Wednesday, October 17, 2012

Perasaan

Tika ini, saat ini, daku punya pelbagai jenis perasaan bercampur baur.

Dan antaranya perasaan di bawah.

Yang tak mampu aku manifestasikan dalam bentuk ayat seperti Muharikah.

Namun perasaan yang sama tersimpan kedap di hati.






perasaan itu adalah rasa..
ia dari dalam.. sangat dalam.
dan kehidupan ini..
menuntut kita untuk sangat merasai..

biarpun ia hambar, mungkin juga sangat tawar..
namun itulah…
tarbiyah.

kata murabbiku.. “tarbiyah ini bukanlah rasa yang selalu indah..“
dan aku mengiakannya..
kerana memang benar…

mungkin kata mereka yg hanya terbuai dgn keasyikan angan-angan di dalam tarbiyah ini..
akan merasakan segalanya indah-indah saja…
tetapi…
sememangnya tarbiyah itu adalah bentuk-bentuk ujian..
dan ia tidaklah selalunya indah….

karena,
aku tidak akan mampu memahami ini semua jika aku tidak menghadirkan hatiku dengan ikhlas dalam memahaminya,
aku tidak akan dapat merasai nikmatnya tidak ada harta sedikit pun jika bukan kerana tarbiyah ini yang mengajarkan aku erti berbagi,

malah.. aku mungkin tidak akan dapat merasai hangatnya berada dalam ikatan perasaan ini jika bukan kerana tarbiyah ini
yang mengajarkan aku erti mencintai mereka sepenuh hati,

iya.. segalanya kerana perasaan ini..
kerana rasa yang selalu menguatkan keyakinanku,
kerana rasa yang selalu membuatkan aku berani berbuat,
dan ia adalah tarbiyah buat diriku!

ramai orang bertanya…
“apa yang kamu dapatkn dari tarbiyah ini?“
“apa yang kamu fahami dari tarbiyah ini?“
….aku tersenyum.

kerana aku mendapatkan segalanya di dalam tarbiyah ini..
aku mendapatkan diriku sebagai seorang muslim yang sebenar.
muslimnya aku bukanlah sebuah keturunan,
muslimnya aku bukanlah kerana catatan kad pengenalan,
muslimnya aku bukanlah kerana aku tertutup dengan hijabku,
tetapi muslimnya aku adalah kerana aku faham bahwa islam itu bukanlah keturunan, ia bukan dari kad pengenalan dan bukan juga kerana hijab yang menutupi seluruh tubuhku…

sekali lagi ingin aku tekankan..
perasaan inilah yang telah membangun iman ku…
kerana itulah asas untuk aku dan kamu memahami tarbiyah ini..
lebih halus dan mendalam.



“Memanglah seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai”. KH Rahmat Abdullah



taken from Muharikah.com

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..