Wednesday, July 18, 2012

Kita ada tamayyuznya

Tamayyuz ertinya berbeza.

As-Syahid Sayid Qutb Rahimahullah mengajarkan satu kaedah penting kepada para daie ” Yakhtalitun wa lakin yatamayyazun“, diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang mudah difahami, ” bergaul tetapi tidak bercampur (berbeza)”.

Perbualan antara akh 1 dan akh 2...

Akh, ana ada kawan kawan yang ‘lagho’ tahap ‘gaban’, diorang ni tak da tarbiyah, boleh ke ana kawan dengan diorang, tak ganggu ke iman ana?” tanya akh 2

Boleh”, jawab akh 1 ringkas

Err, boleh macam mana?”, tanya akh 2, mahu jawapan lanjut

Kalau anta tak kawan dengan kawan kawan lama anta, agaknya diorang nak cakap apa?”. tanya akh 1 kembali.

Ana sombong, join kumpulan ntah apa apa, nak berlagak alim konon, dulu mengorat perempuan macam aku ja..he!”,

Ya, jadi jangan biarkan diorang cakap macam tu, berkawan tapi ada BATAS”, jelas akh 1.

Apa batasnya?


TAMAYYUZ

Lihat kembali kepada sirah, sebagai contoh, sikap dan perangai Umar yang sebelum Islam tentunya berbeza apabila beliau memeluk Islam. Namun, sikapnya tidak menghalangi beliau untuk bergaul dengan manusia lain, berdakwah bersama sama Rasulullah SAW.

Mereka memang berbeza. Beza mereka dapat dilihat oleh manusia yang berhubung dengan mereka. Beza pada cakap dan tingkah laku mereka mula ketara. Pakaian mereka mungkin tidak berubah, tetapi akhlak mereka ‘totally different’. Seorang bangsawan yang mementingkan keduniaan dan harta benda seperti Musab Ibn Umair boleh berubah akhlaknya mementingkan akhirat sehingga ketika syahid menjemput beliau, tiada apa yang boleh digunakan untuk menutupi jasadnya dengan sempurna. Menitis air mata Rasulullah SAW.

Ya, beginilah seharusnya orang tarbiyah. Kawan kawan melihat kita berubah, tetapi bukan menyebabkan mereka semakin jauh dari kita tetapi cuba mendekati kerana akhlak yang kita tunjukkan.

Jika kita hari ini berada di tengah-tengah masyarakat yang pelik dari akhlaq dan ‘style’ Islam, maka seharusnya kita akan begitu ketara tamayyuznya. Kita tidak ketawa ber’dekah-dekah’ seperti orang lain. Kita tidak ‘lagha’ membuang masa seperti orang lain. Kita tak main game macam orang lain, kita tak tonton movie macam orang lain. Kita tidak ‘hidup seperti orang yang tiada matlamat hidup’ seperti orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:


Islam dimulai dalam keadaan asing (pelik), dan ia akan kembali dalam keadaan asing juga, maka beruntunglah orang yang asing itu” (Hadis Riwayat Muslim).

Maksud asing: seorang muslim yang melaksanakan syariat Islam dengan benar ketika masyarakat melupakannya.

Ya, jadilah orang yang nampak asing tetapi bukan disisihkan. Yang perlu kita pelihara ialah Tawaffuq (keunggulan) imani kita, tawaffuq ruhi, tawaffuq ta’abudi, tawafuq ilmi dan tawafuq khuluqi. Keunggulan iman ertinya keunggulan akhlak, ruhiyah, ibadah, dan perilaku yang seharusnya tidak tergoyahkan ketika kita bergaul di tengah-tengah masyarakat dengan aneka ragam aqidah, ideologi, latar belakang budaya, pendidikan, sosial, dan lain sebagainya.

Ibu bapa dan keluarga juga mungkin terkejut dengan perubahan kita, tetapi ‘kejutan’ ini bukan membuatkan mereka menjauhi kita atau kita menjauhi mereka tetapi, ‘kejutan’ ini menyebabkan mereka bangga dan mahu mengikuti kita.

Kau ikut apa ni, mak tengok kau ni jadi makin baik, solat tepat waktu, rajin baca Al Quran, baguslah!”, kata seorang ibu seseorang.

Kau join apa, “Usrah?!”, mak nak ikut usrah kau la, boleh?”, ibunya menyambung perbicaraan

Err, boleh, nanti saya bawa, tapi bukan satu usrah dengan saya la, sebab saya usrah ‘student’ “..dia membalas.

Alangkah gembiranya setiap anak yang mengikuti tarbiyah jika semua ibu bapa menyokong seperti itu. Bagi yang berdepan dengan cabaran ibu bapa yang tidak menyokong la. Tapi hakikatnya tidak semudah itu. Bergantung kepada pembawaan diri si anak. Bagaimana tarbiyah mengubah hidup mereka dan sejauh mana tamayyuznya mereka.


Akhir kata, contohilah ikan di lautan, isinya tidak pernah masin walaupun dia hidup dalam air masin. Jadilah seperti susu ibu, sekelilingnya dipenuhi darah dan makanan lain tetapi ia tetap mengeluarkan susu putih yang berkhasiat untuk anak-anaknya.

Kita mesti berbeza dengan orang lain. Jika kita masih seperti orang lain, maka kita telah kehilangan ‘tamayyuz’ kita. Jadi, apa ertinya kita TARBIYAH?..

Namun, hakikatnya semua ini bukan mudah. Tapi siapa kata jalan tarbiyah itu mudah? Lalalala....


No one said that. But.......


But He did promise that
He would be with us in
Every single step of our life
As long as we want Him to
^_~



Artikal asal dari sini






0 comments:

Post a Comment

Komen anda..