Saturday, June 23, 2012

Update







































Bila bercakap soal update, macam-macam yang boleh dikaitkan. Update blog, update status facebook, update twitter, update macam-macam lagi la.

Tapi kadang-kadang kita terlupa untuk menilai dan 'menuraskan' atau 'filter' apa yang kita update tersebut.


Saya, Blog dan Update


Saya yang dimaksudkan adalah saya sebagai pemilik blog entahpape ini. Dan blog yang dimaksudkan adalah blog ini, TZ dan update yang dimaksudkan adalah update blog ini.

Terus terang saya cakap, saya tak pernah berniat untuk menjadi blogger. Dari dulu hingga kini. Sejak tiga tahun yang dulu. Saya ada blog dulu sebab saya rasa blog cantik dan menarik untuk saya simpan artikal/cerita/cerpen atau apa-apa sahaja dengan kemas dan cantik dan boleh dibaca bila-bila masa saya nak. Dulu nama blog ni, Food For Soul. Saya suka bahan-bahan motivasi dan rohani. Sampai sekarang pun suka jugak. Kemudian, setelah berkenalan dengan tarbiyah dan gembira dengan usrah selama beberapa bulan, saya diuji perasaan yang sejujurnya sampai tahap nak 'lari' la. Nak 'lari dari manusia', tapi yang mengikat adalah roh tarbiyah tersebut. Itu je yang dipegang, hingga kini.

Kalau betul saya serius nak jadi blogger yang blogger tu, saya perlu selalu update dan apa yang di update tu mestilah up to date. Ada caranya macam mana nak jadikan blog kita atau topik yang kita update tu masuk dalam search engine supaya ramai visitors dan seterusnya followers. Tapi itu bukan saya. Dan saya juga tak tahu macam mana kalian yang baca ni tahu pasal blog ini.

Kadang-kadang bila kita ada blog ni, kita ada 'tendency' yang tinggi untuk menulis rasa hati kita. Dan sebab itula blog ini orang jadikan sebagai satu wasilah/cara nak judge orang. Entahla. Bergantung pada individu. Kalau datang ke sini untuk cari keburukan dan kelemahan saya, ya, itulah yang bakal dijumpa. Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Selamat berjumpa dengan kekurangan saya! :D

Sejujurnya saya juga struggle dengan kehidupan peribadi. Tak semuanya boleh diceritkan pada Umi. Yang selebihnya tak tahu nak cerita pada siapa. Sebab tu kadang-kadang adanya 'tendency' untuk menulis di sini. Setahun dua ni tahun-tahun yang perit. Biasala dalam perjalanan kehidupan ini, kita akan jumpa macam-macam corner dalam hidup. Kalau Allah takdirkan kita bertemu dengan sharp corner, memang perit la. Terkejut dan mendebarkan. Tak masuk lagi hal-hal rahsia yang belum tentu kita kuat nak laluinya lepas sharp corner tersebut. Tapi itula kehidupan.

Kadang-kadang tu rasa je nak update apa yang saya rasa, pendapat saya, komen saya, respon saya tentang apa yang berlaku di sekeliling. Tapi selalu 'lengahkannya' dengan kenangan-kenangan sendiri, pengalaman-pengalaman sendiri yang akhirnya membuatkan kolam pecah. Niat yang tadinya untuk update blog, terkubur begitu saja. Ada baiknya tak tulis apa-apa. Sebab tu kadang-kadang, blog ni bersawang je. Tak tahu mana datang labah-labah yang buat sarang tu.... TT_TT 

Nak jugak jadi macam orang-orang hebat yang sentiasa mampu sembunyikan segala masalah dan rasa resah, kecewa, sakit hatinya. Tapi mungkin saya kena lalui semua ni dulu.

Kita tak boleh nak lari dari semua rasa sakit, 'penat', jemu, resah, kecil hati, kecewa dan sebagainya. Kita tak boleh nak ubah apa yang Allah dah takdirkan dan rasa-rasa yang Allah bagi tu. Tapi apa yang kita boleh ubah adalah RESPON kita terhadap semua itu. Itula yang kita perlu belajar. Dan mungkin ambil masa bertahun-bertahun untuk belajar dan menjadi matang berdepan dengan semua ini.

Ini semua bukan mudah untuk seseorang berperibadi susah sembuh macam saya ni. Kalau boleh diibaratkan seperti adaptive immunity yang create antibody after the first infection. Seriously, jiwa saya akan hasilkan 'antibody' yang akan terus bertindak bila 'infection' yang sama datang lagi. Otak, akal, minda, jiwa, hati dan fizikal akan bertindak untuk menjauhi 'infection' tu... huhu... this is bad. I know T_T. And this is my struggle.

Nak hadiahkan video di bawah kepada jiwa-jiwa hebat di luar sana:
(Anda hebat andai anda ada masalah tapi masih meneruskan kehidupan secara normal dan terus bermanfaat pada insan sekeliling)



Tiada siapa yang tiada masalah dalam dunia ini. Yang membezakan kita adalah cara kita RESPON kepada masalah tersebut.






9:38am, 23 Jun 2012
BF, Brisbane

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..