Monday, June 25, 2012

Cerpen : Akak,Siti Kalahkan Akak Hari Ni

gambar intro yang tak ada kaitan dengan mana-mana Siti.. haha :D


Kisah tentang Khatijah. Nama penuh Khatijah binti Setapah. Asal dari kampong. Menetap di Gombak. Baru berjinak-jinak dalam dunia tarbiyah.Dulu nama manja Katty. Setelah sebulan mengikut tarbiyah, nama ditukar menjadi Kat. Setelah tiga bulan ditukar lagi menjadi Tijah.Kini?……
—————————————————————————————————————
“Siti” Tidak disahut.
“Siti” Terus membisu.
“Siti!” Kali ini Timah naik angin.
“Eh apa kau jerit-jerit ni Timah”
Siti bangkit dari lamunan. Jauh merenung masa depan. Mungkin.
“Dah aku panggil kau berbelas kali, tapi kau dia macam tunggul je,kau ok ke Siti”
Timah mengadu dan mengajukan soalan kepada Siti. Prihatin. Eh jap,siapa Siti? Eh lupa. Tadi masa intro ada pembetulan. Nama sebenar watak utama Siti Khatijah. Selepas genap enam bulan lapan hari berkecimpung dalam bidang tarbiyah , nama manjanya bertukar lagi menjadi Siti. Manis. Lebih tarbawi gittew.
“Aku…aku tengah pikir ni”
“Eh eh mengada kau Siti. Dah macam sasterawan Negara kau pikir”
Eh Timah ni, spoil mood betul. Siti kini sudah lain. Nama pun dah lain. Sentuhan tarbiyah. Benarlah kata orang, kejelitaan itu adalah hak milik setiap insan. Dan tarbiyah itu “menjelitakan”. Heh.
“Eh kau ni Timah. Menyakat aku je keje. Kau ni memang tak pernah penat kan?”
“Wah cik Siti, marah nampak. Sorry la. Aku nak hiburkan kau je”
Timah berdrama lagi
“Tak ada pape la Timah. Aku cuma tengah pikir, tu je. Aku ok je.”
“Ok la Cik Siti Wan Kembang Kucup, aku nak gi sidai kain ni,teruskan berpikir, aku sokong je apa yang kau pikir tu haha”
Dan ini response Siti;
“ -_______-”
—————————————————————————————————————
Jam menunjukkan pukul empat dua belas pagi. Sunyi. Siti sudah terjaga dari tidurnya. Timah yang tidur di katil bersebelahan masih dibuai mimpi memetik bintang di langit ketujuh. Heh. Siti bingkas bangun dan segera menuju ke tingkap. Dia mengintai ke hadapan, bersembunyi di sebalik langsir yang tergantung layu.
“ Alahai, gagal lagi”
Jeng jeng. Apa yang gagal ni? Ni dah kali ketiga Siti gagal. Siti hampa lagi pagi ini. Dia mengeluh, kebingungan.
“Timah, Timah, bangun Timah”
“Ada apa ni, awal lagi kot”
“Jom la Timah, kita qiyam sama-sama”
Macam tu la kehidupan mereka berdua. Telatah Timah dan Siti ni kadang-kadang, hmm tak pela. Mungkin saya kena rahsiakan dulu. Eh siapa saya? Abaikan.
Keesokan harinya,
Jam menunjukkan pukul tiga lima belas pagi. Siti sudah pun terjaga dari tidurnya. Eh kau biar betikkk Siti? Tengok bola ke? Dan seperti biasa dia bingkas bangun dan menuju ke tingkap. Kali ini reaksinya berbeza. Setelah percubaan yang keempat, akhirnya dia berjaya.
“Yes, yes, yes !”
Anda tak paham bukan?
Di dewan selera.
“Assalamu’alaikum Siti adik akak, bahagia nampak”
Sapa Kak Sufi dari belakang Siti. Siti tersenyum. Tersipu-sipu. Nama pun Siti. Siti menyapa kembali akak usrahnya itu. Dia kemudian mendekati Kak Sufi dan membisikkan sesuatu
“Akak, hari ni Siti kalahkan akak”
Kak sufi tersenyum kemudian dia pula membisikkan sesuatu di telinga Siti
“Sebenarnya, akak bangun lagi awal cuma akak sengaja off lampu”
“-_________-”
—————————————————————————————————————-
Inilah dia antara nikmat kebersamaan dalam tarbiyah. Dalam bersama-sama rakan-rakan sefikrah, berjuang atas jalan yang sama,lahir sifat cemburu. Cemburu yang membina.
Sungguh, aku cemburu melihat rakan-rakan yang lain tidak henti-henti mengajak orang lain ke arah kebaikan.
Aku cemburu melihat aksi akhwat yang tidak pernah berpisah dengan al-Quran.
Aku cemburu melihat rakan-rakan yang begitu hebat ibadahnya.
Aku cemburu melihat rakan yang hidup malamnya. Melihat rakan yang ceria wajahnya, bersih air mukanya, petah bicaranya, lancar bacaannya,ringan tulangnya, kerap sedekahnya.
Aku cemburu dan aku ingin menjadi seperti mereka.
Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia mengadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu
(Al Baqarah :148)





link cerpen asal di sini
********************************************************************************

Nampak macam tergantung kan?
Siti tu kan melalui tarbiyah dan tarbiyah itu kan proses dan proses itu berterusan ^_^



25 Jun 2012, 10:36pm
BF, Bne
...::: DiariAyu>>gembira dengan pengalaman daurah dua hari ini ^__________^ ::::....



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..