Wednesday, April 17, 2013

Makna Redha Allah

Dalam banyak-banyak hal yang dibincangkan dalam perjumpaan usrah tempoh hari, saya tertarik sangat dengan satu ilmu yang simple tapi tersangat penting.

Makna redha Allah

" Pernah tak kita terfikir apa itu redha? Apakah yang dimaksudkan dengan redha Allah? Sila terangkan. "

Masa ni saya tersentap kecil sebab selalu cakap, ulang-ulang pulak tu, 'kita nak redha Allah', 'saya nak redha Allah'. Tapi bila disuruh terangkan apakah yang dimaksudkan dengan redha, saya tak tahu jawapannya. Tak perlu jawapan skema pun, jawapan mengikut yang difahami je, tapi itu pun saya tak boleh nak fikir dan keluarkan dalam bentuk perkataan.

*Sedih dengan diri sendiri*

Mungkin ramai yang sudah tahu. Mungkin saya sahaja yang tidak. Huhu.. Namun, saya senang untuk berkongsi dengan yang sama-sama macam saya :)

Bila kita dapat redha Allah maksudnya Allah terima kita walaupun kita banyak kelemahan. Walau kita banyak kekurangan.
Redha Allah itu tidak berkadar terus dengan bilangan amal kita.

Masa dengar ni, saya rasa sayu, terharu kejap. Sesungguhnya, saya banyak dosa, banyak kelemahan, banyak kekurangan. Tapi andai Allah redha dengan saya, Allah akan terima diri ini pulang kepadaNya dan menerima hambaNya yang lemah ini seadanya. Allah sanggup dan sudi terima hambaNya yang penuh kekurangan.

Tak terkesankah wahai jiwa-jiwa di luar sana?

Manusia yang sama lemah macam kita pun belum tentu mahu menerima kita sebegitu sekali. Tapi Allah Yang Maha Agung, mahu terima kita seandainya Dia redha dengan kita.
Itulah yang kita nak. Itulah yang kita mahu. Itulah yang kita kejar. Redha Allah.

Allah redha tak sama dengan Allah izin.

Allah izin belum tentu Allah redha, tapi kalau Allah redha, pastinya Allah izin. Allah redha tu lebih tinggi dan impian paling utama.

Sebagai contoh, kita dengan mak ayah kita. Kita nak pilih jurusan pengajian 123 di university. Mak ayah cakap ambikla jurusan XYZ. Tapi kita nak jugak jurusan 123 tu. Mereka izin tapi belum tentu redha. Mungkin diorang cakap, 'ambikla 123 tu kalau nak sangat'. Tapi kalau mereka redha, tak kisahla apa pun, mereka akan terima.

Jadinya, mana satu yang kita harapkan? Mestilah kita mengharapkan redha Allah kan? Sudah semestinya redha Allah.

Ini bukanlah penerangan yang terbaik. Saya tahu. Kerana saya bukan ustazah mahupun ahli agama. Budak sains tulen biasa sahaja. Tapi saya nak redha Allah, makanya cuba juga untuk berkongsi walau sedikit ilmu yang bermanfaat. Mana tau ada orang yang macam saya. Bercakap, 'jom kita berlari kejar redha Allah'. Tapi bila diminta terangkan apa maksud redha Allah, tak tahu nak jawab apa.

Resolusi saya untuk halaqah kali itu adalah saya nak lagi bersungguh-sungguh untuk capai redha Allah. Sebelum ini dah berusaha jugak tapi 'kelakar' kan, usaha tanpa jelas dengan matlamat yang nak dicapai. Itulah, sedar tak sedar itula yang berlaku. InsyaAllah perbaiki sedikit demi sedikit. Allah nak suruh faham sikit-sikit. L Bila dah makin jelas dengan matlamat, barula langkah diperkemas, ini juga membantu diri untuk tambahkan keyakinan untuk terus istiqamah. Istiqamah di atas jalan dakwah. Istiqamah dengan usrah dan tarbiyah. InsyaAllah :-)

15 comments:

  1. Andai kata Allah redha tapi ibu bapa tak redha..itu satu lagi issue yang nak kena kupas.. Sebab kekadang Allah mengizinkan sesuatu untuk menjadikan hambaNya mendekatkan diri padaNya..

