Monday, May 21, 2012

[NasyidPilihan] Izzatul Islam : Jejak

Hari-hari kita sibuk. Tak apa. Memang kita patut sibuk pun. Tapi sibuk seorang mukmin tak sama. Kerana sibuknya kerana Allah. Sibuknya tetap bersama Allah.

Tapi normal la. Dalam kesibukan tersebut kita terlupa. Kita alpa.

Duduk dan berehat sebentar. Apa matlamat dan tujuan hidup kita?

Suka untuk saya berkongsi satu analogi yang saya baru belajar.

Hidup kita seperti memandu kereta. Kalau kita pandu kereta kita memerlukan cermin sisi tepi dan cermin pandang belakang tu kan? Sambil kita memandu ke tempat yang kita nak tuju tu, kita perlu pandang cermin-cermin tu sekali sekali bukan? Tak boleh tak pandang langsung dan tak boleh terlebih pandang tepi dan belakang jugak. Macam tu la kehidupan kita. Tujuan kita adalah syurga di akhirat sana. Dan cermin sisi dan cermin belakang tu adalah dunia. Kita tak sepatutnya terlebih pandang dan tak sepatutnya juga tidak pandang langsung dunia. Perlu jugak. Tapi fokus utama adalah tempat kita nak sampai tu kan? Iaitu SYURGA, InsyaAllah. 

Penting dalam kesibukan kita dengan dunia, duduk dan berfikir sejenak. Fikirkan tentang kematian.

*go and read articles about death, if u need*

Dan kemudian, fikirkan kembali apa persiapan untuk ke tempat abadi tersebut.

Bila terfikir tentang mereka-mereka yang syahid, seronoknya mereka. Gembiranya mereka. Bila tengok diri sendiri....... *mengeluh panjang*

Sebab tu, kita kena semangat untuk dan usaha sungguh-sungguh. Barulah ada hujah nak jawab di depan Allah. Jangan cepat mengalah dengan ujian-ujian kecil. Kena buat sungguh-sungguh.

Rasa semangat dengan nasyid ni:







4:30pm, 21 May 2012
Hawken Library, UQ




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..