Wednesday, March 20, 2013

Berikanku ruang, Aku ingin berubah

Satu hari tu, saya berpeluang untuk mengikuti program ISK. Walaupun pernah dengar, tapi perasaan ingin berada dalam daurah dan melihat wajah-wajah akhwat membuatkan saya hadiri program tersebut. I need the fresh air of biah solehah. Sampai agak lambat berbanding adik-adik peserta, saya duduk dan mendengar dari belakang. Awal-awal lagi dah hiba. Kenapa? Sebab rindukan kenangan di Brisbane. Bila tengok wajah-wajah baru dalam daurah tu, rindu sangat dengan wajah-wajah mereka yang berada di Brisbane sekarang. Rindu juga wajah-wajah bakal cikgu di KL tu. Rindu berada dalam satu daurah dengan mereka :(
Ps: Its not easy to start all over everything again :(

Selesai daurah yang dihentikan dengan solat maghrib sama-sama, saya pulang ke rumah akhwat. Memilih untuk tumpang tidur di rumah kakak tersebut kerana ingin join program seterusnya esok hari. Sebelum balik dan berehat, kami singgah ke sebuah kedai makan, saya, dua orang ‘kakak’ dan seorang ‘adik’.
Ps; kat Malaysia, senang nak cari tempat makan, kalau kat Brisbane, penat nak masak, Nandos je la sokmo :p

Style biasa akhwat (:D), kami taaruf, lepas order makanan. Saya tak kenal adik tu, kakak berdua tu saya tak kenal jugak . Kakak tu, err, kakak akhawat. Taknak la cerita sangat :p. Tapi tertarik sangat dengan adik tu.

Sambil borak sambil habiskan makanan masing-masing, saya rasa hidup saya ‘bosan’ je bila dibandingkan dengan hidup dia. Hohoho

Macam-macam kisahnya. Ops sebelum tu, sedikit intro. Adik ni pakai tudung labuh bulat dan berjubah. Saya dari awal program pagi tadi lagi sebenarnya dah segan tahap apa je dengan semua adik-adik yang datang dengar ISK tu. Ramai yang bertudung labuh bulat dan berjubah. Mana tak segan. Huhu… tapi…

Berkenalan dan mendengar cerita adik ni membuatkan saya termenung panjang. By default, tanggapan kita pada muslimah yang bertudung labuh bulat dan berjubah adalah muslimah yang perfecto! Nak tegur pun segan kan?

Tapi mereka juga remaja yang tidak pernah terlepas daripada ujian duniawi yang penuh dengan nafsu dan hawa’ (apa-apa selain Islam).

Macam mana dia kenal tarbiyah dan kemudian berdepan dengan dilemma antara dua jemaah dan sebagainya itu agak normal untuk yang bergelar budak usrah :D. Tapi satu hal yang tak sangka adalah apa yang berada di sekeliling dia dalam proses dia nak berubah dan cuba kekal dengan perubahan tersebut.


Tak sangka sangat sekelilingnya adalah remaja-remaja yang penuh dengan masalah. Ada satu yang paling mengejutkan dan membuatkan saya termenung panjang dan cuba sedaya upaya untuk melihat awan dalam kegelapan malam tersebut.

Apa pendapat akak, kawan saya tanya saya, perlu tak dia ceritakan kepada suami dia yang dia pernah terlanjur?” kami bertiga diam sekejap. Masa tu terlintas je yang pasal ‘lelaki penzina untuk wanita penzina’. Ermm… (tetiba saya teringat novel Dan Bidadari Pun Mencintaimu). Saya tak tahu nak cakap apa, so diam je. Salah seorang kakak tu pun cakap, ‘ramai yang terlupa hujung ayat tu, ‘kecuali mereka yang bertaubat’. Hurmm, sekali lagi teringat pasal novel tersebut.

Soalan tanpa jawapan itu disambung adik tersebut, ‘tapi, saya kagum sangat dengan kawan saya ni, dia dah berubah, sekarang dan berpurdah’.


Kreekk kreekk kreeekkk



(ramai orang guna kreek kreek ni, nak guna jugak :p)

Masakan saya tidak termenung panjang ke luar jendela mencari awan setelah mendengar statement tu.Bukan bermaksud untuk merendah-rendahkan mereka yang berpurdah. TIDAKKK! Tidak sama sekali.

Tapi saya sangat kagum dengan muslimah sebegini. Can you imagine how she’s going through her life? Dia hidup dengan rasa berdosa itu dan membuatkan dia sangat berhati-hati dengan apa jua yang dilakukan. Dilema dia adakah perlu bagitahu suaminya bila berkahwin nanti juga akan selalu menghantui dia. Dan ini akan membuatkan dia selalu dekat denganNya. Saya terfikir, macam mana la dia boleh kuat untuk berubah dan melakukan perubahan yang mungkin agak drastic untuk situasi dia? Tak ke?

Walaupun dah habis belajar di university, tapi belajar di university kehidupan takkan pernah habis. Too many things to learn.

Kalau kita rasa susahnya kita hari ni untuk berubah ke arah lebih baik, memilih untuk kekal dalam tarbiyah dan dakwah ini, fikirkanlah orang lain yang jauh lebih susah tapi mampu untuk kekal dengan perubahannya.

Dan untuk kita yang tidak melaluinya, tolonglah, tolonglah berikan mereka ruang untuk berubah. Dengan harapan, orang lain juga akan memberikan ruang juga kepada kita untuk berubah.

There is an empty space in our heart that can only be filled with Allah
*mata bergenang*

Untuk para daie di luar negara yang bakal balik dan ‘mahu bekerja’ di Malaysia, para mad’u mu di tanah air ini sangat mencabar. Kisah hidupnya pelbagai. Kalau rasa yang kita temui di luar negara itu pelbagai, di bumi reality ini jauh lebih pelbagai. Tolonglah bersedia!

Untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang tidak saya kenali, saya tahu ramai sangat yang ingin berubah dan menjadi lebih baik. Tak kisah la kita masing-masing berada di tahap mana, pastinya kita ingin menjadi seseorang yang lebih baik. Carilah ruang mu sahabat, ruang untuk berubah. Ruang itu sentiasa terbuka menunggu dengan setia. Kerana ruang itu dimiliki Dia yang Maha Menyayangi. Carilah Dia.




Ps: mungkin patut buat sedikit review novel Dan Bidadari Pun Mencintaimu tu kan?

2 comments:

  1. akak..its been a long time. i do miss you. Allah takdirkan broadband saya boleh guna tanpa saya topup dan dapatlah saya baca blog akk.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaal, I miss u always. I know u're busy :-) sbb tu x wasap awak sgt. take care k! :-)

      Delete

Komen anda..