ke?

Tak, kan? Kalau macam tu, Join Usrah!

Join la usrah dan Istiqamah lah dengannya.

>>>>Join Usrah<<<<

Kepada yang belum join usrah dan masih ada persepsi negatif tentang usrah, tidak mengapa. Tiada siapa yang akan salahkan anda. Mungkin situasi sekitar yang menyebabkan usrah nampak negatif pada anda. Pendapat saya untuk anda, pandanglah yang baik dan jangan endahkan yang buruk tu. Kalau saya jadi anda, saya akan pegang prinsip, ‘kalaupun aku taknak buat kebaikan, aku tak akan halang orang lain buat kebaikan’. “Kalaupun aku taknak join usrah, aku tak akan halang orang lain untuk join usrah”. Mana tau, kebaikan anda saat itu jauh lebih baik dari dari budak usrah. Allah knows best! Tapi bila dah hilang negative thoughts tu, selamat berkenalan dengan usrah. Usrah best sebenarnya. Percayalah!

Kepada yang pernah join dan lari tinggalkan usrah kerana ada persepsi negatif atau ada yang menyinggung perasaan, saya mewakili budak usrah yang lain mohon maaf. Ada dosa-dosa yang masih bersisa antara kami yang menyebabkan gerabak ini menyesakkan untuk anda. Maaf! Moga Allah temukan kita kembali dalam gerabak ini suatu hari nanti. Walaupun bukan jasad yang bertemu, moga roh-roh kita, insyaAllah!

Istiqamah dengan usrah
Untuk yang dah join usrah dan mengalami bangun jatuh bangun dalam usrah, dalam tarbiyah dan dakwah ini, saya harap kita sama-sama istiqamah. Saya bukan orang yang selayaknya untuk bercakap soal istiqamah kerana saya bukan orang yang telah istiqamah tapi saya orang yang sedang berusaha untuk istiqamah. Tak payah kata huruf ‘i’ perkataan istiqamah tu, tapi mungkin sahaja baru berada di titik atas kepada huruf ‘’i’ tu. Atau mungkin lebih kecil yang bila-bila masa akan terpadam. Naudzubillah.

Memang, memang ada kalanya semangat kita hilang. Kita penat. Kita kecewa. Kita sedih. Kita rasa keseorangan, tiada siapa faham. Kita rasa ukhuwahfillah tu omongan kosong. Kita rasa usrah kita tak bermakna, kering katanya. Kita rasa kita tak kuat. Kita rasa kita tak layak. Kita rasa kita lemah. Tapi teruskanlah. Teruskanlah ukhtiku sayang. Setiap dari kita pernah melalui semua rasa-rasa itu. Tapi setiap kali berjumpa, kita senyumlah antara satu sama lain. Walau tiada siapa tahu rasa sebenar di dalam hati. Teruskan pergi usrah walau sekadar untuk melihat wajah akhwat sedangkan hati kita kosong. Teruskan pergi daurah walau sekadar untuk berada dalam biaah (suasana) solehah itu walau hati kita tidak di situ. Paksalah diri untuk teruskan, kerana hampir segala yang baik bermula dengan paksaan.

“Dan akhirnya Allah jua yang akan pilih siapa antara kita yang akan berjumpa denganNya dengan cara apa.”

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..