Friday, June 1, 2012

We are rich!


We are Rich by *Nayzak on deviantART

p/s: tak menahan part "Muslim scholar: Oh! Don't mind me. I AM DRAWN LIKE THIS." SOQ ^___^


Kadang-kadang kalau bosan dan tak tahu nak buat apa (atau sebenarnya malas nak buat apa yang sepatutnya dibuat) saya suka melilau dan tengok hasil kerja Nayzak kat deviantART ni. Tapi pastikan ke akaun dia je sebab kat deviantART tu macam-macam ada. Kalau rasa nk jaga mata sila ke akaun Nayzak terus. hoho... (belajar dari pengalaman.. :D).

Tapi sampai sekarang saya tak pernah tengok profile Nayzak ni. Tak tahu laki ke perempuan dan tak tahu apa-apa pasal dia. hehe.. Tak penting kot kan? Yang penting mesej dia. :)

Tertarik untuk kongisikan hasil kerja beliau di atas sebab..................


Teringat kawan yang matanya sudah pun berada di syurga. Yang pastinya sebelah sudah berada di syurga sana. Wallahualam yang satu lagi macam mana. Dont know how to find her TT__TT
Teringat kenangan terakhir bersama beliau. Malam sebelum dia balik ke Malaysia saya sempat bermalam di rumahnya. Subuh paginya, dia kejutkan semua orang. Katanya, 'bangunlah, jom solat sama-sama, nanti akak nak balik dah". Dan selepas solat, tika adik-adik yang lain sambung tidur (sebab kepenatan menyiapkan assignment pada malamnya) dia datang mendekati. "Ayu, share la apa-apa. Last Ayu." Sambil memegang Al-Quran. Dia juga ceritakan debaran dia untuk balik ke Malaysia dengan dugaan yang bakal di hadapi.

Entahla, tetiba teringat beliau. Dari zaman kanak-kanak hingga kini, macam-macam yang dihadapinya. Kisah hidupnya jika dinovelkan dengan cara yang berhikmah, pasti box office. Dengan dugaan yang bertubi-tubi itu, saya dapat rasakan beliau akan kembali kepada Allah SWT dengan bersih dan suci tanpa dosa. InsyaAllah. Moga beliau sentiasa dekat dengan PenciptaNya. Pencipta kita bersama.

Dan pastinya beliau lah yang paling mengerti nikmat sepasang mata yang sihat...........

Jika itu iktibar sepasang mata yang Allah titipkan melalui sahabat tadi, dengan penuh kasih sayangNya Allah juga titipkan iktibar sepasang ginjal yang sihat melalui sahabat yang lain. Pada usia 21 tahun, kedua-dua ginjalnya tidak berfungsi lagi. Kini perlu bergantung pada dialysis hinggalah berjumpa dengan penderma yang sesuai. Kali pertama saya melihat orang yang saya kenal menjalani dialysis adalah dialaysis pertama si adik kuat dan hebat ini. Sesungguhnya saya tak tahu mana dia dapat kekuatan untuk lalui semua itu. Bayangkan dialysis pertama dalam hidup tanpa sesiapa di sisi. Mak ayah di Malaysia. Kawan-kawan bersekolah. Saya rasa saya yang emo tengok dia (mungkin sebab memang sebab saya takut dan tak suka hospital... huhu).

Dan pastinya beliau lah yang paling mengerti nikmat sepasang ginjal yang sihat..........




Fikir-fikirkanlah............





7:20 am, 1 Jun 2012
BF, Brisbane




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..