Wednesday, October 10, 2012

Jangan bunuh rama-rama itu!












Allah tidak menciptakan rama-rama yang cantik ini tanpa fungsi dan tujuan. Selain menjadi hamba Allah yang taat dan bekerja dengan baik untuk keseimbangan alam ini, rama-rama juga mengajar kita satu prinsip hidup yang penting.

Sama sebagaimana kepentingan rama-rama dalam alam sekitar yang hanya mampu difahami oleh biologist, begitu juga dengan hikmah penciptaan rama-rama itu, yang hanya mampu dimengerti oleh hati yang berfikir tentang Pencipta rama-rama itu.

Cuba ambil masa untuk berfikir sejenak, sejak dari kecil hingga dewasa ni, sudah berapa kali kita berdepan dengan kesukaran dan kepayahan? Banyak kali bukan? Di setiap peringkat usia kita sebenarnya. Pada hari ini kita mungkin merasakan makan nasi itu mudah dan mungkin sudah jadi satu tindakan automatik tanpa perlu fikir banyak. Tapi sedar atau tidak suatu ketika dulu kita tak pandai untuk menyuapkan makanan ke mulut kita pun?


Macam itula juga kehidupan kita seharian. Macam-macam kesukaran, kepayahan, keresahan, kesakitan,  kekecewaan, dilema dan tekanan yang kita alami di setiap peringkat peningkatan kita. Melepasi satu halangan demi halangan bukanlah membawa erti ianya makin mudah. Tak! Tak pun. Kita yang sudah makin biasa dengannya. Tapi untuk biasa dengannya, kita kena lalui, hadapi dan nikmati!

It doesn't get easier, we just get used to it

Konsep yang sama juga bila melalui jalan tarbiyah dan dakwah. (Kerana ini adalah kehidupanku! Katakan, inilah jalanku 12:108). Telah berzaman diberi amaran bahawa jalan ini panjang, banyak halangan dan tidak ramai yang menyertainya. Boleh imagine melalui jalan yang penuh dengan cabaran dan panjang, tak nampak ending dekat mana, pastu tak ramai orang pulak tu. Tak mudah, Sangat tak mudah!

Tapi Allah dah datangkan sang rama-rama untuk mengajar kan kita konsep penting tersebut. Ada sebab kenapa Allah bagi pelbagai jenis ujian tersebut. Hari ini kita mungkin dilema antara usrah dan report yang sebenarnya due 2 minggu lagi, tapi usrahnya hari ini, lama-lama nanti kita diuji dengan usrah dan syura dua hari berturut-turut dan hari ketiganya report dan presentation. Nak tambah lagi mencabar, exam hari keempatnya. Nah! Pada saat itu, bagaimana kita mengurus masa? Apa yang kita pilih? Apa yang korbankan? Usrah ea? Kenapa? Sebab usrah boring dan best, tak rasa seronok pun, sebab hari-hari dalam hidup ini kita nak yang seronok dan bersama orang yang happening dan faham kita je kan? Kali pertama kita tolak, Allah mungkin izinkan lagi untuk kali kedua. Tapi mungkin sahaja tiada lagi kali ketiga. Kalau kita tak pernah cuba untuk deal dan face dan hadapi dan nikmati ujian masa antara tanggungjawab pada dakwahtarbiyah dan study, agak-agak kita mampu tak nak hadapi cabaran bila dah bekerja, bekeluarga? Allah tak uji kita dengan yang hal-hal besar terus, Allah uji dengan yang biasa-biasa dulu. Dengan apa yang kita tak suka tapi membawa kebaikan. Allah nak tengok kita pilih atau tak. Kalau kita 'degil' dan terus pilih itu maksudnya kita memang betul-betul nak! Tanyalah pada kakak-kakak yang sudah 2 atau 3.7 atau 4 atau 5.5 atau 10 tahun di jalan ini, pernah tak mereka terluka? Pernah tak disakiti? Pernah tak diorang rasa susah? Pernah tak rasa berat dan nak lari? Pernah tak berkecil hati? Jawapannya, pernah, pernah dan pernah! Rahsia yang bukan rahsia adalah semuanya kerana DIA, syurga DIA. Itu sahaja. The end!






10 October 2012
BF, Bne

..:: menaikkan semangat diri sendiri ::.




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..