Wednesday, September 12, 2012

Resilience

Izinkan saya untuk berbicara tentang satu perkataan ini hari ini.

Resilience.

Menurut Cikgu Google:

Resilience in psychology refers to the idea of an individual's tendency to cope with stress and adversity. This coping may result in the individual "bouncing back" to a previous state of normal functioning, or simply not showing negative effects. 


Dalam menyelusuri kehidupan di dunia yang fana ini, kita sering diuji. Apatah lagi jika kita melalui jalan dakwah dan tarbiyah, yang sememangnya ada onak dan duri. Tipu kalau ada yang mengatakan jalan dakwah dan tarbiyah yang dilaluinya tiada ujian dan mehnah.

Tak usah bertanya dan menyoal tentang ujian apa yang bakal ditempuh di tengah dan penghujung jalan ini, tapi teguhkan hatimu saat diuji di awal permulaan langkah jalan berliku ini.

Mungkin bila kita melihat 'kakak-kakak besar' di jalan dakwah dan tarbiyah ni, kita rasa, hurm, ok je diorang. Ujian apa yang sibuk-sibuk diperkatakan itu. Dan bila kita mulakan langkah sedikit, mungkin baru angkat kanan sahaja kot, kita dah rasa lemah, berat, tak larat, stress, down dan sebagainya.


Saya tidak bercakap tentang ujian fizikal, seperti kena pukul, kena marah, kena cubit (erk!) atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Tapi saya bercakap tentang ujian EMOSI.

Ya, ujian EMOSI. PERASAAN.

Dan ramai antara kita terkandas kerana mengikutkan emosi.

Dan emosilah menjadikan diri kita wanita dan perempuan.

Dan emosi inilah sesuatu yang sukar di fahami oleh seorang lelaki. erk! Sesama perempuan juga mungkin.

Kerana emosi jugalah hidup kita amat penuh dengan kasih sayang.

Terkadang membahagiakan.

Kadang kala juga menjadikan kita carried away, dan tanpa kita sedar, kita telah masuk ke lembah yang kita tak sangkakan pun.

Walaupun kita bergelar akhawat. Walaupun kita mengikuti tarbiyah.

Sehinggalah seorang ukhti menasihatkan saya dengan nasihat penuh berharga, dan moga ukhti itu dikurniakan Allah kebaikan amat banyak dalam hidup dia:

‘ Allah akan uji kita , sehinggalah apa sahaja keputusan dan tindakan kita, kita buat hanya kerana Dia memandu diri kita. Bukan disebabkan oleh emosi kita semata-mata.”

Being a woman, berapa banyak kali kita buat keputusan berdasarkan emosi kita ?

MOST OF THE TIME!

Even makan apa, keluar beli barang apa, keluar dengan siapa, kawan dengan siapa, nak join usrah mana, nak kerja kat mana..

yang memandu kita adalah emosi kita.

Bukanlah keikhlasan dan kehendak yang Allah mahukan buat kita. ( astaghfirullah!)


Petikan blog post Kak AisyahZ Muharikah.


Dalam post tersebut (boleh baca di sini) penulis menyentuh tentang isu EMOSI terlebih sayang dan terjatuh cinta sesama perempuan. Erk! mungkin agak scary bila menyentuh soal ini jika di luar konteks dakwah dan tarbiyah. Yang saya maksudkan luar TnD tu...alaaaaa... faham-faham je la. Sejujurnya saya tak pernah melihat depan mata sendiri means saya tak pernah ada kawan-kawan yang macam tu zaman sekolah dulu, mungkin sebab saya sekolah campur laki perempuan, kurang la sikit risiko untuk melihat terjatuh cinta sesama sejenis ini. Tapi bila bercakap dalam konteks dakwah dan tarbiyah, saya jadi pening dan buntu untuk klasifikasikan apa itu. Tapi bila dah lama-lama ni (walaupun tak ada la lama sangat.. huhu), baru paham rupa-rupanya itu juga satu fenomena ujian untuk sesama akhawat ni. Rupanya banyak kes-kes macam ni. Sebab itula kena jaga ikhtilat sesama jantina. Kena ada tamayyuznya. Walaupun saya 'trauma' untuk melihatnya lagi, takut untuk melihat pisang berbuah dua kali, tapi tak apa la, doa banyak-banyak supaya pisang tak akan berbuah dua kali. Kena face dan lalui dan hadapi supaya Allah tak uji di titik kelemahan yang sama. hohoho...

