Wednesday, September 19, 2012

[Video] Si Kenit Ber'tuxedo'


Comel kan penguin tu?  >_<  

Suka tengok part kedek-kedek kanan kiri kanan tu... :D


bahagian sangat kalian berdua tu :p

Video ni boleh dilihat dari pelbagai sudut dengan menggunakan pelbagai jenis kacamata. Andai kita lihat menggunakan kacamata pencinta haiwan, mesti rasa teruja dengan kitaran hidup seekor penguin yang bertuxedo tu. Tapi kita siapa? Seorang muslim, seorang daie, seorang murabbi kan? (dengan kata lain, ini golongan sasaran post ini :D). Jadi seharusnya kita pandang dengan kacamata tarbiyah dan dakwah.

Bukan mudah untuk seorang murabbi melahirkan mutarabbi yang hebat. Yang mampu meneruskan perjuangan dakwah. Yang mampu bangkit setiap kali jatuh. Yang mampu teruskan dan sanggup berdepan dengan pelbagai mehnah. Sanggup disakiti, sanggup dimarahi, sanggup dikutuk, sanggup dikecewakan. Tapi akhirnya bangun balik dengan himmah yang lebih tinggi.


Murabbi

Bukan mudah untuk menjadi murabbi seperti ayah si kenit bertuxedo itu. Biar benar dia sanggup berdiam diri demi menjaga telur anaknya sehingga menetas tanpa makan dan minum hingga susut berat badan. Mungkin nampak seperti teknik diet yang bagus tapi tak mudah untuk laluinya. Seorang murabbi yang serius dengan kerja dakwahnya, begitulah mereka. Sanggup berkorban apa sahaja asalkan anak sentuhannya lebih hebat dari dirinya. Tapi soalannya, berapa ramai antara kita yang bergelar murabbi, menjadi murabbi seperti itu? (soalan untuk diri sendiri T_T)

Mutarabbi

Sebagai mutarabbi, kadang-kadang kita tak sedar pengorbanan besar murabbi kita. Yang kita tahu, kita nak murabbi kita perfect!. Barangkali kita mengharapkan murabbi malaikat kali. Tapi kita malaikat ke? huhu.... Benar, murabbi kita juga manusia biasa. Sebagaimana kita, dia juga sedang struggle. Tak kisah la murabbi kita macam mana pun, yang penting kita. Sebagai mutarabbi, tak akan semuanya nak bergantung dengan murabbi. Kita kena pandai survive. Macam si kenit yang baru mengenal dunia tu. Kita juga macam tu. Awal-awal zaman mentah kita kenal jalan TnD, kita memang memerlukan bimbingan murabbi sepenuhnya. Tapi lagi cepat kita jadi matang, dan sanggup ke medan sebenar, lagi cepat kita besar dan matang.

Daie

Samada kita adalah seorang mutarabbi dan/atau murabbi atau jugak BELUM salah satu atau keduanya, kita tetap hamba DIA dan khalifah DIA yang memegang amanah perjuangan Rasulullah SAW.

Kalau nonmuslim buat filem kutuk Rasulullah bukan main marah, tapi kalau bab sambung perjuangan Rasulullah, semua buat tak tahu.... *things to ponder*

Agak-agak kalau Rasulullah SAW ada dan melihat video tersebut, apa reaksi Baginda?
(sejujurnya saya tak tengok pun trailer video tu, cukupla hanya dengar cerita, tak sampai hati nak tengok Baginda dihina sebegitu T_T lebih baik fokus kepada sunnah terbesar baginda)

Saya tak pasti la, tapi saya rasa Baginda tak akan marah-marah dan berdemonstrasi macam tu. Mungkin Baginda akan tetap melayan mereka yang menghinanya dengan sebaik mungkin. Dan Baginda teruskan kerja dakwah dan menyampaikan Islam kepada yang belum mendapatnya. Berdasarkan sirah dan kisah-kisah Baginda dan sahabat. Bagaimana pendapat sahabat?

Nak kongsi beberapa petikan dari buku Muntalaq bab 2: Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari:

Daie enggan tunduk kepada penipuan. Mereka pantang melihat perancangan musuh berlaku. Lalu mereka bangkit berteriak kepada manusia. Tetapi,....... majoriti manusia terus lena tidur. 
Di depan matanya-pendokong kebatilan dan orang yang konfius bekerja kuat mati-matian meneruskan perancangan mereka. Dilihat keliling, hanya segelintir sahaja orang Islam dipelihara oleh Allah yang masih sedar.... Selebihnya hanyut di dalam kelalaian. 
Daie kembali mengubati kesedihannya lantas bermonolog sendirian:
Telah bekulah daya juang di hati manusia itu
Mereka leka mengejari kekayaan dan kehidupan yang rutin
Kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang konfius
Hampir-hampir menggoncangkan semangat juangku

Mehnah di Jalan Tarbiyah dan Dakwah

Sebelum kita nampak apa itu dakwah dan bagaimana kerja dakwah, kita akan lalui tarbiyah itu. Banyak cabarannya. Mestilah. Tarbiyah itu proses yang panjang. Kena kuat. Tanpa tarbiyah, mustahil untuk berada di jalan dakwah itu. Di awal jalan tarbiyah itu sendiri kita akan berjumpa pelbagai mehnah (cabaran) ini kan pula jalan dakwah. Walaupun keduanya sebenarnya seiring sehaluan, namun suka untuk saya fokus kepada jalan tarbiyah itu sendiri dulu.

Seriously, jalan tarbiyah sukar dan susah. Tak tipu. So, sila lari sekarang dan pangkah post ni. ^_~.

Kalau terus baca, maksudnya berani dan bersedia. Tak adalah. just kidding. Jalan tarbiyah jalan yang manis. Masakan tidak, kalau dengan tarbiyah kita kena apa itu Islam, kita kenal agama kita, kita kenal Al-Quran yang sebelum ini kita tahu baca je, kita kenal ukhuwah fillah, kita tahu hidup kita bukan untuk belajar, kerja, kahwin dapat anak je. Tapi lebih dari itu. Kita tahu banyak benda baru. Yang sememangnya kita patut tahu.

Tapi lama sikit, Allah uji kita. Ujian Dia berbeza ikut individu. Custom-made ikut individu tersebut. Dan kita pun goyah dah dengan tarbiyah. Ada yang diuji dengan halangan keluarga. Diuji dengan study, assignments. Ada yang diuji dengan ujian hati. Mungkin kesemuanya. Macam-macam ujian. Padahal itu semua dari Allah untuk menguji sejauh mana, sekuat mana kita yakin dan percaya dengan tarbiyah yang boleh mengubah diri.

Brick walls are there for a reason: they let us prove how badly we want things tarbiyah!.


Bila tarbiyah call, cepat-cepat angkat! Nanti nak angkat call dakwah pulak kan? ^_~


Sebagai penutup, nak kongsi ayat 


"Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di dalam (mencari) jalan Kami, benar benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami" [29:69]



InsyaAllah, Allah tunjukkan jalan kepada dilema, rasa tak yakin, rasa tak kuat kita tu. Yang penting, kita bermujadah di jalan Dia. Bukan saya cakap, tapi Allah yang bagitahu dalam Al-Quran :D

Saya yakin dengan ayatNya! (walaupun dah banyak kali rebah tergolek tak bermaya.. huhu)

Sahabat bagaimana?

InsyaAllah boleh!






8:54am, 19 September 2012
BF, Bne





0 comments:

Post a Comment

Komen anda..