Thursday, August 30, 2012

Pujuklah diri sendiri

Belajarlah untuk pujuk diri sendiri. Kalau bukan di dunia ini, di mana lagi.


Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh. Ya, cuba pandang sebelah di saat diri memerlukan sokongan, ada tak sesiapa yang hadir memberi kata-kata semangat tepat pada masanya? Sukar bukan untuk berjumpa saat-saat seperti itu. Yang banyaknya dan paling kerap adalah, bersendirian memendam rasa dan cuba mengingatkan diri untuk be strong!

Apa yang dimaksudkan adalah dalam konteks manusia. Ya, tiada siapa boleh nafikan bahawa Allah ada. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.

Jadi macam mana kita nak lalui semua ini seorang diri?


Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri dan bangkit semula.

boleh baca selebihnya di sini



Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengembang dakwah] *Dr Abdullah Azzam*







0 comments:

Post a Comment

Komen anda..