Wednesday, August 22, 2012

Erti Menang Sebenar



Syeikh Mustafa Al-Majzoub merupakan seorang ulama' yang begitu terkenal di Australia. Beliau sebelum ini banyak membicarakan berkenaan jihad yang berlaku di Syria dan menyatakan sokongan penuh beliau kepada mujahidin Syria.

Syeikh berangkat ke Syria untuk bersama-sama dengan mujahidin Syria pada awal Jun 2012 untuk merealisasikan percakapan dan ceramahnya sebelum-sebelum ini tentang kelebihan berjihad di Syria bersama para mujahidin.

Dan menurut sumber, syeikh telah gugur syahid semalam (20/8/2012) di Kota Salma akibat serangan roket ketika memimpin operasi ketenteraan bersama para mujahidin yang lain.

Antara beberapa nasihat yang mengharukan daripada beliau sebelum gugur syahid :


"Salah satu pengajaran penting yang saya pelajari di mana saya berada sekarang (Syria) adalah jangan pernah menilai seseorang daripada hebatnya badan ataupun lebarnya saiz badannya. Tetapi nilai lah seseorang di saat ditimpa musibah dan ketika di medan jihad.

Subhanallah, saya berjumpa dengan saudara-saudara saya (mujahidin) disini yang begitu pemurah dan sangat memuliakan tetamu. Mereka sangat sejuk mata memandang dan memperlakukan kami dengan baik sekali.

Namun mereka di medan tempur ibarat singa-singa meraung yang begitu tegas dan hebat. Ketangkasan mereka menyebabkan musuh-musuh menjadi gerun dan takut. Merekalah sepertimana sifat para sahabat nabi yang diceritakan di dalam al-Quran.

Mereka berkasih sayang di antara muslim satu sama lainnya manakala tegas dan keras terhadap musuh-musuh yang memerangi agamanya.

Firman Allah :

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka." (Al-Fath: 29)

Syeikh Al Majzoub syahid (insya-Allah) dalam usia muda, meninggalkan isteri dan keluarganya. Meninggalkan segala kenikmatan dunia yang sementara ini demi sebuah cita-cita yang begitu mulia iaitu mati sebagai syuhada'.

Semoga Allah menerima segala amalannya dan merahmatinya. Al-Fatihah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah beberapa hari rasanya post tentang syahidnya Syeikh Mustafa Al-Majzoub ini berlegar-legar di mukabuku. Membuatkan saya terfikir, inilah erti sebenar 'kemenangan' sempena AidilFitri.

Seronoknya 'kemenangan' yang diperolehi oleh Syeikh Mustafa Al-Majzoub!

Bagaimana dengan kemenangan AidilFitri kita?

Apa yang kita capai pada Ramadhan 1433H yang baru beberapa hari berlalu? Atau seperti tahun sebelum-sebelumnya, ianya berlalu begitu sahaja?

Andai Allah izinkan kita capai target-target Ramadhan kita, maka bersyukurlah. Dan istiqamahlah dan pohon kekuatan itu dariNya.

Andai banyak yang tak tercapai dan merasakan diri tidak memanfaatkannya sebaiknya (seharusnya semua orang mukmin merasa ini), maka berazamlah untuk memanfaatkan Ramadhan 1434H sebaiknya. Mulakan set target dari sekarang. Mulakan persediaan mental dan fizikal dari sekarang. Mulakan latih tubi dari sekarang. Mulakan mind setting itu dari sekarang.


Hurm, sahabat ada tak memori indah hablumminallah dan hablumminnas yang membuatkan sahabat rindu pada Ramadhan 1433H?

Sejujurnya, diri ini sudah mula merindui rutin 29 hari Ramadhan 1433H .....
Tapi... tapi..... Ramadhan 1433H hanya sekali, tak akan berulang..... TT__TT







10:50pm, 4 Syawal 1433H
BF, Brisbane



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..