Wednesday, August 1, 2012

MAN-u-SIA LayCar

Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nasyid jiwang.

nampak sangat tak puasa cik robot nih.. huh!
Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. Inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.


Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje:
1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis-suis untuk makan letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plug
3. ulang 1 dan 2 sampai mati.


Maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.
cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik. Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.
Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu.


Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nasyid jiwang.


Itu dia kisah si robot bernama Man-u-SIA LayCar.

Tapi sedar tak sedar betapa ramai manusia di dunia ini yang melalui kitar hidup seperti robot di atas. Saya pernah tulis tentang kitaran robot tahun lepas. Boleh baca di sini.

Mungkin kita patut perhatikan kitaran kehidupan kita jugak.

Ada beza tak pusingan aktiviti harian kita pada bulan Ramadhan ni dengan bukan bulan Ramadhan? Atau sama sahaja? Kalau sama-sama tinggi dan hebat imannya, tidak mengapalah. Tapi kalau sama-sama rendah dan menurun... hurm, mungkin perlu tambahkan usaha untuk mencari pencerahan.

Satu pertiga Ramadhan 1433 Hijrah telah berlalu. Rugilah kita andainya membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedar tak sedar kita menjadi salah satu produk Man-u-SIA LayCar yang baru. Erk!!





pesanankhidmatmasyarakat:
sibuk macam mana pun, carilah masa untuk memaknakan Ramadhan kita. Bukan untuk orang lain, untuk kita jugak








BF, malam 13 Ramadhan 1433H


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..