Wednesday, September 5, 2012

Apakah cita-citamu?

Mungkin kadang-kadang kita merasakan cita-cita kita dan matlamat hidup kita untuk punya pekerjaan hebat, kereta mewah, rumah besar, setahun sekali bercuti bersama keluarga di luar negara merupakan segala-segala impian dan tujuan kehidupan kita.

Cukupkah dengan hanya impian dan cita-cita itu? Bagaimana dengan tanggungjawab yang Allah amanahkan? Bagaimana dengan bekalan untuk dibawa ke kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana?

Cuba tengok cita-cita ISHAB:

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:


‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’

Untuk dapatkan sekeping ijazah yang terbaik di alam buana dan kerana 'yakinnya' kita dengan result yang baik itu kita akan dapat kerja hebat gaji mahal, kita sanggup lakukan apa sahaja. Tapi untuk mendapatkan ilmu agama dan menyebarkan Islam, kita berdalih dan pejamkan mata serapat-rapatnya. Kita rasa kita tak mampu. Dah buat atau belum, isunya? Dah buat sehabis baik atau sambil lewa persoalannya?









0 comments:

Post a Comment

Komen anda..