Sunday, December 2, 2012

Join Usrah Today

Saya terbaca "________ (nama seorang artis) ajak rakan artis sertai kelas agama"
Dan kelas agama yang dimaksudkan itu bernama Usrah Fitrah. Wow!
Untuk yang mengerti apa itu usrah pastilah cepat je respon dengan perkataan Usrah tu (termasukla saya). Eye-catching tau perkataan usrah tu...

Kalau artis tu semangat nak ajak rakan-rakan artis lain untuk join usrah (cara mereka) dan siap masuk media lagi, kenapa tidak kita kan? Dan pastinya kenapa tidak saya?

Dengan itu secara rasminya saya ingin mengajak kita semua join usrah (cara kita)!
Saya highlight cara kita means itu penting. Lebih penting dari perkataan usrah itu sendiri :D

Mungkin video yang ada tomato-jatuh-tergolek-dari-sinki-sebab-air-melimpah boleh menerangkan dengan coolnya:






Pelbagai jenis kesan yang boleh didapati daripada menonton video di atas.
(macam skema je ayat ni kan..)

Mungkin antaranya:
1) yang belum join usrah dan antiusrah - mungkin masih dengan persepsi yang sama atau mungkin dah lembut dan terbuka hati sikit :)
2) yang belum tapi nak join cuma tak yakin - mungkin anda jumpa jawapan yang anda cari dan selamat meneruskan pencarian, di samping cari jawapan kepada persoalan mungkin boleh juga cari kawan-kawan yang berminat jugak, nanti senang nak setat usrah bila ada satu geng tu, tinggal cari naqib/naqibah je :)
3) yang baru-baru join usrah dan tengah 'honeymoon' - kenapa 'honeymoon'? sebab segalanya suweet muweet... mesti makin yakin dengan pilihan dan keputusan untuk join usrah dan makin faham apa yang tak berapa faham
4) yang dah lama sikit la (atau mungkin lama banyak) dalam usrah dan dah kurang rasa dan masa 'honeymoon' - mestila rasa seronok dan seakan ada booster untuk teruskan langkah. refreshing the himmah aliyah, betulkan apa yang betul, segarkan apa yang tak segar (agaknya?)


4 kesan di atas adalah anggapan saya sahaja. Apa yang sebenarnya berlaku, hanya Allah Yang Maha Mengetahui yang lebih tahu.
Sedikit perkongsian tentang erti tarbiyah buat saya.

Tarbiyah itu maksudnya pendidikan. Pendidikan yang mengubah.

Saya membesar (dengan hanyutnya) seperti remaja lain, tanpa pernah kenal apa itu tujuan hidup, tanpa pernah mengerti maksud-maksud ayat AlQuran. Yang saya tahu tujuan hidup sejak kecil hingga sekolah menengah adalah belajar sungguh-sungguh, supaya dapat kerja dan bantu keluarga. Biasalah pusingan kitaran hidup yang ntahpape tu.

Sehinggalah tahun 2009, ada ‘kakak dari langit’ datang dan membawa makanan. Ya, makanan untuk perut dan ‘makanan rohani’ juga. First turning point saya masa tu, saya tersedar hidup ini bukan sekadar belajar, kerja dan kitaran takcerdik tu. Its more than study, study and study. Tapi jujurnya saya taktahu apa yang ‘more’ tu. Biasala budak ‘lost’ kan? :D

Second turning point, saya jelas satu hal lagi. Tentang tarbiyah. Dalam satu program bulan 8/9 2009 tu (yang entah kenapa saya join saya pun taktahu). Dalam program tu, banyak ‘benda pelik’. Ramai tudung labuh, yang baru nak fly mahupun yang baru balik dari oversea. Solat jamak walaupun bukan musafir. Kakak-kakak sibuk sangat nak berkenalan, atau taaruf katanya dengan semua orang. Beria tanya itu ini, penat nak jawab soalan berkali-kali. Tapi entahla, ok je dengan semua itu. Yang paling penting saya dapat satu hal ni daripada salah satu slotnya. Yang saya tulis kat atas, tentang tarbiyah. Masa tu saya dapat maksudnya dari segi bahasa je, iaitu pendidikan. Dan speaker tersebut bandingkan dengan pendidikan yang kita lalui sejak dari tadika hingga university. Satu soalan yang saya ingat sampai sekarang, “betul ke pendidikan kita sejak dari tadika hingga university itu pendidikan (tarbiyah) islamiyah?”. Dia tak bagi jawapan jelas pun Ya atau Tidak. Tapi saya dengan blurnya dapat agak jawapannya TAK, berdasarkan senarai ciri-ciri dan kesan-kesan tarbiyah (pendidikan) islamiyyah yang seharusnya ada pada kita.

