Tuesday, May 29, 2012

Kisah benar Syria

komik dari dakwat.org


‎| Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |

1) Tempat Tragedi

Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

2) Mangsa Korban

- Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.


(Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).

3) Kronologi Ringkas :

- Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.

- Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.

- Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.

- Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.

- Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.

- Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.

- Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).

4) Pihak yang bertanggungjawab

- Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.


disalin daripada fb Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria


Boleh baca Perkongsian Antarabangsa: Apa sebenarnya berlaku di Syria? di sini


Ayuh! Lakukan peranan kita. Jom Infaq!

Kepada yang berada di Malaysia, atau berada di luar negara dan akaun bank Malaysia masih aktif, boleh menderma melalui Aqsa Sharif:



Tapi disebabkan akaun bank Malaysia saya tidak lagi aktif dan 'susah payah' nak transfer duit itu bakal melemahkan semangat saya untuk infaq, makanya, saya salurkan pada Human Appeal International. Dah biasa dengan yang ini. Semua details dah berada di situ.

Untuk kawan-kawan di Australia yang ingin menyumbang dengan mudah dalam hanya beberapa minit, boleh klik pada link HAI di bawah dan lakukanlah apa yang patut. klik klik je.


Human Appeal International

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..