Saturday, July 14, 2012

Tarbiyah dalam sehari

Aci tak malam ni saya nak tulis macam-macam dan campur-campur dalam satu post? Kenapa? Sebab dari tadi cuba fokus pada satu-satu topik tapi bila mula tulis, saya 'lost'.

Kecelaruan fikiran agaknya +_+

Tak la. InsyaAllah masih waras. Waras = sihat dan waras = berakal

Jadinya, saya ingin berkongsi sebahagian daripada tarbiyah (pendidikan) yang Allah bagi dalam sehari melalui perantara insan-insan lain di sekeliling.

1. Ramadhan Race is On

Melihat beberapa teman post video ni di fb membuatkan saya terasa nak tengok jugak. Menarik! Teaser yang menarik untuk 1.6 billion Muslims. Pernah ke ada race event untuk seramai tu? Cuba fikirkan, how special it is? ^_^



Ingin berkongsi sedikit ilmu daripada majlis taalim Ahlan Wasahlan Ramadhan di uni tadi. Ustaz tersebut berkongsi sesuatu yang menarik. Beliau tidak menyentuh soal-soal seperti apa yang membatalkan puasa, apa yang haram apa yang makruh, korek hidung batal puasa ke tak dan sebagainya. Tapi beliau cuba memberi semangat kepada kita supaya menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun sebelumnya.


Saya cuba kongsikan secara ringkas apa yang kita perlu lakukan:

Sebelum Ramadhan:

  • warm up (puasa sunat, baca Al Quran)
  • niat (niatkan apa yang kita nak capai melalui Ramadhan)
  • rancang (rancang ibadah-ibadah yang kita nak buat)
  • set target 

Semasa Ramadhan:
  • Berpuasa (err.. wajibla kan)
  • Baca Al Quran (samada utamakan untuk khatam 30 juzuk atau fokuskan pada beberapa surah dan tadabur betul-betul, bergantung pada individu. boleh assess diri sendiri)
  • Solat (fardu, sunat dan tarawih... jangan lak wajibkan tarawih, sunatkan solat fardu)
  • Zikir (carila zikir-zikir yang powerful untuk diamalkan)
  • Sadaqah (lakukan setiap hari, boleh jugak bagi makan untuk orang berpuasa)

Selepas Ramadhan
  • jadikan jadual harian sepanjang Ramadhan sebagai rutin
  • kemudian istiqamah dengan rutin tersebut
  • dan jangan lupa muhasabah cari kelemahan dan kekurangan

.............:::::::::::::: Selamat Datang Ramadhan.... Hanya setahun sekali :::::::::::::............

2. Mati itu Pasti. Mati itu Dekat

Petang tadi, sebelum ke majlis taalim di atas, saya dan sahabat berkunjung ke rumah adik junior. Di meja makan, kami borak-borak. Tak pasti topik asal, tapi yang pasti sampai ke soal mati. Mati itu pasti. Mati itu yang paling dekat.

Dan malam tadi, sebelum majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al Asr, pengerusi majlis mengajak kami semua untuk menyedekahkan Al-Fatihah atas kematian nenda kepada salah seorang antara hadirin yang hadir.

Tak tahu nenda siapa hinggalah pulang ke rumah dan baca status si sahabat. Ya Allah, rupanya nenda dia. Tapi lepas majlis taalim tadi, dia kelihatan tenang dan biasa-biasa sahaja. Hebatnya dia menerima berita kehilangan jiwa seseorang yang dekat. Kagum.

Dan untuk kita, tak terasa apa-apakah dengan peringatan tersebut? Bukan setakat sedekahkan fatihah sahaja tapi berita kematian adalah peringatan dari Allah untuk setiap daripada kita. Sedar tak, kalau Allah nak, Dia boleh tarik nyawa kita dan tak sampai la kita ke pintu Ramadhan yang penuh berkah itu? Tak rasa terketukkah? Allah nak ingatkan kita jangan duk bersenang lenang sangat dengan dunia kita ini, 'comfort zone' yang membunuh iman ini. Permainan semata-mata.

Berdoalah:

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”
(Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan)


 .........:::::::::::: Mati itu pasti, Mati itu dekat..... adakah kita bersedia? ::::::::::::...........

3. Kenangan terindah

Boleh tulis dalam satu post panjang pasal Kenangan Terindah ni. Tapi tak pe la. Kenangan terindah tersebut akan kekal indah bila ianya tertanam indah di hati dikelilingi bunga-bunga indah yang warna-warni (ok, melampau). Tapi yang pasti saya dan mereka tahu apa yang indah tu. Atau... mungkin saya je yang syok sendiri.. pun tak pe... ^_~

Nak bukak rahsia yang tak berapa rahsia... kenangan terindah saya di Australia adalah kenangan bersama adik-adik dan akhawat-akhawat hebat. Mereka memaniskan apa yang pahit. Walaupun ada pahit itu datang dari sebahagian daripada mereka, tapi mereka yang lain yang memaniskannya.