Setahun kemudian. 2010, saya kenal usrah. Weekend saya tak free sebab saya isi dengan usrah dan program. Saya cuba untuk ikuti semua program yang saya yakin saya bawak hati bersama. Ada satu yang saya takjoin dengan kisahnya sendiri. Tapi saya yakin ada tarbiyahnya juga untuk saya. Usrahmates dapat tarbiyah melalui program-program itu, saya dapat tarbiyah jangka panjang dengan ‘degil’ tak join. Ada sebab untuk ‘degil’ itu. Sila jangan tiru! :p

Setahun kemudian, 2011 saya kenal dakwah. Tak jelas sangat sebab lebih kepada keterpaksaan dan ketidakfahaman dan ketidaksediaan yang ketara. Tapi dari segi erti usrah dan tarbiyah, makin jelas dengan maksudnya, makin faham dengan hati. Sebab 2011 saya sangat ‘teruk’. Dari penghujung 2010 hingga ke malam 31 Disember 2011. Too many things happen tapi itulah tarbiyah terbaik setakat ini saya rasa. Yang membina dan mengubah saya. Allah lenturkan banyak hal yang ‘keras’ dalam hati saya. Dan ianya ‘menyakitkan’. Dan semakin kita berkeras, semakin sakit. Tapi kalau kita berlembut redha dan bertawakal, insyaAllah ianya tak sesakit sebelumnya, InsyaAllah.

Dan 2012, saya makin faham apa itu usrah, apa itu tarbiyah dan apa itu dakwah. Faham dengan hati. Banyaknya kerana tarbiyah bil ahdaf, tarbiyah melalui peristiwa. Tarbiyah direct dari Allah. Tarbiyah dzatiyah… ☺
2012 banyak memberi kenangan-kenangan manis dengan adik-adik dan akhawatfillah. Mereka bagaikan ‘bidadari-bidadari comel’ dari Allah. Ada je ujian-ujian tapi kesenangan dan ketenangan bersama mereka membuatkan ujian-ujian itu rasa kecil dan boleh lalui. Dan kerana itu rasa sedih nak tinggalkan bumi tarbiyah itu. Tapi mungkin Allah dah susun supaya cukup sekadar di situ dan tak terlebih-lebih terbuai dengan keseronokan. Masa untuk cabaran dan ujian-ujian lain pula. Mungkin. Tapi macam ya je.. :’)

Erti tarbiyah yang difahami melalui hati sukar untuk dituliskan dalam bentuk struktur ayat yang sempurna memenuhi kriteria bahasa melayu. Tapi hati yang melaluinya pasti mengerti. Dan ianya satu proses. Proses yang mengubah. Proses berpanjangan yang tak tahu kat mana hujungnya.

Tarbiyah sangat bernilai. Tarbiyah mengajar saya untuk tabah bila diuji. Mengajar saya untuk menyintai walau tidak dibalas. Mengajar saya untuk memberi walau tidak menerima. Dan yang paling penting, mengajar saya untuk kenal Pencipta, rasa kebersamaan denganNya, kenal surat cintaNya, kebersamaan dengan surat cintaNya, kenal kekasihNya, kebersamaan dengan kekasihNya.

Apa yang dirasa ini hanyalah sedikit, cebisan perasaan sebenar yang dirasai oleh para sahabat, tabi’, tabi’ tabiin, ulama’, tokoh-tokoh Islam, ISHAB, Syed Qutb, dan ramai lagi.

Andai cebisan rasa ini sudah begitu bermakna, apatah lagi perasaan sebenar yang mereka rasai? Tak teringin kah? Pastinya teringin!

Kerana itu, untuk 2013, saya bersedia untuk tercampak ke mana sahaja, asalkan kekal di jalan dakwahtarbiyah. Kerana itu yang paling penting. Moga diri tidak terbuai dengan asyiknya dunia dan rasa indahnya berada di jalan dakwahtarbiyah tidak ditarik pergi. Mohon sangat-sangat. InsyaAllah.

Akhir kata,

“Yang besar bukanlah dimulai dari yang besar, namun dimulai oleh hal-hal kecil yang dilakukan dengan kesungguhan dan cinta. Cinta itulah roh perubahan, cinta itulah yang menghidupkan segala rasa sakit”











13 comments:

  1. sy berminat utk menyertai usrah,bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Kalau anis betul-betul serius dengan niat tu, kalau sudi email la saya kat trueblu_22@yahoo.com... Nanti saya cuba tlg :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam.. hope bole email kt sy juga about usrah ni.
    azua2184@gmail.com. syukran...

    ReplyDelete
  5. salam...saya juga berminat untuk join. mcm mana ya? adakah sy masih berpeluang utk join?

    ReplyDelete
  6. Saya juga berminat untuk join usrah ni..harap boleh membantu saya dalam kesusahan ini

    ReplyDelete
  7. assalam..saye berminat nk sertai usrah..dah lame saye cari ..

    ReplyDelete
  8. assalam..saye berminat nk sertai usrah..dah lame saye cari ..

    ReplyDelete
  9. assalam..saye berminat nk sertai usrah..dah lame saye cari ..

    ReplyDelete
  10. boleh email kat sy kalau berminat nk join usrah nie mcm mne?
    syahirahnabilah211@gmail.com

    ReplyDelete
  11. boleh email kat sy kalau berminat nk join usrah nie mcm mne?
    syahirahnabilah211@gmail.com

    ReplyDelete

Komen anda..