Wednesday, December 26, 2012

Novel Adam dan Hawa

"Saya ada menulis novel Adam dan Hawa versi 2. Boleh tak saya nak mintak tolong awak baca dan edit tulisan saya ini."

Sudah tentu awak akan baca novel tersebut dengan penuh berhati-hati untuk mencari kesalahan demi kesalahan untuk diperbetulkan.

Tapi, andai kan saya cakap,

“Awak, saya ada tulis novel Adam dan Hawa versi 2, edisi khas untuk awak, dan ada nama awak jugak tau sebagai watak utama, terimalah buah tangan istimewa dari saya ini”
Kemungkinan besar awak akan baca dengan penuh perasaan, masuk page kelima, air mata dah meleleh-leleh.

Assumption: awak tu suka baca novel cinta :D

Sahabat, begitu jugalah macam mana kita berinteraksi dengan Al-Quran yang kat rak rumah kita atau yang dalam phone mahupun tablet/ipad kita tu.

Kalau kita baca untuk mencari kesalahan, kita jumpa kesalahan. Kalau kit abaca untuk belajar tajwid, maka kita dapat belajar tajwid.

Nak berkongsi secara ringkas 5 cara berinteraksi dengan Al-Quran supaya kita sama-sama faham dan makin hargai erti senaskhah Al-Quran itu.

1. Rasakan Al-Quran itu UNTUK KITA. Untuk itu kita kena tahu untuk siapa Al-Quran ini? Kena belajar dengan hadiri program yang merapatkan kita dengan AlQuran supaya kita tahu AlQuran itu untuk kita. Barulah kita dapat feel baca AlQuran macam baca Adam dan Hawa versi 2 edisi khas untuk kita :D

2. Kena faham BAHASA ARAB. Sekali lagi kena belajar barulah kita tahu hebatnya bahasa Arab dengan nahu, sorof dan balaghahnya. Bukan saja-saja Allah turunkan Al-Quran dalam bahasa Arab, fikirkan dan belajarlah.

3. Baca DENGAN HATI. Ada bezanya kita membaca dengan hati dan baca dengan akal. Kalau baca buku microbiology, kit abaca dengan akal kan? Tak kan meleleh air mata kot baca bab immunology, tak kan sedih kot bila tau macropages engulf pathogens (erk!). Tapi kalau baca novel, kit abaca dengan hati kan? Sebab tu ada part kita meleleh air mata, ada part kita ketawa sorang-sorang padahal dua-dua tu dalam situasi golek-golek atas katil sambil baca novel tu. Belajar dan cari jawapan AlQuran ini untuk dibaca dengan akal atau dengan hati? Dan kemudian bacalah dengan cara yang sepatutnya.

4. Kena tahu LATARBELAKANG ayat atau surah dalam AlQuran tersebut. Belajarlah tentang peristiwa fizikal dan emosional berkaitan surah dan ayat tersebut. Belajarlah seerah dengan hati bukan sahaja seerah fakta. Dan bukan saja-saja Allah kekalkan ilmu dan maklumat tentang seerah Rasulullah SAW hingga kini. Bukan saja-saja seerah itu ada. Fikirkan.

5. Kena tahu SIAPA KITA. Belajarlah apa kaitan kita dengan sahabat Rasulullah SAW? Dan AlQuran ini untuk sejenis gologan manusia. Belajarlah dan cari jawapan apakah golongan sejenis manusia itu? Adakah kita termasuk?

Kesimpulan untuk semua di atas, belajarlah.

Hint: Apa yang perlu kita belajar tu tiada di dalam kelas dan sistem pendidikan kita dari prasekolah hingga universiti.


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..