Tuesday, July 17, 2012

Inspired by Imam Bukhari

Selepas seharian menghadiri talk Guardians of the Prophet's Traditions (Imam Bukhari dan Imam Muslim)...........

++++++++++++++

Malam..


Kakak: Salam _____ (adik). Sampai rumah kul brapa tadi?


Pagi esoknya...


Adik: Salam kak sorry sy tido awal tadi. Sampai dalam kul 9. Pening kepala and mual2 sampai pagi tadi.


Kakak: Oyeke? Awak penat ke sebab pe? Ok ke nk sbmit asgmnt arini tu?


Adik: Agaknya letih sket. Semalam railway ada renovation so naik bus dari gutton park. Diorg sediakn bus. Hehe tgh buat assignment la ni. Takpe, kalau Imam Bukhari mesti beliau tak putus semangat :)

+++++++++++++++

She might be inspired by Imam Bukhari's devotions and sacrifices to collect hadiths.... but I'm inspired by her.... ^____^


****************************************************



Sedikit perkongsian tentang Imam Bukhari...


  • Ayahanda Imam Bukhari kaya dan kekayaan yang ditinggalkan oleh ayahandanya digunakan untuk menyara kehidupannya... dengan itu, bolehlah Imam Bukhari merantau  dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa perlu bekerja selama 16 tahun mencari ilmu dan mengumpul hadis. Apa yang kita boleh belajar adalah bagaimana Imam Bukhari menggunakan harta yang Allah kurniakan ke jalan yang benar.
  • Masa zaman kanak-kanak, Imam Bukhari menghadapi masalah penglihatan. Keluarganya cuba untuk berubat namun tidak berjaya. Dengan izin Allah, doa seorang ibu yang solehah telah mengembalikan penglihatannya. Dan sebagai tanda syukur kepada Allah yang mengembalikan penglihatannya, Imam Bukhari mengembara dan belajar dengan pakar-pakar hadith. Dari situ kita boleh belajar bagaimana seharusnya kita menunjukkan cara kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi.
  • Tiada sebarang laporan biografi mengenai perkahwinan, isteri mahupun anak-anak Imam Bukhari. Jadinya, kemungkinan besar Imam Bukhari tidak pernah berkahwin. Dan itulah salah satu pengorbanannya dalam usaha mengumpulkan hadis-hadis sahih Rasulullah SAW.
  • Antara perkara penting yang dapat dijadikan pelajaran daripada jalan hidup Imam Bukhari adalah kunci kehebatannya iaitu.....
                            * extra prayers
                            * extra fasting
                            * extra Quran (reading)

Walaupun talk tersebut sehari suntuk dari dhuna hingga maghrib, saya dapat grab yang 3 point penting kehebatan Imam Bukhari tu je.. hehe.. InsyaAllah nak amalkan yang tiga tu... ok la tu kan.... walaupun tak dapat semua tapi bukanlah tak dapat langsung.... Bukanla nak cakap point-point lain langsung tak dengar, tapi apa yang disampaikan tu agak berat, pasal hadith kot, dan baru saya faham betapa susahnya orang-orang yang mendalami ilmu hadith ni... 







notadiri: kadang-kadang kita tak tahu pun apa yang kita akan dapat daripada majlis ilmu yang kita hadiri, hinggalah kita berada dalam majlis tersebut, lapangkan dada dan bukak minda, InsyaAllah akan ada pencerahan yang sesuai dengan diri kita, dengan izin Allah SWT






0 comments:

Post a Comment

Komen anda..