Monday, October 22, 2012

Manis

Kadang-kadang saya hairan lagi aneh, macam mana tarbiyah boleh mengubah seseorang ber hatilayantaklayan menjadi 'manis'.........

Dentuman mercun masih kedengaran. Gelak tawa kanak kanak masih mengisi ruang-ruang udara. Bosan. Alem memerhati keluar tingkap. Sejuk. Bayu malam menyapa lembut.

Sekali sekala matanya meliar ke atas, memanah bintang di langit. Tersusun rapi. Indah. Tiada kata secantik bahasa dapat diungkapkan. Terlalu indah. Kemudian dia tersenyum.

Sesuatu bermain di mindanya. Sukar untuk dihuraikan dengan ayat ayat picisan. Rumit. Dia kemudian mencapai telefon selularnya yang terbaring kaku di atas meja. Baru sahaja bergetar.

‘one message received’

“Salam. Alem, kau sehat?”

Ringkas sahaja pesanan. Namun cukup untuk membuatkan hati itu menyanyikan lagu girang sambil menerbitkan seukir senyuman. Puas.

“Wasalam. Alhamdulillah, aku sehat. Kau?”

Tekan atau tidak. Tekan atau tidak. Dia ragu-ragu sama ada untuk membalas pesanan itu atau tidak. Alem membatalkan niat tadi.

Tutt tutt..tutt..

“Assalamualaikum Ziq, kau busy?”

“Waalaikumusalam. Eh apesal kau call, bazir kredit kau je. Aku tak buat apa-apa pun”

“Saje je. Leceh la nak type message. Bukan selalu pun”

“Ok. Kau tengah buat apa tu?”

“Entah. Aku rindu la”

“Tak menjawab soalan la, rindu sape tu? Ada ada je kau kan”

“Aku rindu nak cakap dengan kau la”

-----

“Alem, aku sayang kau jugak tahu?”

“Tahu. Jom”

“Jom? Pergi mana?”

“Tengok bintang. Cantik.”


..Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami..

(An Nahl)


Kadang-kadang orang yang kita rindu tu juga sedang rindu sama kita. Jom tengok bintang. Mana tahu, dia pun sedang melihat bintang yang sama. Uhibbukum fillah.
                                                                                              taken from kedai nasi lemak online :D

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..