Sunday, March 17, 2013

Tentang Hati


Dia seorang doktor. Myriam Horsten namanya. Bertahun-tahun dia tekuni bidang pengkhususan kesihatan jantung. Dan bertahun-tahun pula dia harus sering berduka menyaksikan pesakitnya kehilangan nyawa. Tapi ada yang menarik perhatiannya di situ; daya tahan terhadap serangan jantung ternyata tidak berhubungan langsung dengan pola makan, gaya hidup, dan juga termasuklah tahap tekanan ketika mereka menghadapi persoalan dalam kehidupan bermasyarakat. Aneh. Justeru orang-orang yang lebih lemah daya tahan jantungnya ini adalah orang-orang yang tinggal menyendiri dengan tenteram, jarang menghadapi persoalan pelik kehidupan, dan mereka menjalani hari-harinya dalam ketenangan, hampir tanpa gejolak dan tentangan. Ritma kehidupan mereka linear mendatar.
 
 
Keterujaannya membuatkan dia lebih fokus dan serius dengan kajiannya. Bersama dengan yang lain dari Karolinska Institute, Stockholm, Sweden, dia mencatat detak jantung 300 orang wanita sihat selama 24 jam. Ianya dilakukan berulang-ulang selama bertahun-tahun. Penelitian juga dilakukan terhadap kawan-kawan para wanita ini, sekaligus diusahakan untuk memperolehi gambaran tentang sejauh mana tahap kemarahan dan tekanan mereka.
 
 
Horsten dan pasukannya tertarik pada apa yang disebutnya sebagai ‘kepelbagaian detak jantung’. Ini merupakan satu parameter pengukur untuk mengetahui perubahan detak jantung yang terjadi seharian penuh. Hasil penelitian bertahun-tahun itu awalnya mengejutkan; orang yang sihat dan berjantung kuat adalah mereka yang memiliki kadar kepelbagaian detak jantung yang tinggi. Bahkan kadar itu sangat lebar. Maknanya, detak jantung mereka sangat pelbagai. Sangat jelas tergambar, bahawa orang-orang yang aktif dan banyak berhubung dengan sesama manusia dalam sehari mengalami berbagai perubahan emosi; mereka ketawa, bersemangat, teruja, tapi juga marah. Mereka kecewa, bersedih, tegang, tersenyum, takut, cemas, optimis. Kesemua hal yang sangat emosional terlahir daripada hubungan-hubungannya dengan sesama ini mempengaruhi berbagai hormone. terutamanya adrenalin yang turut serta mengatur ritma detak jantung. 
Bukankah dengan demikian jantung bekerja keras? Ya dan jika ia bekerja keras, maka jadilah ia mudah sakit?Tetapi sebaliknya. “Jantung yang sebegitu,” kata Myriam Horsten, “adalah jantung yang berolahraga. Jantung ini menjadi terlatih dan kuat. Jantung ini adalah jantung yang sangat sihat.” Dan sebaliknya, jantung orang yang kehidupannya biasa-biasa sahaja, tenteram-tenteram, dan lebih-lebih lagi orang yang sangat kurang berinteraksi social nya memiliki kepelbagaian detak yang sangat kecil. Akibatnya, jantung mereka menjadi jantung yang lemah terhadap suatu serangan. Jadi bagaimana caranya menguatkan jantung kita? “Mudah”, kata Myriam Horsten. “Perbanyakkan hubungan dengan sesama, perkaya getar-getar emosi bersama mereka, lakukan hal-hal yang berbagai dalam kehidupan, dan cubalah hadapi cabaran-cabaran baru!” Jadi benar, selain meluaskan rezeki, silaturrahim memanjangkan umur.


Di atas merupakan petikan salah satu cerita menarik daripada buku Dalam Dekapan Ukhuwah. Buku yang sangat awesome! Sungguh!

Setelah membaca kajian ini teringat saya akan video di bawah. Satu video yang telah memberi semangat pada saya untuk mengambil tahu hal orang lain dan berusaha untuk melakukannya dengan kasih.

video


Dulu, saya tak berapa berminat nak ambil tahu hal orang lain. Kemudian, saya kenal tarbiyah. Mula-mula agak rimas sebab saya rasa kakak-kakak dalam tarbiyah ni suka ‘ambil tahu hal orang lain’.  Nak kata boleh selesaikan masalah saya tak jugak. Hehe.. (Sebab bukan mereka yang selesaikan, tapi Allah :D)

Tapi lama-lama saya sedar akan kepentingan untuk kita ambil tahu hal orang lain. Itu adalah soft skill dalam hidup bermasyarakat. Jangan sombong dan hanya nak hidup sendiri.

Mula-mula tu penat sangat nak kena fikir pasal orang lain. Bila dah pegang usrah, nak kena fikir pasal anak usrah. Diri sendiri pun terumbang ambing. Tak termasuk lagi anak-anak sedara usrah. Tahun pertama tu saya haru sangat, tak reti. Video di atas antara yang pernah memberi semangat pada saya untuk cuba dan cuba melakukannya dengan penuh kasih sayang. Tak mungkin ianya mudah andai tiada kasih sayang kerana Allah. Masuk tahun kedua semuanya mudah dan menggembirakan. Malahan dari bangun tidur hingga tidur balik memikirkan orang lain pun seronok. It was my life last year. So bila balik dan duduk sorang-sorang di rumah awal-awal tahun ni, rasa 'tak lengkap'. Tak boleh lari, tetap fikirkan mereka, adik-adik nun jauh di Brisbane. Tapi tahu, bersama perubahan masa, keadaan sudah berubah.

Tapi tak bermakna bila kita jadi akhawat ni, yang dalam kepala dan hati kita hanyalah sesama akhawat dan adik-adik dalam tarbiyah sahaja. Kita kena fikir semua. Semuanya. Ramai lagi di dunia ini yang kita nak kena fikir. Yang paling dekat, ahli keluarga kita. Nak nampak lagi hebat macam BoboiBoy, cuba fikirkan hal satu kampong. Nak lagi macam Power Rangers, cuba fikirkan negeri, pastu negara lak. Beberapa bulan berada di rumah menjadi ‘penanam anggur’ dan ‘pemerhati berhormat’, pening melihat panorama masyarakat kita sekarang. Sungguh, saya rasa masyarakat kita teruk sangat dah.

Dan dalam banyak-banyak penyelesaian yang ada, saya selalu terlintas satu penyelesaian yang diyakini (yang saya yakini). Pembentukkan peribadi. Kita kena bentuk peribadi muslim dalam masyarakat.

Dalam kegawatan masalah peribadi muslim ini, tidak seharusnya kita mengambil tindakan berdiam diri dan jaga diri sendiri. Tak nak fikir hal orang lain, nanti serabut. Yeee la tu. Tengok balik kajian  Myriam Horsten di atas.

Dan untuk sahabat yang merasa penat dan tak larat dah nak fikirkan pasal masyarakat dan ummat ni, janganlah lemah semangat. Teruskan perjuangan. Jantung anda makin sihat tau! Jantung anda sedang bersenam bilamana bangun pagi anda tersangat optimis dan rasa dunia ini anda punya, tapi tengaharinya anda kecewa dan patah seribu dengan perangai akhawat anda, petangnya anda bertambah gelisah kerana due date assigments/kerja semakin menghampiri dan malamnya anda bertenang kembali dalam ibadat padaNya. :)




ps: terapi hati senang dan di mana-mana boleh lakukan - pandang atas, tengok awan bersama langit biru dan ceritakan padanya apa yang dirasa, insyaAllah boleh pandang ke depan dengan senyuman :)

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..