Monday, August 6, 2012

Mengubah dan Berubah

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna





Setiap orang tak sempurna. Saya, awak, dia dan kita. Kalau kita nak tengok kekurangan orang, memang banyak. You name it, and you will have a long longggg list. Tapi kita jangan lupa, setiap kali kita cuba senaraikan kekurangan/keburukan seseorang, orang tersebut juga boleh melakukan hal yang sama.

Dulu, saya selalu sangat nampak kekurangan orang sekeliling saya. Terlalu fokus pada kekurangannya menyebabkan saya stress sebab pendam, tak luahkan tapi makan dalam. Dan akhirnya ganggu hubungan persaudaraan. Padahal kalau fikir balik apa la sangat perangainya tu. Tapi itu saya yang dulu. Saya yang belum mengenal apa itu tarbiyah.


Dan kini setelah berkenalan dengan tarbiyah, nak kata sudah berubah sepenuhnya, tipula. (Ada juga sesetengah  hal yang saya masih gagal untuk berlapang dada dan tenang menerimanya. Ada sebabnya). Tapi sebab nak berubah dan terus berubah menjadi lebih baik la saya memilih tarbiyah. Tarbiyah itu tak mampu merubah sesiapa pun sebenarnya, kecuali individu tersebut bermujahadah untuk berubah. Untuk suka apa yang dia tak suka. Untuk tak suka apa yang dia suka.

Soalan ceputakcemas: Macam mana tarbiyah boleh mengubah kita?

Amaran! Jawapan saya bukan jawapan skema dari mana-mana bahan fikrah. Jawapan saya jawapan dari hati dan pengalaman.

Sejujurnya saya juga tak tahu bagaimana, di mana, mengapa, dan bila tarbiyah itu boleh mengubah. Yang pasti ianya mengubah. Orang yang melihat kita tahun ni tak akan tahu macam mana kita tahun lepas. Orang yang melihat kita tahun lepas tak akan tahu kita yang dua tahun lepas. Orang yang melihat kita tiga tahun ni tak akan tahu siapa kita tiga tahun yang dulu. Tapi diri sendiri tahu apa yang kita pernah struggle untuk berubah. Ya, setiap tahun yang berlalu itu, kita berdepan dengan kritikan-kritikan manusia yang tak suka perangai/sikap kita yang tertentu. Mungkin kita rasa perangai kita itu baik, tapi rupanya perangai itu tak membawa apa-apa kebaikan pun kepada tarbiyah dan dakwah dan Islam khususnya. Apatah lagi jika ianya membawa keburukan. Pastinya kita akan ditegur. Dan seharusnya lah kita lembutkan hati untuk berubah. Jika tak mahu, takut-takut nanti kita akan 'tergelincir' dari jalan yang panjang ni.

Walaupun baru setahun dua di atas jalan ni, baru kenal Islam yang sebenarnya, dan rasa macam baru semalam juga saya belajar dua tujuan hidup itu (2:30 dan 51:56), sedar tak sedar saya sudah lihat kelibat yang datang dan pergi. Orang yang hebat memberi tazkirah hari ini, orang yang hebat berbicara tentang agamanya hari ini, belum tentu akan masih berbicara sehebat itu keesokannya.

Tarbiyah itu boleh mengubah kita dengan beberapa syarat. Syarat satu, kita YAKIN dengan tarbiyah. Syarat dua, kita MAHU berubah. Syarat tiga, kita BERSEDIA untuk diubah dengan apa cara sekalipun. Syarat empat, kita LAKUKAN perubahan tersebut walaupun susah dan pahit. Syarat lima, kita ISTIQAMAH dengan perubahan tersebut. Syarat akhir, kita sentiasa ulang-ulang syarat-syarat tadi.

Dan dalam proses tersebut, ada beberapa tips, seperti, kita mudahkan kerja orang dan orang akan permudahkan kerja kita. Maksud saya, kita permudahkan usaha murabbi-murabbi kita untuk mengubah kita dan insyaAllah mereka juga akan permudahkan usaha-usaha kita untuk berubah. Mereka akan membuka peluang-peluang untuk kita melakukan perubahan dan belajar dan terus belajar.

Bila sentuh pasal murabbi dan mutarabbi ni, banyak la kot hal-hal yang boleh disentuh. Murabbi kita itu juga manusia biasa. Banyak jugak khilafnya. Dia bukan malaikat yang tiada salah dan silap. Yang tiada cacat cela. Dia juga sedang berubah, sebab itu dia memilih tarbiyah untuk dirinya dan memberi tarbiyah untuk kita (sebab kadang-kadang kita ditarbiyah bila mentarbiyah). Sebagaimana dia bersabar dengan kerenah kita, kita juga perlu bersabar dengan kekurangan dia. Kalaupun kita berkecil hati dengannya, cepat-cepat padamkan dan teruskan berlapang dada. Allah tahu mujahadah kita itu. Dan percayalah Allah tak sia-siakan. Tapi kalau kita degil dan banyak susahkan dia, jangan terkejut andai kita makin tersasar dan tersasar dari jalan ini. Dia juga manusia biasa, yang ada limitation. Dan dakwah ini dakwah yang ada konsep awlawiyat (keutamaan). Menjadi tanggungjawab kita untuk terus memastikan kita kekal di sini. Mungkin murabbi kita itu yang jadi ujian tapisan kita. Mungkin mutarabbi kita (kalau yang ada). Mungkin akhawat kita. Mungkin juga ahli usrah kita. Mungkin ahlul bait (housemates). Mungkin ahli keluarga kita sendiri. Setiap orang diuji di titik kelemahannya.


Akhir kata, bermujahadahlah untuk berubah dan mengubah. Belajarlah untuk menerima kekurangan orang lain dan orang lain akan terima juga kekurangan kita, InsyaAllah.. dengan syarat dia dan kita sama-sama berusaha untuk berubah dan mengubah. Jika salah satu je, tak jadi jugak. Kat situ, rukun 3T memainkan peranan (Taaruf, Tafahum dan Takaful).


Aku berada di jalan tarbiyah bukan kerana aku baik, tapi kerana aku mahu menjadi lebih baik.






10:55pm, 17 Ramadhan 1433H (6 Ogos 2012)
BF, Brisbane


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..