Ok, lupakan soal terlebih emosi cinta di situ.

Oh, jangan pulak salah faham. Kita digalakkan untuk SALING menyintai sesama kita. Dan jujurnya saya nak bagitahu, saya sendiri belajar bercinta (yang halal) melalui tarbiyah. Kalau nak tidur fikir adik-adik, bila bangun fikir adik-adik, bukan cinta ke namanya tu? huhu... TT_TT. Tapi InsyaAllah antara kita tidaklah perlu ada yang terlebih cinta, tapi sama-sama kita usaha untuk kekal cinta, insyaAllah... ^_^

Ok, kita tengok pulak emosi-emosi lain.


Emosi sedih, kecewa, menyampah, stress, tak suka, rimas, terasa hati, berkecil hati, tak puas hati dan sebagainya. Kadang-kadang kita jumpa semua jenis emosi ini di jalan dakwah dan tarbiyah. Dan kerana itu kita rasa nak lari dari jalan ini. Sebab kita rasa, 'arghh, sama je la. tak ikut tarbiyah pun jumpa jugak orang-orang yang memberi emosi-emosi itu, di jalan tarbiyah pun jumpa juga orang-orang yang memberi emosi tu'. Membuatkan kita kadang-kadang terfikir, 'yang nampak baik itu belum tentu menyenangkan'. Tapi kalau tak baik, apatah lagi kan? Kan?

Kita kena kuat. Tahap resilience kena tinggi. Maksudnya kena cepat-cepat recover daripada emosi-emosi negatif tadi. Kerana apa? Kerana kita tak mahu tergelincir dari landasan dakwah dan tarbiyah ini. Kita tak mahu tertinggal dek kerna perasaan-perasaan tersebut. Rugi tahu tak? Sedangkan itu hanyalah ujian-ujian custom-made dari Allah nak tengok kesungguhan kita dengan agamaNya.

Cuba tengok balik emosi-emosi tadi, boleh dikatakan semuanya bersifat perasaan kita terhadap orang lain, maksudnya akhawat kita sendiri. Janganlah ditunggu sampai ada akhawat yang datang memeluk dan memujuk kita. Janganlah terlalu self-centered. Kita kena belajar bangun sendiri. Allah uji macam tu supaya akhirnya kita sedar kita di sini bukan kerana manusia, bukan kerana akhawat kita yang terbaik di alam buana itu, tapi kerana DIA. Hanya kerana DIA, dan untuk DIA.

Buatla apa sahaja untuk bangun balik dalam tingkatkan resilience itu. Kalau perlu bersendiri, bersendirilah. Kalau perlu menyepi daripada menulis blog, menyepilah (erk! mungkin kisah benar). Kalau perlu menangis sesorang dalam individual room di library, menangislah. Kalau perlu makan, makanlah, asalkan halal. Kalau perlu shopping, shoppingla, kalau ada duit lebih lepas semua infaq dikeluarkan. Kalau perlu tidur, tidurla asalkan jangan melampau. Kalau perlu beli benda atau buat benda comel, beli atau buatla asalkan buat sendiri tak susahkan orang lain. Buatla apa sahaja untuk bangun balik wahai akhawat. Untuk bangun balik dengan cepat-cepat! Kerana jahiliyah itu arusnya deras. Masakan arus dakwah harus perlahan dan tersekat-sekat?







4:53pm, 12 September 2012
Law Library, UQ




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..