Monday, November 19, 2012

Back For God

18 November 2012, jam 11:50 pm, saya berlepas dari Brisbane Airport ke KLIA.
Jam 6:16am 19 November 2012, touch down di KLIA
Kemudian ambik bas ke LCCT
Dalam bas ter borak sekejap dengan 2 girls from England yang belajar di UQ yang transit di KL untuk bercuti ke Singapore, Thailand dan kemudian pulang semua ke England for Christmas. Kenapa saya tegur? Sebab dia pakai sweater UQ!.. hehe :D

Dan sekarang sedang menunggu flight untuk pulang ke KB.

Tetiba terfikir, saya perlu tukar sesuatu untuk tab "Pemilik TZ" di atas... :(
Nanti-nantila, taknak tukar lagi.
I'm still part of Brisbane (denial state)

Denial state lagi sekali, taknak mengaku dah back for good (BFG) maksudnya balik selama-lamanya. Padahal barang-barang dah lama shipping. Diri yang jasad ni pun dah sampai Malaysia, tinggal nya tak jumpa keluarga dan kawan-kawan Malaysia je lagi (tinggal beberapa jam je lagi pun)

Tapi insyaAllah saya back for God, yang ni menenangkan hati.

Tak tahu pun bakal buat apa, nak buat apa, di mana, dengan siapa, bagaimana, bila dan sebagainya. Seriously, buat masa sekarang saya tak tahu. Kecuali kerja-kerja dan program untuk summer yang InsyaAllah nak bagi full commitment. Selebihnya, saya kira itu semua surprise Allah untuk saya.
Untuk yang mengenali, doakan saya tetap di jalan TnD walau saya buat apa, dengan siapa, di mana sahaja tercampak. Sebab T tu kan nombor 1. T bukan untuk tembikai tapi T untuk tarbiyah :)


Officially, dengan  ini saya rasa saya patut mengaku yang saya sudah berada di Malaysia.


Dan sekarang terbayang-bayang kisah cinta saya 3 tahun dahulu. Tempat pertama jatuh cinta dengan T adalah di Brisbane. Dan pastinya setiap dari jiwa yang saya jumpa melalui T dicintai sepenuh hati. Masakan mudah untuk melupakan itu semua. Tidak dan tidak. Bukan sebab mereka comel-comel (erk! tapi comel la jugak :p) tapi sebab mereka bersama-sama saya mewarnai jalan tarbiyah ini. <3 br="br">
3 tahun dulu, dalam flight dari KLIA ke BNE, saya dengan bersungguh-sungguhnya berniat untuk mendapatkan lebih dari segulung ijazah. Walaupun masa tu, saya rasa saya tak tahu pun hadis 1 Niat tu pun. (Tapi sebenarnya, at this moment, saya tak dapat pun lagi ijazah tu sebab result tak keluar lagi, tapi doakan, agar semuanya berjalan lancar dan saya lulus).
Dan petang semalam, seorang adik yang kukenali sejak 2 tahun yang dulu, menuturkan kata-kata yang sangat bermakna. "Saya rasa Kak Ayu dapat dua-dua tu, I___ dan R___". Terkejut sebenarnya, sebab apa je pun yang pernah dibuat. Seriously antara sebab kenapa sedih sangat untuk tinggalkan brisbane sebab banyak lagi nak buat dan tahun depan banyak benda bakal berubah dan perjalanan TnD mereka juga mungkin tak sama lagi seperti tahun ini. Nak sangat bersama mereka melalui semua itu. Seriously, nak jadi part of perjalanan dakwah Brisbane/Queensland/Australia tu. Tapi InsyaAllah tarbiyah telah mengajar untuk sentiasa  yakin dengan Allah. Rasulullah SAW pun segan untuk minta dengan Allah supaya kiblat bertukar balik kerana tak tahan dengan tekanan emosi Yahudi dan musuh-musuh Islam, apatah lagi diri ini. Rasulullah menadah tangan ke langit tanpa menuturkan apa-apa pun kerana beradabnya Baginda dengan Allah. InsyaAllah itulah contoh teladan yang baik. Dan diri ini, jauh di sudut hati masih menaruh harapan untuk sesuatu yang disukai, tapi tetap bersedia dengan segala ketentuanNya. Asalkan kekal di jalan ini, selain dari itu insyaAllah boleh je lalui. Allah kan ada! :')


ps: kalau tetiba nak buat come back for God, boleh tak ea? huhu... T_T




12:08pm, 19 November 2012
P9, LCCT

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..