    ReplyDelete
  2. Andai kata Allah redha tapi ibu bapa tak redha..itu satu lagi issue yang nak kena kupas.. Sebab kekadang Allah mengizinkan sesuatu untuk menjadikan hambaNya mendekatkan diri padaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt dgn ayat saudara yg ni:
      'kekadang Allah mengizinkan sesuatu untuk menjadikan hambaNya mendekatkan diri padaNya'

      Pasal Allah redha tp ibu bapa tak redha tu, pnjg la kot kupasan dia.. Tak brapa pasti contoh spesifik yg saudara mksudkan. Kl contohnya, adalah dia nk buat benda baik yg insyaAllah Allah redha (sbb mana kita tau Allah redha ke x kan, wlaupun nmpk baik), tp mak ayah tak bagi.. Adala sbbnya kan.. Ujian utk dia. Mgkn bnyk lg salah fham yg prlu dprbetulkn di pihak dia, bkn stkt mak ayahnya shj. Wallahualam.

      Delete
    2. pastikan sebelum kite dapat redha Allah.. pastikan ibu bapa kite redha dengan perbuatan kite.. klau perkara itu baik.. InsyaAllah mak ayah kite redha... jadi bnyak lah doa dengan Allah buka pintu hati mak ayah kita.. sbb kite kne jage due2. hubungan kita dengan Allah.. dan juga hubungan kita dengan manusia.. ha nnti masuk bab adab.. Islam nie dye berkait.. sbb tuu dye panduan hidup.. Kitab Alquran..
      maaf saye insan biasa.. bg pendapat sahaje.. klau tersilap.. bgtau ye..

      Delete
  3. Alhamdulillah , terima kasih ^^

    ReplyDelete
  4. Beruntungnya kita...jika Allah izin sesuatu musibah itu berlaku dan Dia membantu kita

    Malangnya kita jika Allah izin sesuatu musibah itu berlaku dan Dia tidak pula membantu kita. Banyaknya dosa dan kesalahan kita pd Nya

    Beruntungnya kita jika Allah izin kebaikan itu berlaku dan Dia selamatkan kita dari kebaikan itu.

    Malangnya kita jika Allah izin kebaikan itu berlaku tapi Dia tidak membantu kita. Mesti kita dah buat bnyk kesalahan. Ya Allah selamatkan kami... amiin

    ReplyDelete
  5. Jika Allah redha sdh tntu akhirnya akan dpt keredhaan Ibubapa kerana semuanya DLM perancangan Allah jua

    ReplyDelete
  6. Jika Allah redha sdh tntu akhirnya akan dpt keredhaan Ibubapa kerana semuanya DLM perancangan Allah jua

    ReplyDelete
  7. Bukan kah redha Allah terletak pd redha kedua ibu bapa? Perbetulkan sy kalau sy salah.. selama ni itu yg sy tahu..

    ReplyDelete
  8. Bukan kah redha Allah terletak pd redha kedua ibu bapa? Perbetulkan sy kalau sy salah.. selama ni itu yg sy tahu..

    ReplyDelete
  9. Ibubapa tu sbg tangungjawab yg diamanah pd Allah s.W. t.pada anaknya.bukan hak mutlak .yg kita kena mahu biar Allah yg menentukan .bukan manusia yg menentukan.

    ReplyDelete
  10. kalau redha Allah yang maha besar pun kita boleh dapat,sudah tentu redha ibu bapa senang nak dapat...

    ReplyDelete
  11. Mereka yg mendapat redha Allah adalah mereka yg mengenali diri mereka dan mengenali Pncipta mereka yakni Allah. Berusahalah... ini wajib menjadi matlamat setiap umat islam dlm kehidupan di dunia yang sgt sementara ini.

    ReplyDelete
  12. Point yg penting utk topik ini adalah mcmana nk dpt Redha Allah? Setuju? Maka dari apa yg sy faham Allah akan redha kpd mereka yg mengenali Dia... Awaludin Makrifatullah. @ Ilmu Tauhid.

    ReplyDelete
  13. Oleh yg demikian.. marilah kita brsama2 berusaha belajar mengenali diri kita & Pencipta kita yg Maha Agung Allah SWT.

    ReplyDelete

Komen anda..