Friday, May 25, 2012

[Video] Do you think only you got problems?





Kadang-kadang rasa nak tersenyum melihat respon dan reaksi orang-orang yang stress nih. Tengok status, apa yang di share, comment di facebook. Ditambah lagi dengan tingkah laku dan nada suara serta struktur ayat.

Saja senyap. Dan memerhati.

Dengan positifnya saya ingin mengatakan itu semua normal.

Tapi, kadang-kadang, ada masanya, sedih sendiri. Kenapa? Sebab pernah melalui masa-masa tekanan yang bertimpa-timpa setahun lebih yang dulu. Dan menangggung segalanya sampai bila-bila. Cuma setelah setahun setengah, saya rasa saya dah boleh gelak dengan ikhlas. Dah boleh terima apa yang dah berlaku tu. Cuma bila melihat mereka, kenangan lama, perasaan lama datang menjengah kembali. Tapi bertambah sedih dan 'cemburu' mungkin. Kenapa? Itu rahsia. Dulu, saya tiada siapa-siapa yang faham dan jadi tempat berkongsi untuk satu tekanan perasaan. Dulu, tiada siapa pernah ambil tahu bebanan kerja sekolah. Pengalaman yang ada adalah situasi orang menambahkan lagi tekanan perasaaan bilamana bebanan kerja sekolah memuncak. Tapi tak apalah. Tetap sayang mereka, walau apa pun yang telah berlaku ♥



Cuba tengok video tu... Menarik kan?

Kadang-kadang kita ni tak sedar orang di sekeliling kita juga ada masalah. Dan mungkin sahaja masalah dia lagi besar dan jauh lebih hebat dari kita.

Mungkin kita patut pakai 'cermin mata' macam tu kan sekali-sekala?

Kalau kita nampak semua masalah orang lain, cabaran orang lain, dugaan orang lain, mesti akan malu sendiri dengan respon dan reaksi kita dengan masalah peribadi kita tu kan?

Dan pada masa tu, kita akan rendahkan hati dan ketepikan apa yang kita tanggung, dan mula 'memberi' pada orang lain.



Tapi, apa pun, belajar lah untuk memberi walau kita tak pernah menerima.



GET IT?



ps: dengan rendah diri, saya ucapkan terima kasih kepada yang membaca hingga ke bawah, sebab mesti ada yang tengok video tersebut sahaja kan? :D







8:36am, 25 May 2012
BF, Brisbane

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..