Friday, December 28, 2012

Tak Suka Politik

“Kalau kita tak suka politik, maka menang la politik”

Pause! Dalam banyak-banyak ayat-ayat saya tersentap dengan ayat bersahaja tersebut.

“Kenapa kita tak suka politik? Sebab isu-isu tak best pasal politik di media, di surat khabar, di televisyen, di internet kan? Sebab tu kita tak suka politik. Bila kita tak suka, kita tak nak ambil tahu, kita tak endahkan, kita tak hiraukan, maka menang lah mereka”

Kerana apa?

Kerana kita tak hiraukan. Maka kita tak peduli dengan apa jua yang mereka rencanakan. Kita tak ambil tahu tindakan mereka. Kita tak sedar apa yang diubah. Kita tak tahu apa yang asalnya sebelum diubah. Maka kita tak tahu apa kesan perubahan tersebut. Kita tak nampak kesan positif atau negatif semua itu.

Maka kita hanyalah mengikut dan dibawa arus tanpa pendirian.

Saya tersentap kerana teringat ISK, part sistem khalifah. Bukankah modus operandi nya kurang lebih sama? Khalifah jatuh, orang Islam tak rasa apa-apa.

Kerana itu, saya ingin mengajak kita semua untuk ambil tahu hal-hal politik. Bukan kerana kita ingin menjadi ahli politik, bukan kerana kita ingin terlibat dengan parti politik, bukan kerana kita ingin menjadi pembangkang mahupun pro kerajaan yang tegar.

Tapi kerana kita tak mahu menjadi lalang di sebuah ‘Negara Islam’ ini.

Tapi kerana negara ini juga ada peranannya dalam misi untuk mencapai UA (Ustaziyatul Alam).


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..