Thursday, October 18, 2012

Antara Dua Cinta



Bila sebut pasal cinta, ramai orang suka.
Dari yang kanak-kanak ribena sekolah rendah hinggalah pakcikmakcik
Ada yang hanyut ada yang lurus kerananya
Bergantung pada kecil atau besar skop cinta yang diperkatakan
Hanyut jika cinta sia-sia
Lurus jika cinta Illahi

Dan saya, andai saya bercakap soal cinta sia-sia itu di TZ, silala pangkah page ini dengan kadar segera, nak banned saya sekali pun bole. (iniserius!) 


Nak kongsi lirik yang 'sembilu' ini:

Apa yang ada jarang disyukuri

Apa yang tiada sering dirisaukan

Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman



Dunia ibarat air laut

Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir



Panas yang membahang disangka air

Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang



Tuhan.. leraikanlah dunia

Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh




Saya tinggalkan sahabat dengan bait-bait lirik tersebut..
Carilah Ambillah masa untuk menghayatinya.
Kalau cari, memang kita akan selalu bagi alasan untuk bertangguh sebab 'sibuk'



Kita kena serius dengan diri sendiri untuk mengasingkan dua jenis cinta ini.
Mana mungkin alhaq yang suci bercampur dengan alhawa' yang kotor dan jijik. Tak mungkin.



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..