Tuesday, August 21, 2012

Hamba yang mana?

Kalau bukak mukabuku dan tengok gambar raya orang lain bersama keluarga di Malaysia, sadis la yang dapat... (sindrom budak yang beraya di luarnegara)

Tapi kalau bukak mukabuku untuk tengok dan basahkan hati, inilah yang kita dapat:

"Come to think about it, Eid is just another day. What made it so special that we miss our daily tilawah, mathurat and congregational salah?" -APG

Semoga disebalik kemeriahan
Aidilfitri, ada juga ruang utk tarbiyyah.. -ER

agak2, tahun 2012 ni nak bulatkan yang mana utk muhasabah pencapaian tarbiyyah ramadhan?
mumtaz/ jayyid jiddan/ jayyid/ maqbul/ dhaif/ dhaif jiddan?
=,=
moga lebih baek dari tahun seblomnya, inshaAllah.

hidup ini hanya berdepan dengan dua pilihan. baik atau buruk. benar atau salah.
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan" (asy-Syams 91:8)

Prof Dr Hamka di dalam kitab Tafsir Al-Azhar ada menyatakan;

|Setelah Tuhan memberi ilham dan petunjuk, mana jalan yang salah dan mana jalan kepada takwa, terserahlah kepada manusia itu sendiri, mana akan ditempuhnya, sebab dia diberi Allah akal budi.|

moga pilihan demi pilihan yang kita pilih, membawa kita lebih dekat kepada redha Allah, inshaAllah.



Status Kak KK yang tak ada kaitan dengan raya tapi saya suka jugak:

Prof Dr Harlina Haliza Siraj sentiasa berusaha menyiapkan assignmentnya awal hanya untuk ikut usrah ;) - zaman uni

Alhamdulillah Allah tak suruh kena jadi doktor, jurutera atau arkitek, atau kena amek master dan phd sebagai tiket untuk masuk syurga. ;')

-Allah maha adil. Semua peringkat umur, semua peringkat pendidikan, semua warna kulit, semua peringkat status. Berpeluang masuk syurga. :)



Semuanya membawa satu mesej utama yang sama.

Kita nak jadi Hamba Ramadhani atau Hamba Rabbani?

Insan rabbani dimaksudkan dalam al-Quran berkait rapat dengan hubungan kerohanian kepada Allah SWT. Hubungan ini menjangkaui hubungan sesama manusia.

Maksud rabbani

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, rabbani bermaksud orang yang menyembah Allah SWT dengan ilmu dan amal sempurna. Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, menyebut rabbani bermaksud orang menghubungkan dirinya kepada Allah dengan amalan ibadat.
Profesor Dr Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) mentafsirkan kalimah rabbani dalam kitab Tafsir Al-Azhar sebagai orang yang rapat dengan Tuhan dalam urusan kerohanian.

Ibn Manzur memecahkan perkataan Rabbani kepada tiga definisi iaitu manusia yang menyembah Allah, manusia yang memahami ilmu ketuhanan dan orang yang dalam ilmu agama dan beramal dengan ilmunya.

Insan rabbani

Insan rabbani dalam lensa selepas Ramadan iaitu mereka yang terus istiqamah beramal ibadah sepanjang tahun dan bukan hanya pada bulan atau tarikh tertentu. Insan Rabbani akan menjadikan Ramadan sebagai medan menggandakan pahala dan meneruskan amalan baik sepanjang kehidupan.

Firman Allah SWT: “Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.” (Surah Syura, ayat 15)

Ramadan cetus istiqamah

Berbeza pula mereka yang bertungkus-lumus beribadah pada Ramadan seperti berpuasa, menunaikan solat sunat, iktikaf di masjid, berzikir, membaca al-Quran, hadir ke kuliah ilmu tetapi berhenti beramal apabila tiba 1 Syawal.

Fenomena ini seolah-seolah mereka telah keluar daripada satu tempat yang terpenjara dan kini bebas melakukan apa saja seperti hubungan maksiat, membazir, mengumpat, meninggalkan solat dan sebagainya.

Oleh itu, jadikan Ramadan pencetus istiqamah dalam menjalani ibadah sebagai hamba Allah. Suasana iman yang telah diperoleh dalam Ramadan harus diteruskan serta menjadikan suasana ini sebagai landskap hidup kita sepanjang tahun.

Jadi, misi sepanjang tahun kita sekarang adalah ISTIQAMAH!
Dan boleh la jugak kalau nak start dari sekarang untuk setkan aims untuk Ramadhan 1434H :D






rujukan point penting di sini






3 Syawal 1433H
BF, Brisbane


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..