Saturday, January 12, 2013

Bahtera

Tersebut alkisah sebuah bahtera. Bahtera hebat yang sedang belayar di lautan samudera. Kerjanya adalah untuk menyelamatkan manusia-manusia yang masih terkapai-kapai di tengah lautan yang ganas. Sesiapa yang ditarik masuk ke dalam bahtera ada pelbagai golongan dan jenis. Ada yang memilih untuk berada betul-betul di tengah bahtera, bersama-sama bertungkus lumus memastikan pelayaran bahtera sentiasa selamat, tapi ada juga yang memilih untuk berada di tepi-tepi sahaja. Melihat-lihat keganasan laut barangkali. Tanpa disedari dialah yang bakal tercampak bila-bila masa sahaja bila bahtera itu dipukul ombak ganas dan bergoyang hebat.

Itu kisah bahtera. Tapi sedar atau tidak itulah jugak kisah kita dalam bahtera tarbiyah dan dakwah ini. Antara yang paling terkesan buat saya adalah pilihan kita untuk berada di tepi atau di tengah bahtera. Kita nak betul-betul masuk atau sekadar ingin berada di tepi dan melihat-lihat sahaja? Kita nak pilih untuk bertungkus lumus di tengah-tengah atau sekadar di tepi-tepi bertumpang teduh dan melihat-lihat sahaja? Sedangkan bila-bila masa bila bahtera bergoyang, kita dulu lah yang bakal tercampak keluar, atau mungkin, kita sendiri yang melompat keluar dan mencampakkan diri sendiri ke tengah lautan ganas yang sentiasa menunggu-nunggu kita.. Huhu..

Saya nekad pilih untuk berada di tengah-tengah! Itu niat dan tekad! Tapi sejujurnya tak tahu macam mana dengan pelayaran baru di tempat baru dengan orang baru. Moga Allah kurniakan taufiq dan hidayahNya, Amin :)

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..