Thursday, August 30, 2012

Emosi Dengan Ayat Dia

Erk! Bukan nak berkongsi tentang emosi yang berbentuk 'self-centered'.


Tapi InsyaAllah nak berkongsi tentang emosi kita yang sepatutnya hadir apabila kita membaca ayat-ayat Al Quran. Ada ketikanya bilamana kita sedih, dan kita baca Al-Quran, entah kenapa tak semena-mena kita rasa tenang dengan ayat-ayat tertentu sebab kita rasa ayat tu 'kena' dengan situasi kita. Tapi kadang-kadang tu, kita je yang rasa dan ada emosi tu, orang lain tak. Dan bila time orang lain lak, dia dapat 'rasa' tu, tapi kita tak. Sejujurnya, saya rasa banyak je ayat-ayat Al Quran tu yang kita tak ada emosi pun ketika membacanya. Mungkin kerana kita tak tahu nak ber emosi apa kot ea?

InsyaAllah, nak berkongsi panduan daripada Ibn Qayyim tentang 3 jenis ayat dan emosi yang sepatutnya kita hadirkan dalam diri:

1) Ayat tentang Nama Allah, nikmat yang diberikanNya kepada kita...... seharusnya emosi yang hadir adalah CINTA

2) Jika ayat tentang kekuasaan Allah , pengampunanNya, dan penghuni syurga......... maka emosi yang seharusnya hadir adalah Gembira, Tenang dan Harapan

3) Dan jika ayat tersebut berkaitan dengan balasan Allah, kemurkaanNya, umat yang dibinasakan....... jadinya emosi yang harus hadir adalah Takut dan Bimbang.


Imagine if you start FEELING these emotions in your heart, your actions will follow!



Sekadar berkongsi tips dari ProductiveMuslim tentang Productive Emotion.



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..