Monday, November 26, 2012

Yang Besar Bukanlah Bermula dengan Yang Besar

Izinkan saya untuk berkongsi satu kisah,

Kisah seorang anak kecil berlari dengan tergesa-gesa menuju ibunya lalu berkata, "Bu, apa nama lubang yang ada di depan rumah kita?" Ibunya menjawab, "Ibu sedang sibuk memasak. Pergilah ke ayahmu!" Anak itu pun berlari menuju ke ayahnya dan menanyakan hal serupa, "Ayah, apa nama lubang di depan rumah kita?" Ayahnya menjawab, "Ayah sedang membaca Quran. Pergilah ke kakakmu!"
Kemudian anak itu berlari ke arah kakaknya dan menanyakan hal serupa, "Kak, apa nama lubang di depan rumah kita?" Sang kakak menjawab, "Namanya sumur." Anak kecil lalu berkata, "Kak, cepatlah pergi ke lubang itu. Adik kita jatuh ke dalam lubang itu, kak".

Sahabat sekalian, yang besar itu bukanlah bermula dengan yang besar, namun dimulai dengan hal-hal kecil yang dilakukan dengan kesungguhan dan cinta. Cinta itulah roh perubahan, cinta itulah yang menghidupkan segala rasa sakit.
-Solikhin Abu 'Izzuddin, New Quantum Tarbiyah


Kadang-kadang kita suka untuk meremehkan atau mengambil mudah 'hal-hal kecil'. Yang tanpa kita sedar itulah yang sebenarnya membantu kita untuk mendapatkan sesuatu yang besar.

Dan kadang-kadang hal-hal kecil itu kita tak suka untuk lakukankannya sebab ianya tak best, tak suka, tak seronok, bukan taste kita, bukan cara kita, 'itu bukan aku', 'anti dengan itu' dan pelbagai lagi alasan. Atau mungkin juga kerana ujian-ujian yang melanda, orang marah kita lakukannya, kawan tinggal, ayah mak tak suka, member ejek dan lain-lain ujian hati.


Kerana itulah, kita perlu lakukan hal-hal kecil itu dengan kesungguhan, keyakinan dan cinta. Mungkin nak tekankan sikit perkataan cinta tu. Pernah tak dengar lirik lagu atau kata pujangga, "Cinta itu kuasa luar biasa"? Dulu saya rimas betul dengan statement itu kerana ianya dikaitkan dengan cinta yang tak sepatutnya itu. Tapi kini saya rasa saya nak guna balik statement tu, "Cinta itu kuasa luar biasa". Bukan salah 'cinta', tapi yang salahnya adalah 'penyalahgunaan cinta'.

Salah satu dialog yang saya paling suka dan ingat daripada movie Di Bawah Lindungan Kaabah yang ditonton setahun yang dulu adalah:

"Untuk melalui badai (ujian) kita harus terus berjalan. Bukannya berhenti. Dan untuk terus berjalan, ada dua perkara. Pertama, keyakinan dan kedua, adalah CINTA"  

Cinta lagi.

Kalau baca buku tulisan atau dengar interview dengan jutawan atau businessman ataupun pakar motivasi, mesti salah satu tips kejayaan mereka adalah lakukan sesuatu yang kita suka dan enjoy, atau dengan kata lain cinta, love to do that!

Cinta lagi.

Sesungguhnya terima lah hakikat cinta itu memang kuasa luar biasa, TAPI mesti disalurkan ke arah yang betul.

Cinta tarbiyah

Kalau kita cintakan tarbiyah, kita sanggup angkat fridge dan washing machine segala. Walaupun hal kecil (tapi berat!), tapi kita tahu ianya untuk tarbiyah dan dakwah, kita rasa seronok je lakukannya. Kalau ikut normalnya, mungkin awal-awal lagi dah memilih untuk marathon movie Umar Series ataupun berehat dan tidur.

Kalau kita cintakan tarbiyah, kita sanggup keluarkan wang simpanan kita untuk sama-sama menyumbang dan menanggung denda kesalahan akhawat kita, sahabat kita. Walaupun hal kecil  (tapi sukar!) yang kita sendiri pun tak pasti yang kita lakukan itu menyumbang kepada sesuatu yang besar atau tidak, tapi cinta pada tarbiyah telah mengubah kita. Kalau ikut normalnya, kita mungkin akan bertindak memarahi si DEFG dan membiarkan dia menanggung segalanya sendiri kerana pada kita (yang dulu) itu silap dia, so tanggung sendiri.

Kalau kita cintakan tarbiyah, kita sanggup berbeza dari orang lain, walau banyak tentangan, kita tak kisah asalkan kita kekal dalam jalan tarbiyah.
Kalau kita cintakan tarbiyah, kita sanggup tanggung kecewa dan terasa hati (tapi kena setelkan, jangan sampai jadi seperti Abdullah bin Ubaiy) asalkan kita berada di jalan tarbiyah.

Kalau kita cintakan tarbiyah, kita akan sanggup untuk melakukan hal-hal kecil yang orang lain tak akan buat, asalkan kita dapat tarbiyah itu.

Terlalu banyak contoh-contoh hal kecil yang kita boleh dan perlu lakukan dengan penuh kesungguhan, keyakinan dan cinta untuk mendapatkan sesuatu yang besar.

Kalau kita terfikir, 'tak yah la buat nih, simple/ mungkin tak penting/ remeh/ dan sedikit susah tapi kita tahu ianya membawa kepada sesuatu yang besar', itu maksudnya ianya adalah hal-hal kecil yang mesti dilakukan. Dan lakukankanlah dengan kesungguhan, keyakinan dan cinta. Lakukan! Jangan abaikan!


yang besar itu bukanlah bermula dengan yang besar, namun dimulai dengan hal-hal kecil yang dilakukan dengan kesungguhan dan cinta. Cinta itulah roh perubahan, cinta itulah yang menghidupkan segala rasa sakit.











1:40pm, 26Nov2012
Kampung halaman

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..