Tuesday, March 12, 2013

Risaukan yang tak pasti

Sakit gigi

Satu hari tu, bahagian kanan dalam mulut saya terasa sakit. Nak kata sangat-sangat tu, macam over la pulak. Tapi agak boleh tahan sakitnya. Tak tahu sebab apa. Bila difikir-fikir mungkin sebab sakit gigi geraham bawah tu nak naik kot. Seriously, sakit T_T. Sampai nak telan air liur pun macam tak nak sebab sakit.

Sampaila saya gugelgugel sikit. Rupa-rupanya menakutkan jugak pasal gigi geraham bongsu nih. Ada yang tahan sakit sampai setahun. Ada yang bilamana sakit sangat tu sampai tak boleh nak tidur. Ada yang sampai kena ambik painkiller dan ubat-ubat toothache bagai. Tips-tips dan petua pemuda tu pun macam-macam ada. Kalau nak cabut, memang menyakitkan dan harganya pun 'sakit'. Bila tengok gambar ada je possibility gigi tu naik horizontally. Huwaarggh! Itu menakutkan. Mestila sakit. Sebabnya gigi tu menolak gigi-gigi lain. Dia mencari ruang untuk memunculkan dirinya. Nervous kejap lepas baca semua tu.

Tapi bila fikir balik:
1. baru sakit sikit
2. baru sehari
3. masih boleh makan, masih boleh kunyah guna bahagian kiri
4. tak pasti pun gigi tu nak muncul macam mana, normal je kot

Cuak je lebih-lebih.

Ini dalam hal kecil sahaja. Tapi masih nak fikir lebih-lebih dan risaukan sesuatu yang tak pasti.

Risaukan yang tak pasti

Sebenarnya, risaukan sesuatu yang tak pasti ini akan menyebabkan kita stress dan tertekan. Benar. Percayalah.

Ianya mungkin, bukan sebab utama kita rasa stress dan tertekan, tapi ianya masih merupakan salah satu punca tekanan kita.

Bilamana kita berdepan dengan sesuatu situasi, akal dan jiwa mula menerawang fikirkan macam-macam. Macam-macam yang tak pasti. Macam-macam yang tak pasti yang negatif. Dan akhirnya kita pun stress.

Bukan mudah untuk menghalang kes menerawang tu terutamanya bilamana kita berdepan dengan sesuatu yang tidak dirancang dan yang kita tak suka serta yang kita tak boleh terima. Macam-macam yang akan terlintas di fikiran. Pelbagai kemungkinan negatif yang bakal menerjah. Kita risau fikirkan apa nanti orang kata, apa nanti orang fikir, macam mana penerimaan orang, tanggapan orang macam mana pulak dan sebagainya.

Tak kira la daie tak daie, macho tak macho, it can happen to anyone. Yang pasti daie juga manusia biasa yang tidak akan terlepas daripada ujian demi ujian. Mesti la kan, daie la yang patutnya lebih-lebih bersedia dengan pelbagai ujian dan mehnah.

Bila bercakap pasal risaukan yang tak pasti ini, ianya lebih kepada ujian emosi dalaman daie tersebut. Jika diuji dengan masalah study/kerja, risaunya akan sesuatu yang tak pasti itu akan mengganggu kerja dakwah nya, Bila diuji dengan masalah dakwah yang bersifat peribadi, risaukan yang tak pasti itu menyebabkan study/kerjanya terganggu.

Jangan biar lama-lama

Pada saya, tak salah pun nak risau nih. Ianya membuatkan kita alert dengan pelbagai kemungkinan akan datang. Ianya juga membuatkan kita berfikir. Bergantung kepada sejauh mana besar dan seriusnya situasi yang kita hadapi, keputusan dan apa yang kita fikirkan itu akan mematangkan kita insyaAllah. Tak akan la, umur bertambah, tapi 'problem solving ability' tahap sama sahaja. Apatah lagi yang bergelar daie? Mestilah kemampuannya lebih-lebih lagi daripada rakan seusia.

Namun jangan dibiar lama-lama. Jangan dibiar lama-lama sehingga kita seteress! Hingga kita tertekan. Dan hidup dalam kemurungan dan kesedihan serta berpura-pura. Berpura-pura kita ok tapi sebenarnya tidak.

Olah la ujian yang menimpa dan sikap risaukan yang tak pasti itu menjadi positif. Menjadi batu loncatan untuk lebih matang emotionally :D

Apa jua situasi sukar dan getir kita tika ini, it will end. Percayalah. Maka rugilah kita jika tika berdepan dengan situasi ini, kita mengambil tindakan 'berputus asa'. Jangan jadi pengecut dengan melarikan diri, tapi cari jalan untuk hadapinya. Hadapinya dengan dekatkan diri dengan Dia dan nikmati jalan berliku tapi bermakna itu. Banyak hikmahnya. Percaya pada Dia. Apa yang kita risaukan itu juga Dia tahu akan berlaku atau tak berlaku. Dia tahu segalanya, cuma tunggu kita nak cerita je ^_~

ps: sebab jarang sangat kita nak bercerita dengan Dia :(

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..