Monday, August 13, 2012

Rasa Tamak Yang Manis dan Lazat

Perkataan tamak tak semestinya negatif. Kita kena tengok kepada 'apa yang dinamakan' dan bukannya nama tersebut.


Dan saya nak berkongsi satu rasa tamak yang manis dan lazat. Iaitu rasa tamak terhadap apa yang ada di sisi Allah SWT. 

Mungkin kita boleh tengok maksud tamak tu dulu. Mengikut kamus dewan.... err saya tak tahu. Tak pernah memiliki kamus dewan... ngeee..... :D. Kalau rajin rujuklah kamus dewan masing-masing. Tapi kalau ikut kamus kehidupan saya, tamak tu maksudnya kita nak lebih la kan? Rasa tak cukup kalau dapat 'gitu-gitu' je. Tak nak cukup-cukup makan je.

Dan itulah yang dimaksudkan dengan tamak yang manis dan lazat ni.

Apa yang di sisi Allah tu? Syurga Allah la kan?


Bila kita kata kita tamak terhadap apa di sisi Allah tu maksudnya kita tamak dengan syurga Allah. Tamak tu maksudnya kita tak merasa cukup hanya setakat melintasi pintu syurga sahaja, atau hanya tinggal di tingkat syurga yang rendah darjatnya. Tapi kita tamak. Kita nak lebih. Kita nak masuk syurga 'illiyin (yang tertinggi) dan syurga Firdaus. Dan usaha untuk mendapatkannya penuh dengan kemanisan dan kelazatan.

Tapi macam mana? Apa nak buat untuk melayakkan diri masuk syurga tertinggi tu?

Ini jawapannya,

"Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia"

Dan apa yang dimaksudkan dengan martabat tertinggi di dalam kehidupan dunia?

Kejar gelaran Dr, Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri? Cam tu ke?

Kata Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah dalam bukunya "Futuh ul-Ghaib",


Tidak ada martabat tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah ke jalan Allah.


Dan menurut pandangan beliau, 'orang yang berjaya' ialah orang yang dipilih oleh Allah:
".... dan Allah jadikannya seorang cendekiawan (jahbaz), daie kepada Allah, memberi peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah menyampaikan Islam), pembawa hidayah dan menyampaikannya. " Kemudian beliau berkata: " Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani Adam. Tiada darjat lain mengatasi mereka kecuali darjat kenabian".



Pada saya kerja dan usaha dakwah ini jauh lebih 'mudah' berbanding usaha kejar mengejar pangkat dan nama dalam masyarakat. Tapi mudah yang saya maksudkan tu mudah sebab semua orang mampu buat tanpa perlu syarat, seperti, mesti anak orang kaya, wajah kena hensem atau cun melecun, sijil kena berfail-fail, kereta kena sekurang-kurangnya 3 biji, rumah kena ada CCTV atau apa-apa aje la. Tapi kerja dakwah ni mudah dan semua orang yang faham boleh dan mampu buat. Mengikut kemampuan masing-masing. Samada yang miskin atau yang kaya. Yang ada phd atau tak ada phd. Yang ada kereta atau ada motorsikal atau basikal atau mungkin tak ada apa-apa kenderaan pun boleh. Dari segi itu, mudahlah. Tapi dari sudut lain, ianya sangat-sangat sukar. Allah pilih orang yang layak untuk kerja dakwah bawak agamanya.

Nak share kata-kata simple tapi berharga daripada beliau:

"Apabila betulnya hati seorang hamba itu kepada Allah SWT dan berjaya menghampirkan diri kepadaNya, Dia akan mengurniakan kepada hamba tersebut kerajaan dan kekuasaan di seluruh alam. Dia menyerahkan kepadanya kerja mengembangkan dakwah kepada makhlukNya, dikurniakan kepadanya kesabaran terhadap gangguan manusia, serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran."


Maksudnya, kerja dakwah itu dilakukan semata-mata untuk Allah SWT. Bukan sebab nak penghargaan manusia.

Allah tahu apa yang dalam hati setiap dari kita. Fikir-fikirkan bersama.















rujukan: Bab 6 : 'Langkah Bermula'





24 Ramadhan 1433H..... 13 Ogos 2012
BF, Brisbane




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..