Monday, May 14, 2012

[JomTadabur] Rasa Kasih Sayang



Pernah tak terfikir kenapa kita sayang seseorang itu?

Kita cuba cari sebab musabab yang boleh disenaraikan di atas kertas tapi kita tak jumpa pun.
Dengan erti kata lain, kita tak ada sebab untuk menyayanginya.
Kita sendiri juga tertanya-tanya kenapa kita sayang dia.

Sampaikan adanya soalan:

"Kenapa saya sayang akak ea?"

<<<<<<<<<  soalan terbaik untuk carta hati minggu ni ^___^  >>>>>>>>>>

Malam tu jawapan yang diberi secara spontan adalah, "Sebab Pencipta kita"

Nah! Terimalah ayat cinta dari Pencipta kita (19:96) :



Maksudnya: Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka). 



Begitulah dik! Pada saat awal perkenalan kita untuk mengenaliNya pun, DIA dah anugerahkan 'tempias' rasa berkasih sayang itu, inikan pulak kalau kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cintaNya.

Kembalikan segalanya pada DIA.

Uniknya tarbiyah.

Sedar atau tidak, percaya atau tidak, tarbiyah lah yang mengajar kita untuk berkasih sayang tanpa syarat dan tanpa alasan. This is unconditional love. Pelik bukan rasa kasih sayang sesama kita yang menyulusuri jalan tarbiyah ni. Lain. Tak sama.

TAPI, ini bukanlah sebab dan musabab untuk kita memilih jalan ini.

JANGAN pernah jadikan ini alasan untuk berada di jalan tarbiyah.

Kenapa?

Sebab Allah akan uji.

Cemburu antara kita.

Bila tiba masa yang sesuai Allah akan uji. Allah hadirkan rasa cemburu antara kita. Allah campakkan rasa berkecil hati. Allah lemparkan rasa terpinggir.

Kenapa?

Sebab Allah nak bagitahu yang 'DIA CEMBURU' bila kita sayang sahabat kita tu lebih daripada kita sayang ALLAH !

Maka bersederhanalah dengan kasih sayang sesama kita. Jaga rasa kasih sayang itu baik-baik.

Dan ukhuwahfillah itu sifatnya 'berjemaah', BUKANNYA INDIVIDUALISTIK.

Kerana kita berukhuwah fillah di jalan dakwah dan tarbiyah bukannya untuk kepentingan peribadi.
Bukannya 'Saya dan Awak SAHAJA' tapi 'Saya, Awak, Dia, Kita dan Mereka'.



Belajarlah memberi walaupun kita tak pernah menerima.





Ditulis dengan penuh rasa cinta kasih dan sayang beserta pengharapan untuk melihat kalian 'membesar' dengan sebaiknya. Tak mampu untuk adil dengan KESEMUANYA kerana adil yang sempurna hanya milik Allah. Dan tak mampu juga untuk menipu rasa kasih sayang kerana yang pernah memberi luka dan meninggalkan parut tak akan pernah sama dengan yang memberi semangat untuk bertahan dengan luka itu. Maaf. Tak mampu.


p/s: 'Allah cemburu' bukanlah seperti cemburunya manusia. Sekadar menggunakan istilah yang mudah dan selesa untuk muda-mudi. Allah Maha Agung. DIA tak perlukan kita pun. Kita yang perlukan DIA setiap masa. Kena ingat ni setiap saat!



7:07am, 14 May 2012
BF, Brisbane




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..