Saturday, August 11, 2012

Lailatul Qadr Bergantung pada Kebaikan Hati



Juwaibir berkata : Aku bertanya kepada ad-Dhohak r.h.m : Adakah engkau berpendapat mereka yang haidh, musafir, dan tidur akan tetap memperolehi ganjaran Lailatul Qadar?

Jawab ad-Dhahak : Ya!
Setiap orang yang Allah menerima amalannya, maka Allah akan memberi ganjarannya daripada malam Lailatul Qadar .
إخواني المعول على القبول لا على الاجتهاد و الاعتبار ببر القلوب لا بعمل الأبدان رب قائم حظه من قيامه السهر كم من قائم محروم و كم من نائم مرحوم نام و قلبه ذاكر و هذا قام و قلبه فاجر

Saudaraku, syarat untuk diterimanya amalan bukanlah sekadar pada usaha yang ada, sebaliknya ia bergantung kepada kebaikan hati, bukan jua sekadar pada amalan badan.

Boleh jadi orang yang bangun malam hanya memperolehi keletihan daripada bangunnya itu. Berapa ramai yang bangun malam haram (daripadanya kelebihan Lailatul Qadar) dan berapa ramai yang tidur dirahmati (dengan Lailatul Qadar) kerana tidurnya dalam keadaan hatinya mengingati Allah. Sedangkan yang bangun tadi hatinya busuk.

[Lathoif al-Maarif m/s : 166]


taken from fb status Fatimah Syarha


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..