Monday, February 25, 2013

Kerna Aku Ingin Dimengerti

Seorang petani memiliki beberapa anak kucing untuk dijual. Dia membuat papan pengumuman dan hendak memasangnya ke sebuah tiang di depan kebunnya. Ketika sedang memasangkan paku terakhirnya, dia merasakan ada yang menarik-narik seluarnya. Dia melihat ke bawah dan rupa-rupanya ada seorang kanak-kanak di situ.

“Tumpang tanya pakcik” katanya, “saya ingin membeli satu dari anak kucing yang pakcik jual.

“Baik,” ucap pakcik petani sambil mengusap keringat di belakang lehernya, “anak-anak kucing ini berasal dari baka yang bagus dan harganya agak mahal, nak”.

Kanak-kanak tersebut menundukkan kepalanya sejenak. Lalu menyeluk saku seluarnya, dan mengambil setangan penuh duit syiling dan mengangkatnya kepada pakcik petani.

“Saya ada tiga puluh sembilan sen. Apakah ini cukup untuk saya melihat anak-anak kucing kepunyaan pakcik?” tanya kanak-kanak tersebut.

“Tentu sekali,” jawab sang petani. Dan dia pun memanggil, “Ke sini Tompok!” Dan dari dalam rumah seekor anak kucing keluar diikuti empat ekor anak kucing yang lain. Ini membuatkan mata kanak-kanak tersebut bersinar-sinar.

Ketika kucing-kucing tersebut berlari-lari ke arah mereka berdua, kanak-kanak tersebut ternampak ada seekor yang ikut menghampiri jugak, seekor anak kucing yang comel. Tapi ia berjalan lebih lambat dari kucing-kucing yang lain dan saiznya juga lebih kecil. Sepertinya fizikal kucing tersebut kurang sempurna.

“Saya mahukan yang itu,” ujar kanak-kanak tersebut sambil menunjukkan ke arah anak anjing yang berjalan perlahan itu.

“Nak, seeloknya kamu tidak pilih anak kucing itu. Dia tak akan boleh berlari-lari dan bermain denganmu seperti anak kucing yang lain.” Ucap si petani.

Kemudian kanak-kanak itu menunduk, mengangkat sedikit hujung seluarnya dan menggulungnya ke atas. Ternampaklah besi penyokong di sisi kaki kanak-kanak tersebut yang kelihatannya lebih kecil berbanding kakinya yang satu lagi.

“Seperti yang pakcik dapat lihat ni, saya pun tak boleh berjalan dengan baik seperti kanak-kanak lain. Saya rasa ia akan gembira bersama seseorang yang boleh MEMAHAMI.”

A very simple but forgotten message I want to share:

“Setiap orang ingin dimengerti”

Ya, setiap orang ingin dimengerti, ingin difahami. Saya, awak, dia, kita, kami dan mereka.

Tak boleh nak nafi, setiap dari kita ingin difahami. Kita nak setiap orang di sekeliling kita memahami kita terutamanya orang yang kita sayang dan juga mengatakan dia sayang kita. Apatah lagi yang mengatakan, “saya sayang awak kerana Allah”. Tapi sejauh mana orang tersebut memahami kita? Betul tak kalau saya cakap akan ada sahaja masa-masanya kita rasa orang-orang tersebut tak faham kita pun. Dan kita ‘merajuk’ kerana itu. Kita kecewa kerana itu. Lupakah kita dia juga manusia yang tidak tahu apa yang tidak diberitahu?

Dalam situasi kita nak orang faham kita ni, saya rasa janganlah bersedih dan bergundah gulana bila orang yang kita harapkan itu tidak memahami kita. Itu bukti dia juga manusia. Dan seharusnya apa yang berlaku itu membuatkan kita berpaling pada Yang Maha Memahami. :’)

Tapi berbeza situasinya dengan hubungan kita dengan orang lain. Sedarlah, sebagaimana kita mahu difahami, orang lain juga begitu. Ketepikan hak-hak kita, kita fokus pada hak orang lain. Kita cuba untuk sensitif dengan keperluan orang lain untuk difahami.

Sensitif untuk difahami mungkin boleh kurangkan, tapi sensitif untuk memahami kena tingkatkan.

Teringat seorang akh pernah cakap,
Allah tak tanya hak kita ke atas orang lain, tapi Allah tanya hak orang lain ke atas kita"

Masa dengar ni, 7,6 kali juga saya ‘pause’ dan fikir. Err, hopefully saya tak salah tulis kat atas tu.
Yang nak cakap adalah, Allah akan tanya samada kita tunaikan tak hak-hak orang lain. Mana ada Allah tanya kita, orang lain tunaikan tak hak kita.

Berbalik pada soal ingin dimengerti tadi, untuk ketepikan perasaan kita dan fikirkan ‘hak-hak ingin dimengerti’ orang lain itu bukanlah mudah. Satunya kena sedar hidup ini lebih bermakna dengan memberi. Keduanya, jangan mengharapkan balasan. Kalau kita mengharapkan balasan, kita akan kecewa. Argghh! Dunia ini memang penuh dengan kekecewaan! (drama).

Sebab itu, kata saya, salah satu skill dalam hidup ini kita kena pandai pujuk diri sendiri dan motivasikan diri sendiri. 

Untuk kita dimengerti tak yah tunggu makhluk bernama manusia pun, makhluk seperti kaktus berduri juga bermakna tau! :D

Namun, sunnatullah manusia yang penuh dengan kelemahan, mana mungkin kita mampu menyenangkan hati semua orang di sekeliling kita. Akan ada yang tak puas hati.

Tak nak tunggu raya, saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf pada sahabat andai yang sememangnya banyak sangat hak-hak tak tertunai dengan kalian. Saya bukan sahabat yang terbaik tapi sedang berusaha untuk menjadi yang baik. Maaf! Maaf! Maaf!


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..