Bagitahu saya apa yang patut saya rasa bila ada adik yang datang nak jumpa semata-mata nak salam, sebab dah lama tak jumpa? Sedangkan dia tak pernah jadi adik usrah saya... tak pernah tumpangkan rumah untuk dia masa mula-mula sampai Brisbane dulu.... dan saya, memang tak pernah buat apa-apa pun untuk dia.... tak pernah... how bad I am.... tapi dia, dia yang sanggup mesej ucapkan selamat hari lahir dari malaysia awal tahun dulu.... dia yang pernah call, katanya teringat, sedangkan dia sedang berjalan-jalan dengan kakak-kakak lain.... entahla... kadang-kadang takut.... takut tersilap menghargai orang yang tak hargai kita pun... yang ni tak pe lagi... tapi takut sangat, kalau saya terlepas pandang dan tak hargai orang yang hargai kita..... kalau Allah tanya di akhirat nanti, tak tahu nak jawab apa... T_T

Dan kenangan-kenangan indah lain bersama mereka banyak. Banyak sangat. Every single of them is special in their own way. Precious. Very precious. Mereka adalah pengantara terbaik yang Allah hantar untuk tarbiyah diri ini.

Dari mereka saya belajar untuk menjadi kuat. Ada masalah besar (at least besar untuk saya) tapi kena cari jalan untuk senyum dan berdrama macam tak ada apa-apa depan mereka. Bukan mudah tapi sekurang-kurangnya 'annoying drama' itu membantu mengelak daripada masalah kemurungan dan kesedihan.

Dari mereka saya belajar untuk menjadi kuat. Setiap dari mereka ada kisah-kisah tersendiri. Dan mereka kuat. So, saya juga nak kuat seperti mereka. Kena layakkan diri supaya layak berdamping dengan mereka. Kita sebarkan kekuatan itu sesama kita supaya kita sama-sama kuat.

Dari mereka saya belajar untuk menjadi orang yang lebih baik. Anak-anak usrah dengan cara anak-anak usrah. Anak-anak sedara dengan cara anak-anak sedara. Setakat ni tak ada lagi cucu dari anak usrah sendiri, tapi cucu-cucu daripada anak-anak sedara tu pun banyak mengajar. Ni tak pandang ke atas dan tengok mak serta mak-mak sedara lagi. Sepupu-sepupu di negeri sana. Feel bless surrounds with them. Nikmat Allah SWT.

Betul la kan kata-kata Allah dalam Surah Asy-Syarh:


Maksudnya: Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Kalau kita baca terjemahan melayu tu pun dah rasa, Subhanallah... tenangnya... kalau tahu maksud sebenar bahasa Arab tu lagi rasa nak mengalir airmata...

Al'usra tu SATU kesusahan.... dan kemudian Allah sambung yusra... ianya kata jamak... maksudnya BANYAK kemudahan....

Dengan erti kata yang lain... bersama SATU kesulitan ada BANYAK kemudahan.....
kurang lebih camtu la....

Cuma kita ni je yang tak nampak kemudahan-kemudahan yang Allah bagi. Terlebih fokus sangat dekat satu kesulitan tersebut. Sebab tu kurangnya syukur. Kita macam 'assume' kemudahan-kemudahan yang kita dapat tu memang hak kita. Ehem! Kalau Allah tak izinkan, rasa-rasanya kita mampu tak nak kawal pengaliran darah dalam badan kita? Tak payah kata nak cuba untuk 23 tahun, cuba kawal selama 2 minit. Agak-agak mampu tak? Ini tak termasuk lagi dengan kemudahan-kemudahan yang Allah bagi seperti dapat berjumpa dengan orang-orang baik, mudahnya kita nak dapat makanan setiap kali kita lapar, mudahnya kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, macam mana kita selamat daripada terhempasnya kapal terbang, nahas jalanraya dan sebagainya. Banyak kan? Tak terhitung. Bila fikir macam ni, rasa segan nak bercakap soal ujian kesulitan yang satu tu..... T_T


********************************

Daripada tak tahu nak cakap apa tadi, macam-macam dah nih. Perlu tidur sekarang untuk satu lagi majlis ilmu esok insyaAllah.

Buat sahabat TZ, Allah tu MAHA PENYAYANG. Banyak sangat yang Allah tarbiyah kita setiap hari. Kita je yang tak sedar dan buat-buat tak nampak, mungkin.

Hidup kita ni milik DIA. DIA yang ciptakan kita. Contactla dan rapat la dengan DIA.

Moga kita berjumpa di taman-taman syurga. Doakan saya antara yang terpilih berada di taman tersebut. InsyaAllah....





15 July 2012...... 1:06am
BF, Bne


 





0 comments:

Post a Comment

Komen anda..